LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM
ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati
masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang
penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di
mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran
tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan
program tanggungjawab sosial.
Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.
Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.
Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam
memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab
sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara
penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah
terpilih di daerah Setiu, Terengganu.
Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong
Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong
Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.
Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat.
Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM |
Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari
ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk
berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan
kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah
percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”.
Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada
sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan
membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa
kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai
tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat |
Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab
sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan
Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula
dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang
berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan.
Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah
sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan
Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan
sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. Dimaklumkan
juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan
LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka
minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.
Gambar kenangan wakil kami ke program tersebut. |
Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat.
Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited
dengan negara untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang
pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.
Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my
Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL
Be a Responsible Tax Payer
#HASIL #malaysiahasil #ezhasil #lhdnmcsr #lhdnmsocialmedia#lhdnmbloggers #lhdnmlongestwalk #sayangmalaysia
#HASIL #malaysiahasil #ezhasil #lhdnmcsr #lhdnmsocialmedia#lhdnmbloggers #lhdnmlongestwalk #sayangmalaysia
7 Comments
alhamdullilah
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletebagus LHDNM
good program.. harus diteruskan
ReplyDeletePROGRAM YANG BAGUS NI TAHNIAH LHDNM
ReplyDeleteMenarik program ni..sayangnya rabia tak join
ReplyDeleteAlamak. Tak wat e filing lg ni... hmmm
ReplyDeletePakat pakat wt terrr e filing. Hehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.