Bina lebih banyak pusat rekreasi dan bukannya pusat membeli-belah
Assalamualaikum. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa pusat membeli-belah banyak terdapat di kotaraya dan bandar-bandar utama di negara kita. Malahan pusat membeli-belah yang sedang dibina pun banyak. Macam di Kota Bharu ni pun ada macam-macam mall seperti KB Mall, Billion, Tesco, Giant, Parkson, Billion, The Store, Pantai Timur, Aeon, Mydin dan sebagainya. Siapa kata orang Kelantan miskin?
Namun begitu negara kita sekarang lebih memerlukan taman rekreasi dan pusat riadah dan bukannya mall! Sebetulnya, bila orang ramai pergi ke mall, mereka cuma window shopping je, bukannya nak beli barang-barang pun. Ada yang nak lepak dan jumpa kawan sambil makan2 sikit.
Abam Kie perasan sejak kebelakangan ini restoran dan medan selera dipenuhi orang tetapi pusat membeli-belah menjadi semakin kurang pengunjung kecuali pada hari gaji atau menjelang hari perayaan dan musim cuti sekolah!
Adalah lebih baik dan sihat kepada orang awam jika lebih banyak taman permainan dan rekreasi dibina. Orang selalu berjalan di dalam mall tetapi mereka tidak selalunya membeli. Jadi, kenapa tidak bina lebih banyak taman untuk orang ramai bersenam dan berjalan santai di situ?
Pada pendapat Abam Kie, adalah lebih baik menyedut udara segar di luar daripada terperap di dalam ruang berhawa dingin.
Pihak berwajib perlu menimbang untuk membina lebih banyak taman rekreasi berbanding mall pada masa depan. Adalah lebih baik untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi bumi ini daripada merosakkannya hanya untuk membina lebih banyak bangunan yang ternyata melebihi jumlah yang diperlukan.
Taman dan kawasan rekreasi akan menggalakkan orang ramai untuk beriadah diluar bagi menyedut udara segar. Ia juga dapat memotivasi mereka untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Setuju tak dengan cadangan Abam Kie ni?
15 Comments
SETUJU!!!
ReplyDeleteagree
ReplyDeleteSetuju, lepas tu pusat rekreasi kena tingkatkan lagi keselamatan. Risau jugak kes ragut masa jogging
ReplyDeletesetuju sangatt.
ReplyDeletedengan Miza Talib pun CR setuju sbb kdg2 kita tkut nk berjog kalau sorg2 sbb tmpt dia sunyi je
Setuju. Semakin kurang pusat riadah sekarang ni.
ReplyDeleteSETUJU..PUSAT BELI BELAH DH BNYK ELOKLH ADAKAN YG TIADA N BERMNFAAT
ReplyDeleteSetuju !! Mall banyak-banyak pun ciktie pergi satu dua mall je itupun yang terdekat je hehe
ReplyDeleteSetuju..tapi kita kena faham, holding cost utk tanah komersil di bandar2 sgt tinggi - nk byr cukai tanah, cukai pintu, kalau di KL ada yg cecah ratusan ribu setahun, sbb tu tuan tanah buat pembangunan yg mndatangkan hasil..
ReplyDeleteKwsn lapang utk rekreasi selalunya dibwh local authority tapi ada yg rakus pi jual pd pemaju..contoh dah byk..huhu..
setuju sangat-sangat...bosan juga asyik shopping mall je...benda pun sama je...
ReplyDeletejemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ
pusat rekreasi yang boleh menjana keuntungan lebih baik dari pusat rekreasi free..
ReplyDeleteoleh sebab susah nak dapat pusat rekreasi yang ada untung maka dibina pusat membeli belah untuk jana untung..
sayangnya pusat membeli belah tidak semua boleh memberi keuntungan
setuju sangat2.
ReplyDeleteSetuju sangat. Sebab kadang, bila balik tu, ingat tak nak lah tinggal rutin bersenam di hari minggu. Tapi payah lah jugok nak cari. Ada tu ada, cuma bila tak banyak, tertumpu kat satu tempat. Jadi terlalu ramai.
ReplyDeletesetuju sangat
ReplyDeletesekarang pusat rekreasi susah betul nak cari
pasaraya pula yang bersepah-sepah
hahaha
Ada benarnya.
ReplyDeleteKalau di Negeri Sembilan masih senang lagi nak jumpa pusat rekreasi.
Developer yang nak buat taman perumahan di Negeri Sembilan ini perlu juga wujudkan taman rekreasi sekali untuk setiap taman yang mereka bangunkan.
setuju! contoh kalau kat kuantan ni, sepatutnya buat lebih banyak taman-taman atau pusat rekreasi. mall sudah terlalu banyak
ReplyDelete| blog aimanabdullah |
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.