Assalamualaikum. Baru masuk 2 Ramadhan tapi portal sehenti pelancongan yang terulung di Asia Tenggara, Traveloka sudah melancarkan Kempen Raya Bersama Traveloka yang pastinya akan menggamit para pengembara di seluruh negara untuk menyertai kempen yang terhebat di pasaran setakat ini. Siapa tak kenal Traveloka kan? Pada tahun lepas syarikat ini telah menjadi penaja KL2017 sekaligus mempromosikan jenama Traveloka ke pasaran ASEAN dan dunia dengan lebih meluas lagi. 

Pada tahun ini 1 Syawal bakal disambut pada hari Jumaat, 15 Jun 2018 iaitu dipertengahan cuti sekolah. Jadi kita masih ada lagi seminggu untuk berjalan-jalan ke lokasi menarik di dalam dan luar negara kerana sekolah hanya akan dibuka pada hari Isnin, 25 Jun. Hmmm... Rasanya 3 hari beraya tu dah cukup bagi Abam Kie dan keluarga. Baki cuti sekolah tu bolehlah dimanfaatkan untuk melancong dan pastinya Abam Kie akan memilih Traveloka sebagai portal menempah penerbangan dan hotel! Jangan pilih yang lain, OK? Kenapa? Sebab di sini semuanya ada. You name it, they have it!

Berbalik kepada Kempen Raya Bersama ini, Traveloka akan memberikan kepada pelanggan-pelanggannya diskaun tambahan 10% untuk hotel dan penerbangan bagi semua laluan, destinasi dan tarikh perjalanan semasa kempen ini berlangsung dengan menggunakan kod kupon Traveloka. Tawaran ini diadakan memandangkan permintaan dan tempahan hotel dan penerbangan yang tinggi yang bakal berlaku semasa musim perayaan nanti. Betul lah tu. Semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri nanti ramai orang nak melancong ke sana-sini terutamanya kepada golongan bukan Islam. Tentu mereka mengambil kesempatan cuti sekolah dan Hari Raya Aidil Fitri ini untuk melancong ke destinasi pilihan masing-masing. Manakala kita yang Muslim ini bolehlah melancong selepas menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta. Betul tak cakap Abam Kie ni?


Sekarang ni Abam Kie nak terangkan bagaimana nak menyertai Kempen Raya Bersama ini. Mudah aje. Kawan-kawan hendaklah melanggan surat berita (newsletter) Traveloka tu dulu. Ini adalah kerana pelanggan-pelanggan surat newsletter akan mendapat akses 48 jam lebih awal dari 21 hingga 22 Mei 2018 kepada promosi ini jika mereka melanggan newsletter Traveloka sebelum jam 3 petang, 21 Mei 2018 (Isnin). Jadi jika anda nak dapatkan akses 48 jam lebih awal silalah melanggan sebelum masa dan tarikh berkenaan. Pengguna yang melanggan surat berita Traveloka sebelum 21 Mei bakal menerima kod kupon pada pagi 21 Mei 2018 untuk menikmati akses awal kepada promosi berkenaan! Jadi cepat-cepatlah mendaftar, OK? 

Tapi kepada pengguna yang ketinggalan untuk mendaftar sebelum jam 3 petang 21 Mei tu janganlah bimbang, OK? Anda masih lagi boleh mengakses promosi Kempen Raya Bersama ini melalui laluan awam (public access) pada 23 hingga 29 Mei 2018. 

Sebaik-baiknya sila mendaftar surat berita (newsletter) Traveloka pada 20 Mei agar kod kupon itu terjamin menjadi milik anda. Lagipun kupon tu terhad. Siapa cepat dia dapat! Memanglah ada kupon promosi tapi tak sama dengan kod kupon untuk 'early birds' tu. Jangan kata Abam Kie tak payung!

Jadi bagaimana nak melanggan newsletter tu? Mudah aje kawan-kawanku yang dihormati sekalian. Cuma klik pautan di bawah ini:



Selain daripada Kempen Raya Bersama ini, Traveloka juga ada menawarkan kempen-kempen lain di laman web mereka seperti berikut:

1. Go International.
2. Go Overseas.
3. Tambang Istimewa Malaysia Airlines.
4. Tambang Istimewa Nippon Airways.
5. Plan Ansuran Tanpa Faedah Kad Kredit Maybank.

