Beras Siam Pilihan Ramai
Rata-rata penduduk di Kelantan suka makan beras yang diimport dari Siam dan menolak beras tempatan. Kenapa orang Kelantan/ Pantai Timur suka makan beras Siam ni? Jom, abam kie nak ceritakan sebab-sebabnya.
1. Pertama sekali kerana ia peroi. Senang cerita, ianya masak sebutir-sebutir. Bukannya melekat-melekit macam beras tempatan tu. Kurang kanji sebab itu ia tak melekit bila masak. Jadi kalau nak buat nasi goreng memang sesuai sangatlah! Cuma bila nak buat bubur
nasi, beras siam ni tak sesuai kerana bila kurang kanji, ia tak melekit dan tak lembik, maka tak
sedap jadi bubur nasi. Jelas kawan2?
2. Ia diusangkan. Maksud diusangkan ialah ia disimpan dalam tempoh yang tertentu bagi mencapai kualiti gred beras yang terbaik.
3. Ia tidak mudah patah dan sangat lasak.
4. Sesuai kepad pemggemar beras keras, bukan beras lembut/lembik.
5. Bila mahu tanak beras siam ni pun mudah kerana jika air sikit pun ia x mentah. Kalau air banyak pun ia x lembik sangat. Kalau beras tempatan terlebih bubuh air maka siaplah nak makan bubur nasi nanti!
Kalau balik kampung di Kelantan, para perantau akan memborong beras banyak2 sebab nak buat stok. Di luar Kelantan susah nak jumpa. Kalau ada pun mahal la. Biasanya di Kelantan ni, daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang tu murah sangat harganya. Bila dah masuk ke Tanah Merah ni mahal la sikit. Contohnya harga sekampit beras 9kg cap arnab dan pisang tu RM30 aje. Manakala cap basikal dan mangga dengan timbangan 5kg tu harganya RM13. Biasanya abam kie beli 2 kampit terus. Baru RM26. Lagi jimat, kan?
Jadi kepada kawan2 yang berkunjung ke Kelantan, jangan lupa membeli beras siam ni untuk dijual kepada kawan2 di kejiranan dan pejabat anda pula. OK?
Kalau balik kampung di Kelantan, para perantau akan memborong beras banyak2 sebab nak buat stok. Di luar Kelantan susah nak jumpa. Kalau ada pun mahal la. Biasanya di Kelantan ni, daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang tu murah sangat harganya. Bila dah masuk ke Tanah Merah ni mahal la sikit. Contohnya harga sekampit beras 9kg cap arnab dan pisang tu RM30 aje. Manakala cap basikal dan mangga dengan timbangan 5kg tu harganya RM13. Biasanya abam kie beli 2 kampit terus. Baru RM26. Lagi jimat, kan?
Jadi kepada kawan2 yang berkunjung ke Kelantan, jangan lupa membeli beras siam ni untuk dijual kepada kawan2 di kejiranan dan pejabat anda pula. OK?
21 Comments
kalau di JDT ni jarang2 jumpa beras Siam yang siap packing macam tu.
ReplyDeletecikyan tak pnah try lagi beras jenis nih.. nanti boleh la cari..
ReplyDeletegood sharing abam kie !
la..yeke??? ingatkan mahal sangat. Best...pernah makan sekali aje.. kes silap beli beras timbang.. Tapi berbaloi la.Makan cemtu sahaja tanpa lauk pon sedap.Bselera
ReplyDeleteKalau masak nasi minyak atau nasi briani sesuai kot beras ni... Bunda tak pernah beli lagi ...disini mahal...selama ni makan beras tempatan jer..
ReplyDeleteterbaik a.kie... mak saya jual... kalu nak beli bulih... hehe...
ReplyDeleteBaru kelik pasir mas maghing. Beli beras cap kereta kuda/lembu ni.. Memey sedap makey
ReplyDeletePernah dulu pergi ke kelantan, beli beras siam berkilo lepastu sorok kemain sebab ada roadblock takut kena rampas hehe
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletepayah gok nak dapat beras gini kat Jb..Kalau kak ipar,kelik kelate confirm
ReplyDeleteSelalunya mak Husniey memang suka beras siam ni.. Kalau masak untuk keluarga sesekali beli juga beras siam.. Orang pantai timur memang sinonim dengan beras siam
ReplyDeleteberas siam dengan beras wangi siam tu sama tak haha sebab cikgu sha suka makan beras siam sampai dia cakap beras kita taksedap
ReplyDeleteKat sini susah nk jumpa beras siam. Jadi beli lah beras biasa yg ada dkt pasaraya. Kalau ke kelantan nanti boleh beli beras siam ni.
ReplyDeletepatutlah masa pegi rombongan ke Kelantan dulu, ramai beli beras siam kt Rantau Panjang..idok le teman tau...teman x beli pun..
ReplyDeleteBoleh cari beras ni..
ReplyDeletebaru tahu kelebihan beras siam....yang banyak kt sini, beras wangi siam....mahal...cecah rm 60.++ utk 10 kg....
ReplyDeleteooo..camtu ek...kalo beras nasi dagang tu beras siam gak ke
ReplyDeleteTula, selalu beli beras Siam. Beras die berbeza ngn beras Malaysia
ReplyDeleteSinggahlah sini,
http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html
Itulah keunikan orang Kelantan termasuk mak dan ayah saya. Mak dan ayah adalah penoreh getah dan penanam padi ( Sekarang dah pencen sebab dah tua. Mak dah 65 tahun, ayah pula berusia 77 tahun,jadi kami adik beradik berpakat untuk cover kos sara hidup mereka. Cukup la tu bekerjanyo!)
ReplyDeleteApa yang nak diperkatakan di sini ialah, sepanjang mak dan ayah 'buat padi', padi tu mereka jual. Bila nak masak nasi, mereka beli beras Siam. ( cap burung serindik). pelik tapi itulah kebenarannya.
Memang kena borong betul tu Abam Kie kalau tak memang menyesal
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteSebut beras ni teringat iklan dlm tv
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.