Rancangan Buku Hijau
Assalamualaikum. Abam Kie mendiami sebuah banglo di pekan kecil bernama Tanah Merah, Kelantan. Rumah ini telah diduduki sejak pertengahan 2007. Dengan keluasan yang terhad ini aktiviti berkebun sukar dilakukan dengan sempurna namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi petani separuh masa.
Abam Kie dan isteri ada menanam beberapa pokok cili api di tepi rumah kami. Jadi dapatlah dipetik bila nak buat sambal belacan atau sambal mangga. Nak taruh dalam budu pun boleh. Sayang kan kalau tanah yg sedikit ini tidak ditanam dengan pokok2 atau sayuran? Paling tidak dapat menjimatkan belanja dapur.
Selain daripada itu, Abam Kie juga menanam beberapa rumpun serai bagi memudahkan isteri memasak tomyam nanti. Dulu2 selalu beli di pasar. Sekarang cuma potong beberapa batang serai dan sedia untuk digunakan. Nak jaga pokok serai ni mudah aje dan ia cepat membiak.
Kemudian Abam Kie ada juga menanam lengkuas. Bahan ini memang menjadi perkara wajib bila memasak singgang ikan atau daging. Maklumlah kan? Masa kecik dulu ikan singgang inilah hidangan popular yang dimakan oleh kami sekeluarga.
Akhir kalam, Abam Kie ingin mengajak kawan2 menjadi petani sambilan. Bukan saja dapat menyihatkan badan tapi juga dapat mengurangkan perbelanjaan dapur.Sekian, terima kasih.
11 Comments
bgs la abam kie leh bercucuk tanam ada gak tanah... umh saya tepi depan belakang xde tanah... kena cari pasu nak bercucuk tanah.... hehe
ReplyDeleteabam kie..buat tanaman gantung jimat tanah, atas bawah blh tanam..hihi
ReplyDeletebestnya kalau ada laman kan...
ReplyDeletesaya ni niat dah lama ada nak tanam2 pokok dalam pasu la kekdahnya tapi niat je la...buat entah bila :D
ReplyDeletemanfaatkan tanah yg ada...fresh from the pokok..
ReplyDeletebest kalau berbudi pada tanah..
ReplyDeletehasilnya pasti awesome
Rajin semua akan menjadi
ReplyDeletebelakang rumah rabia pun ada kebun jugak..hehehe..my parents suka berkebun.rabia pula suka siram pokok bunga
ReplyDeletesronok bila tgk hasil tanaman menjadi...rumah kecik rietta, mampu tanam dalam pasu je la...
ReplyDeleteBagus berbudi pd tanah...sng nak masak..kalau setakat serai,lengkuas.. kn sng bleh amik jer xyh beli2 dh
ReplyDeletebagus tu....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.