Kenapa Rakyat Kelantan Dianggap Kaya?
Ada segelintir pemimpin yang melabelkan negeri Kelantan sebagai antara negeri yang termiskin dan termundur di Malaysia. Mentang2lah Kelantan ini diperintah oleh parti pembangkang, sesedap rasa je nak tuduh itu ini. Tak sayang mulut ke? Meh sini! Abam Kie nak membidas dakwaan2 tersebut dengan hujah2 yang bernas lagi kukuh dan padu.
1. Kelantan negeri miskin: tiket bola termahal di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh.
2. Kelantan negeri miskin: Baju TRW lengan pendek RM80, lengan panjang RM100 tetap dibeli juga!
3. Keuntungan Tesco di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia.
4. Cuba ketuk pintu 10 buah banglo di Kelantan, nescaya 9 buah tu kepunyaan Melayu. Manakala Cina sebuah aje, tapi di Kuala Lumpur?
5. Masa tiba Tahun Baru Cina di Kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa, tapi di Johor, Penang, Perak dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab dikuasai golongan bukan Melayu.
6. Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand.
7. Kelantan negeri miskin tapi kaum hawa di sini mampu miliki EMAS sampai ke siku.
8. Kelantan negeri miskin tapi modal insan bijak pandai datang dari negeri ini.
9. Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat). Hanya orang yang pernah pergi ke Kelantan je tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang Kelantan. Jadikanlah negeri beragama, tempat istirehat orang-orang miskin dan memerlukan.
P/S: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin, jangan sesekali datang ke Kelantan!!!
19 Comments
Setuju dengan statement abam kie ni.. Masa kerja dulu.. Org HQ selalu kata kelantan mundur la macam2 lagi kadang geram jer rasa bila ingat depo ckp gitu
ReplyDeletesetuju abam kie..walau ina bukan dari negeri sana.Tapi ina faham.. nilai budi bhasa yang sangat tinggi juga orang sana. Yang paling penting,kaya dengan makanan yang sedap dan murah murah
ReplyDeletePernah pergi kelantan rasa selamat dan aman. yes jeles golongan perempuan sana emas sam[ai siku hehe
ReplyDeleteTapi orang kelantan ni bagus sangat dalam business..mmg kuat berbisnes..sebab tu diorang kaya kan.rajin berusaha.
ReplyDeletePada sudut kebaikkan kita contohi...dan sebaliknya...tidak kiralah berasal dari negeri mana pun...
ReplyDeletePada saya, orang kelantan kaya raya.
ReplyDeletedapat tengok ramai bumi berniaga berbanding dengan negeri lain.
ReplyDeleteNegerinya mungkin nampak miskin kot pada pandangan sesiapa yang tak pernah datang sini tapiii miskin lagi ke camni ye?? tiket flight selalu tak cukup. airport pun nak dibesarkan lagi. rakyatnya bekerja sendiri. ada rumah sendiri lagi ada yang besar dan ada yang kecil. Tapi apa yang pasti asal cuti je negeri ni jadi tumpuan warganya tak kira dalam atau berjiran dengannya
ReplyDeletesiapa kata kelantan miskin.. kelantan sebenarnya kaya dalam pelbagai sudut sebenarnya
ReplyDeleteTak patut ada statement macam ni kan.tak baik terus melabelkan ngri kelantan miskin.
ReplyDeletekelantan antra ngri yg sy nak pergi sbb da lama tak ke sana.last 2009 masa zaman belajar. huu
setuju sgt tu a.kie.... saya duk kedah, perlis ni... org perlis wak tak rajin g kelate mmg pandang kelate miskin la a.kie... duk rasa kat perlis hebat nak banding kelate. Bila hamba Allah tu g kelate baru dia kejut tgk kelate gumana... ore sini duk rumah taman semi D dua tingkat hebat dooh doh... saya pelik, culture shock saya muga ore kata besar2 umh ore tu.... rupanya rmah semi D dua tingkat je... aduihh... ingatkan banglo dua tingkat besar ngan halaman luas... aduihhh... terkapoci lak.... kekekke....
ReplyDeleteTak salah saya orang Kelantan ni kaya sebab banyak tanah =)
ReplyDeleteBetul tu abg Kie...tgk jer Diva kita Dato' Vida dari Kelantan, kaya raya dan baru ni kak pg event produk Karisma pun dari Kelantan kaya raya tp tak suka heboh2 mcm dato; Vida...dia konker area Kelanta bisness juta2
ReplyDeleteSaya suka melancong ke Kelantan sbb boleh shopping n makan yg lazat2!
ReplyDeleteSaya suka ke kelantan, mmg bnyk kali ke sana cuma tak berpeluang jumpa abe kie je lagi hehe :)
ReplyDeleteTambah tambah kalau pasal emas. Fuhhh merata boleh cari.
ReplyDeleteabam kie, nanti check sini ya ! tahniah !
ReplyDeletehttps://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/02/pemenang-giveaway.html
bangga jd anak kelahiran klate...biar la org nk kata klate miskin..hanya ore klate je tau yg negeri mereka tidak miskin spt yg diperkatakan
ReplyDeleteSaya tidak rasapun negeri Kelantan itu miskin.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.