Ibubapa Yang Menipu Jumlah Pendapatan
Assalamualaikum. Hari ini Abam Kie nak dedahkan perangai tak elok segelintir ibu bapa. Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat.
Ada segelintir ibu bapa suka berbohong tentang maklumat diri, terutama bila mereka kerja sendiri.
Tempat ruangan pendapatan tu dia letak gaji RM700- RM1000 sahaja. Maka bila ikut kira-kira, anak dia layak dapat semua bantuan yang ada. RMT, KWAMP, bantuan RM100 setiap anak dan sebagainya.
Tapi bila pergi ke rumah, rupanya ada kereta mewah. Ada pula kereta kedua malah ke tiga. Motor dua tiga biji. Rumah milik sendiri yang agak besar juga. Duit poket anak pun mampu beri hingga RM10 sehari.
MasyaAllah. Tidak ada sedikit rasa bersalahkah dalam hati mereka-mereka ini?
Menipu pendapatan untuk sedikit bantuan. Mengambil benda yang bukan hak kita.
Bagaimana status halal haram setiap suap nasi RMT yang anak awak suap itu? Bagaimana status halal haram setiap wang ringgit yang diambil bukan milik kita?
Apa kamu masih punya agama?
Makan benda yang bukan hak ini memberi kesan. Tidak hairanlah bila belajar anak susah faham. Tidak hairanlah jika hidup tidak berkat walau dikelilingi duit yang banyak. Itu belum dikira pembalasan dihari akhirat.
Usah tamak bantuan yang sedikit. Usah gelojoh dengan peluang yang bukan milik kita.
Tidak berbaloi hanya kerana sedikit bantuan yang kita perolehi secara haram, kesannya besar pada anak-anak dan keberkatan hidup sepanjang zaman.
Yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan.
Bila Allah dah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri.
Begitulah. Semoga mereka yang terbaca entri ini akan insaf dan sedar...
Nota kaki - Abam Kie memerhati dengan meluat sikap mereka yang tamak.
20 Comments
Pasal isu ni. Adik lelaki ika cerita. Dekat sekolah dia. Cikgu lebihkan budak budak yang berada. Yang orang kata serba serbi semua cukup. Isu RM100 tu pun. Adik ika kata, cikgu pilih siapa org yang layak katanya dapat. Sedangkan, yang dipilih itu semua anak org ada ada. Tak fair. Kalau cikgu pilih pelajar yang memang satu sekolah tahu pelajar tu memang ada kekurangan apa semua tak apa.
ReplyDeleteHm.
well, memang ada ssetengah yang tipu pendapatan. Sebab nak dapat jugak benefit yang akan diberi. Tapi, memang salah pun la kan kalau ikutkan sebab ambik hak org. em. Kadang tu, org yang selayaknya tak dapat gara gara penipuan ni.
kesian dekat murid2 yang tak dapat bantuan sebab golongan ibu bapa macamni. Harini bahagia tapi dekat akhirat sana sakit sebab aniaya orang lain.
ReplyDeleteAllahu..sekiranya sudah mampu...jangan menipu..kerana nikmatnya seketika..berilah peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.
ReplyDeleteyup.. memang berlaku kan. kesian pada yang sememangnya susah. terpaksa lak compete dengan depa. apapun pihak sekolah kena teliti lah dengan benda2 ni.
ReplyDeleteZaman sekarang teknologi serba canggih . Dah tak boleh tipu status pendapatan keluarga . Semua diorang boleh trace melalui online
ReplyDeleteAnak masuk darjah satu baru tahu isu sebenar. sedih jugak yang ambil kesempatan.
ReplyDeletekesian kepada mereka yang layak tapi tak dapat sebab ada gologan tamak macam ne. Semoga di beri hidayah mereka yang tamak ini
ReplyDeletebanyak sangat orang macam nie...kereta 2-3 biji masih nak tipu pendapatan..orang yang layak patut dapat terus tak dapat..
ReplyDeletetak payahlah sampai menipu adoii
ReplyDeleteYa allah ada jugak ibubapa macam tu ya...
ReplyDeleteada.. sedih sangat tau.
ReplyDeleteBiasa juga dengar berita kurang enak begini di sekolah. Kadangkala yang betul2 tak mampu dipinggirkan haknya disebabkan golongan yang tidak bertanggungjawab sebegini. Sedih ..
ReplyDeleteTak baik la mereka yg menipu nie...ramai lagi murid yg memerlukan bantuan nie, especially mereka yg hidup susah atau hanya mempunyai salah sorang ibu/bapa sahaja. Tahun lepas, anak saya terpilih untuk dapat bantuan RM100 nie, alhamdulillah. Agak terkeut juga. Dapat la juga beli kasut dan baju baru. Namun, tahun nie, xpasti la ada rezeki atau tidak.
ReplyDeleteJangan ambil hak orang.
ReplyDeletebetul tu. kesian pada diorg yg sebenarnya lebih layak tp x dapat apa2 bantuan.
ReplyDeleteini lah yg berlaku di tempat saya - menipu gaji - yg lebih memerlukan sepatutnya di beri
ReplyDeleteterang222 suami-isteri bekerja berpangkat -
ReplyDeletecian org yang layak..
ReplyDeleteMemang ada segelintir ibu bapa yang menipu jumlah pendapatan, yang paling menyakitkan hati, bila tak dapat bantuan, mereka akan berbunyi seolah-olah situasi mereka amat memerlukan bantuan, sedangkan ramai lagi yang lebih memerlukan bantuan daripada mereka...
ReplyDeleteSubhanallah.. kita yg baca ni pun terasa takut apatah lagi pulak mereka yg mcm tak ada rasa bersalah memakan hak orang lain Na'uzubillah
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.