Status FB Yang Ada Maksud Tersirat
1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH wad kelas 3, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada di mana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!
4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !
6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..
8. Selalunya pompuan selfie muka konon x mekap baru bangun tido. Caption "muka serabai x mndi lg" Walhalnya dah 2 jam belek muka & touch up supaya nmpak cantik atau natural dgn harapan org akan komen: "Eh cantik lah... baru bangun tido pon cantik"
Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri!
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)
PERKONGSIAN DARI SAHABAT JAUH ..
16 Comments
macam2 ya
ReplyDeleteuihh makan dalam tuuu..
ReplyDeleteMakan dalam ni. Saya biasa sangat nampak yang no 7 dan no 8. Rasa nak tergelak tengok status begitu.
ReplyDeleteStatus win. Heheehee
ReplyDeleteHakikat akhir zaman...
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletemacam2 kerenah org sekrg...attention seeker..
ReplyDeletegila ye...
ReplyDeleteahahahhaa..xde koje ke wehh..
ReplyDeletehope dijauhkan dari melakukan perkara sedemikian
ReplyDeletenauzubillah takut pula nak up status kalau mcm ni huhuu
ReplyDeleteHurmm..makan dalam jugak ni. Haha!
ReplyDeleteSy selalu update gambar ikan, apa maksud tersirat dia pulak kalau macam tu ? :P
pergh..mendalam sungguh kata-kata yabg dileparkan
ReplyDeleteSalam owner blog Supermeng Malaya.
ReplyDeleteMohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.
Salam owner blog Abam Kie.
ReplyDeleteMohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.
Oo.. terima kasih atas perkongsiannya Abam Kie. Moga-moga kita dijauhkan dari sifat tu. Aamiin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.