Kad Kredit Maybank Digodam
Kawan2 ada menggunakan kad kredit ke? Pernah ke kad kredit kawan2 digunakan tanpa pengetahuan kawan2? Sejak menggunakan kad kredit pada tahun 2000 baru pada bulan lepas (Februari 2018) Abam Kie mengalami kes penggodaman kad kredit. Bengang tul bila kad kredit kita diceroboh dan digunakan sewenang2nya. Arrgghhh!
Ceritanya bermula apabila abam kie mendapat 3 missed call drp Maybank Credit Card Centre KL. Selalunya jarang abam kie mendapat panggilan drp mereka. Curious gak nak tahu kenapa mereka membuat panggilan tu. Terus abam kie menelefon mereka semula dan bertanyakan apasal mereka call abam kie. Staff di hujung talian tu kata mereka syak kad kredit abam kie digunakan untuk transaksi luar negara.
Lalu abam kie beritahu mereka yg memang abam kie menerima 2 SMS yang memaklumkan kad kredit abam kie telah digunakan untuk membuat bayaran di Google Roblox GB. Siap 2 kali juga transaksi itu dilakukan. Mujurlah setiap transaksi itu berjumlah RM4.49. Jadi jumlah transaksi terlarang ini ialah RM8.98. Kalau RM449 mahunya x mengamuk abam kie nanti!
Yang peliknya kenapa penggodaman ini boleh terjadi? Setahu abam kie la...jika abam kie membeli barang on9 spt di lazada.com biasanya TAC akan dihantar ke HP abam kie. Tapi kali ini satu haram TAC pun tak sampai. Something is wrong somewhere! Sekiranya abam kie membuat bayaran di kedai fizikal, pasaraya atau stesen petrol pula abam kie dikehendaki menekan no pin sendiri di peranti yang disediakan tu.
Akibat daripada transaksi haram ini kad kredit abam kie terpaksa disekat. Manakala kad baharu akan dibuat dan dihantar ke cawangan Maybank terdekat. Kali ini terpaksa la pergi ke cawangan Maybank Tanah Merah, Kelantan. Sebelum ni kad kredit baharu akan diposkan ke rumah aje. Rasanya pada 1 Mac lepas pihak Maybank ada menelefon abam kie untuk mengambil kad kredit baharu itu.
Kesan daripada kes ini, segala perkhidmatan autopay kepada pembekal perkhidmatan seperti Unifi, TNB, ASTRO dan Zurich Takaful tergendala. Jadi abam kie kena mendaftar balik perkhidmatan tersebut dengan mereka kerana no kad kredit yg lama sudah dibatalkan.
Selain daripada itu abam kena download dan isi borang refund sebelum diemel kpd Maybank. Biar pun jumlah tu sedikit tapi kena minta mereka refund weh duit ambo yg dirompak tu. Setakat hari ni tiada khabar drp Maybank tentang refund tu. Agaknya mereka buat2 lupa tu. Biasalah tu...kalau hutang kita cepat je mereka suruh kita bayar. Tapi bila mereka terambik duit kita, pandai pulak mereka buat liat nak pulangkan!
Akhir kata, abam kie kena berhati2 lagi pada masa hadapan agar kejadian buruk seperti ini tak akan lagi berlaku.
Selain daripada itu abam kena download dan isi borang refund sebelum diemel kpd Maybank. Biar pun jumlah tu sedikit tapi kena minta mereka refund weh duit ambo yg dirompak tu. Setakat hari ni tiada khabar drp Maybank tentang refund tu. Agaknya mereka buat2 lupa tu. Biasalah tu...kalau hutang kita cepat je mereka suruh kita bayar. Tapi bila mereka terambik duit kita, pandai pulak mereka buat liat nak pulangkan!
Akhir kata, abam kie kena berhati2 lagi pada masa hadapan agar kejadian buruk seperti ini tak akan lagi berlaku.
7 Comments
Segalanya mungkin kan Cikgu AK..
ReplyDeleteAdoi sikit2 pitih jugak kalau 10 orang sehari kena macam abam kie kena sempoi hidup
ReplyDeletekesiannya...
ReplyDeletebahaya betul dunia online nie..
bayangkan mereka godam 10K akaun mangsa dan ambil RM1..dah masuk RM10K dalam satu jam
BERHATI-HATILH CIKGU AK..ERA CANGGIH LA NI PENIPUNYA CANGGIH MANGGIH...
ReplyDeletekena berhati-hati selepas ni..
ReplyDeleteSalam Sejahtera.
Jemput join pencarian bloglist April 2018
: http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html
Terima kasih atas perkongsian ini ye
ReplyDeletebanyak betul kes godam sekarang. takutnya nak simpan duit dekat bank. huuu.
ReplyDeletejom join segmen Azah :D
http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.