Memang kelas la Traveloka ni sebab tawaran atau kempen mereka memang sentiasa ada dan bukannya bermusim. Yang paling best tu Plan Ansuran Tanpa Faedah Kad Kredit Maybank tu. Lepas ni Abam Kie, sebagai pemegang kad kredit Maybank tak perlu risau untuk membuat bayaran sekaligus kerana kini boleh bayar secara ansuran tanpa faedah selama 6 atau 12 bulan. barulah boleh kata 'Now Everybody can Travel!'


Kawan-kawan sudah memuatturun applikasi Traveloka di telefon pintar masing-masing ke? Kalau belum, baik berbuat demikian sekarang juga kerana kelebihan yang bakal diperolehi. Antaranya kita boleh lebih berjimat berbanding membuat tempahan di laman web Traveloka itu sendiri terutama sekali untuk bilik hotel! Lagipun ianya memudahkan urusan tempahan kita kerana boleh dilakukan di mana-mana juga. Tambahan pula kita boleh menguruskan tempahan dengan mudah di applikasi tersebut di mana jua dan pada bila-bila masa! Hebat kan?

Sekarang Abam Kie dan bagitahu faedah-faedah lain sekiranya menggunakan applikasi Traveloka bila membuat tempahan hotel dan penerbangan. Sila baca dengan teliti, OK?
1. Harga Telus! 
Apa yang awak lihat = Apa Awak Bayar

Segala harga yang dipamerkan pada permulaan sudah termasuk cukai lapangan terbang (PSC) dan surcaj. Dengan kata lain, tiada harga terkejut pada saat akhir kerana jumlah bayaran yang kita lihat pada permulaan adalah apa yang kita akan bayar pada akhirnya. Sememangnya harga telus! 

2. Tempah, bayar dan dapatkan e-ticket/baucer hotel kurang dalam 1 minit!

Dengan TravelokaQuick, kita boleh menempah, membayar dan mendapatkan e-ticket atau baucer hotel kurang dalam 1 minit! Alamilah ciri hebat ini di hujung jari anda di mana jua dan pada bila-bila masa!
3. Kombo Pintar!
Jimat sehingga 40% untuk penerbangan antarabangsa

Tempah tiket pergi balik melalui Applikasi Traveloka, pilih syarikat penerbangan yang ditandakan dengan “Smart Combo” dan berjimat sehingga 40%!

4. Tidak perlu mencetak e-ticket/baucer hotel lagi!

Cuma tunjukkn e-ticket atau baucer hotel di dalam Applikasi Traveloka kita bila mendaftar masuk. Kita boleh mengaksesnya bila-bila masa biar pun tanpa talian Internet.

5. Pelbagai pilihan syarikat penerbangan dan hotel
Terjamin kita dapat harga terbaik!

Terbang ke lebih 100,000+ laluan yang disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa dan menginap di hampir 70,000+ hotel di seluruh dunia dari bertaraf bajet hingga ke 5-bintang!

Diantara syarikat penerbangan yang bekerjasama dengan Traveloka ialah Lion Air, Thai Lion Air, AirAsia, AirAsia X, Garuda Indonesia, Citilink, Sriwijaya Air, Jetstar, Wings Air, Xpress Air, Tigerair, Batik Air, Malindo Air, Kalstar Aviation, Trigana Air, NAM Air, Firefly, Aviastar Mandiri, Malaysia Airlines, Lufthansa, Thai Airways, KLM, Emirates, Etihad Airways, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Cathay Pacific, Air France dan banyak lagi.

Manakala rangkaian hotel pula ialah Pop! Hotel, favehotel, Tune Hotel, ibis, Novotel, Aston, Best Western, Whiz, Amaris, Santika, Fragrance Hotel, Mariott dan banyak lagi.

6. Lihat tempahan kita menerusi segala peranti

Log masuk ke akaun Traveloka kita. Semua butiran tempahan, e-ticket dan baucer hotel akan diseragamkan secara automatik dan diakses dengan segera di semua peranti kita. Hebatkan applikasi Traveloka ni?