Jenis-Jenis Pelaburan Yang Diceburi Oleh Rakyat Malaysia
Hari ini abam kie nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Utk entri hari ini, abam kie nak kongsikan maklumat yang abe kie tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa abe kie yang suka ambik tahu pasal pelaburan.
1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa.....
2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb). Masalahnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu abe kie la....koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi molek jika boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah.
3) Simpan Dalam Tabung Haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat queue untuk pergi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nak risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Kira OK sangat2!
4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.
Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat overdraft (OD). Dengan kemudahan OD ini, abe kie sangat galakkan (sebab abe kie sendiri pun buat potongan gaji bulan2 untuk disimpan dalam ASB) untuk rakan2 melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200K pastu baru simpan dalam ASW pulak.
5) Labur dalam unit trust – Yang ni kawan2 bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewangan (mcm Public Mutual, PMB Investment, CIMB Wealth Advisor), syarikat akan uruskan dengan beberapa peratus caj (biasanya 5.5%) dari nilai yang kwn2 serahkan. Katakan kwn2 simpan RM100K, pihak unit trust akan ambik 5.5K dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.
Kalau ikutkan ejen2 unit trust, nak nampak pulangan pelaburan dalam unit trust kena peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugilah. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak. Kalau fund yang kwn2 laburkan duit tu perform OK la. Rata2 abam kie tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan dan asyik kena top up aje. Apa diorg ingat prepaid ke?
Member abe kie sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi .
6) Simpanan dan pelaburan emas
Ada 3 PILIHAN:
1) Buka buku simpanan emas mcm Public Bank Gold Investment Account, GIA Maybank atau Kuwait Finance House
2. Buku akaun Gold Accumulation Programme di Public Gold.
3) Beli emas fizikal dalam bentuk barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang abam kie boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan atau Emas keluaran "Public Gold".
Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106. Kalau beli hari ni esok jual pun rugi. Contohnya kwn2 beli kat public gold harga m106, esok kwn2 jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?
Macam kita sedia tahu, emas walaupun ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kena tunggu laa harga naik.
Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 APR 2011, harga belian ialah RM160,
Kira untung rm160 – 106 = 33.75%
Tengok harga emas jugak. Kekurangannya tiada compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan kita kena berharap kepada kenaikan harga emas itu sendiri
Tapi pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana kwn2 boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang kwn2 jual.
7) Hartanah – This is what I favour the most. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi dan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally given the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu.
Nak invest dalam property modal kena modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.
Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dah beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh
Nak beli property abam kie suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.
Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Di situ pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kena tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya
8) Saham – Abam Kie tahu sikit-sikit je pasal saham. Abe Kie nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli. Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kena sentiasa alert dgn sentimen harga nak naik, harga nak turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada pengetahuan rakan2 tentang masa harga turun naik, timing and luck pun penting.
Saham ni high risk high return, kalau tak dak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dah mula kena la ready untuk kehilangan duit kalau rugi. Tapi kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran
9) Forex – Abe Kie x pernah melabur dalam FOREX tapi ada orang yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku di luar negara. Mungkin sebab cara promote forex tu kata boleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang abam kie dengar ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.
10) Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. Contohnya burger, modal RM1.50, boleh jual RM2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. Jika untung 67% tapi terjual cuma sebiji burger pun tak guna jugak. Hubungan baik dgn pelanggan, burger sedap, boleh jual 100 burger sehari, dah boleh untung RM100. Kalau bisnes 20 hari, tak ke dapat RM2K tu?
11) Beli Tanah - Beli tanah dan buat projek, kalau beli tanah peram jer, kemungkinan besar akan merugikan. Projek, projek, projek - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ke. Jika betul2 nak buat duit dgn tanah, kenalah berguru dgn sifu terkemuka di Internet ni disamping menghadiri seminar dan bengkel hartanah.
12) Invest dalam takaful - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat. For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun iaitu akaun bersama jika apa2 terjadi dan lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annually (seingat abam kie la sebab abam kie pernah mintak seorang agent simulate kat abe kie). Tapi, bukan itu matlamat takaful. It’s a protection, kalau ditakdirkan kwn2 mati atau hilang keupayaan kekal maka takaful akan bayar sedebuk kat kita. Nak tahu lebih lanjut atau ambil takaful, hubungi la pejabat-pejabat takaful yang terdekat dengan kwn2.
Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan. Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ke perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takde, ladang takde, yang ada duit kita utk dibawa lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu.
Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah. HAPPY INVESTING :)
10 Comments
tq for sharing
ReplyDeletegood info. thank you share.
ReplyDeleteentry yang menarik. pesanan terakhir tu menusk jantung sebab pernah terkena. aduh..anggap jelah xde rezeki
ReplyDeletehartanah jer yang xdapat nak beli lagi buat masa sekarang
ReplyDeletetq entry yg best dan berguna...at least ada basic cmna nak buat pelaburan..tq abam kie :)
ReplyDeletenak join sebarang pelaburan mesti kena ada serba sedikit ilmu kan
ReplyDeleteRamai juga yang melabor dalam skim cepat kaya.
ReplyDeletetq for sharing abam
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletebagi mek yg pendpatan macam ni, mek pilih tabung haji dan asb shj.
ReplyDeleteyang lain belum berkemampuan dan tidak begitu menjaminkan.
Yang public mutual, kalau salah ambik unit trust memang akan rugi, so pilih la al-jadid.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.