Assalamualaikum. Kawan-kawan ada akaun instagram kan? Kalau ada baguslah. Abam Kie pun ada gak. Hampir setiap hari update. Maklumlah kan ada HP Vivo V5 ni, kualiti fotonya comel sangat. Asyik nak snap foto aje. Sekali update terus kongsikan sekali di twitter, facebook dan tumbler. Mudah kan! Sekali buat terus update di 4 media sosial terus!
 

Baiklah, di sini Abam Kie ingin berkongsi lapan perkara yang tidak boleh dibuat di Instagram. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.
 

1. Jangan gunakan username atau nama pengguna yang pelik
 

Jika anda menggunakan nama pengguna yang sukar dicari, maka pengguna lain tidak boleh mencari dan mengikuti anda. Gunakan nama pengguna yang sama seperti Twitter atau Facebook and buatkan ia mudah dikenalpasti, sama ada nama sebenar atau nama perniagaan anda. Macam Abam Kie ni, gunakan nama yang sama untuk Google+ dan IG.

2. Jangan tetapkan profil anda kepada Peribadi atau 'Private'

Melainkan anda menggunakan Instagram semata-mata untuk tujuan peribadi dan tidak mahu membina jaringan kawan, janganlah sekali-kali menetapkan akaun anda kepada peribadi atau 'private'.

3. Jangan pos tanpa kapsyen (caption)
 

Tidak kira berapa hebat pun foto anda, ia masih memerlukan kapsyen! Pos dengan kapsyen akan mendapat lebih tarikan daripada pengikut2 anda kerana ia merupakan laluan kepada interaksi dengan mereka.
 

4. Jangan terlebih guna atau salah guna hashtag

Hashtag sangat penting di Instagram dan patut digunakan disetiap pos untuk meningkatkan capaian. Pilih antara 10 hingga 15 hashtag yang sesuai untuk diletakkan di dalam 'caption' anda. Jangan guna hastag popular seperti #tagforlikes, #onedirection atau #love. Sebenarnya dengan menggunakan hashtag umum dan biasa, anda akan hanya tidak mempamerkan foto anda di mana-mana hashtag. Rugikan?

5. Jangan mengabaikan komen pengikut anda

Bila orang meluangkan masa untuk menulis komen dibawah pos anda atau menanyakan soalan, jangan mengabaikan mereka! Sila bertindak atau membalasnya dengan menggunakan @namapengguna untuk memaklumkan mereka. Ucapkan terima kasih atau jawab soalan yang dikemukakan. Bila tabiat ini dilakukan secara berterusan, jumlah komen akan meningkat dengan ketara malahan dapat mengukuhkan hubungan dengan pengikut-pengikut anda. 

6. Jangan mencuri isi kandungan
 

Hanya kerana anda menyukai foto milik pengguna Instagram yang lain ini tidak bermakna anda boleh mengeposnya seprti foto itu milik anda sendiri. Jika anda mahu menyertakan 'user-generated content' (UGC) dalam strategi anda, pastikan pengguna mengetag anda atau pun menggunakan 'hashtags' di dalam pos mereka. Bila mengepos kembali (reposting), pastikan anda selalu memberikan kredit kepada pemilik foto asal.

7. Jangan guna imej dari pencarian Google

Jangan gunaka foto yang anda perolehi dari Google. Sebaliknya, anda mungkin boleh menggunakan www.unsplash.com

8. Jangan membeli pengikut

Mereka tidak akan memberikan faedah kepada anda. Tapi sebaliknya, mereka akan merosakkan peluang anda untuk mencapai laman popular dan pengikut-pengikut belian ini juga tidak akan klik 'like' atau menulis komen di bawah pos anda.


Jadi itulah pantang larang di instagram. Sekiranya anda meninggalkan pantang larang ni, Abam Kie yakin yang kawan-akan akan berjaya di Instagram. Jika ingin 'follow' IG abamkie, sila klik banner di atas, OK? 


Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.