Untuk ibu bapa di luar sana...

Bila hati seorang guru mula terluka 
ketahuilah bahawa 
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang 
Maka.....
kau renung akan apa jadi 
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

Nukilan Ustazah Aizah
18 Disember 2017

#juzsharesbgseorgguru