Untungnya wanita
Assalamualaikum. Pada hari Rabu yang nyaman ini, Abam Kie ingin berkongsi satu artikel tentang Untungnya menjadi wanita. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua terutamanya kaum lelaki untuk menghargai kaum wanita ini. Terima kasih.
1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap pada waktu itu solat terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 90 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang, sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung. Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA.
13 Comments
besrsyukur dilahirkan sebagai seorang wanita...
ReplyDeletemaka, hargailah wanita.. ahaksss !
Suami isteri harus saling membantu...sedari dunia lagi...moga di akhirat ianya menjadi satu yang paling membahagiakan...syukurlah menjadi lelaki...syukurlah menjadi wanita...
ReplyDeleteAlhamdulillah di lahirkan sebagai seorang wanita. Setiap kejadian itu dah tertulis hanya Dia yang maha mengetahui
ReplyDeletealhamdulillah untung menjadi wanita. terbalas segala jerih perih sepanjang kehidupan kita ni. tapi wanita tak dapat berdiri tanpa seorang lelaki. terima kasih juga lelaki yg menjadi hero kpd wanita itu
ReplyDeleteItu sebab kot ramai sekarang yang nak jadi wanita. Ehh out of topic pulak hehehe.
ReplyDeleteSungguh beruntung jadi Isteri yang soleh dan beriman..
ReplyDeleteMoga perempuan yang belum kahwin cepat cepatlah cari suami yang beriman..
Syurga menanti..mana mahu cari lagi
bersyukur jadi wanita...alhamdulillah
ReplyDeleteALHAMDULILLAH WANITA UNTUNG SOKMO
ReplyDeleteAlhamdulillah..kadg wanita tidak sedar..
ReplyDeleteAlhamdulillah, pengorbanan seorang wanita
ReplyDeletekita tidak boleh jadi wanita...hihihi
ReplyDeleteSetiap ciptaan Allah ada kelebihannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.