Assalamualaikum. Baru-baru ini Abam Kie ada menganjurkan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2018 dan hari ini tibalah masanya untuk Abam Kie mengumumkan para pemenang cabaran tersebut. Tiga pemenang pertama akan menerima sebuah buku dan kad raya manakala empat pemenang seterusnya akan mendapat sekeping kad raya dan topup bernilai RM5. Hadiah2 ini diberikan kerana kesudian dan keprihatinan kawan2 yg sudi menulis komen di blog abam kie biar pun seayat cuma. Terima kasih banyak2. Mungkin hadiah ini tak semahal mana tapi ia cukup berharga kan? Maklumlah kan, skrg ni dah sedikit orang nak mengirimkan kad raya kan? 

Baiklah berikut disenaraikan pemenang-pemenang bertuah tersebut:

1. http://rabiadawiyah21.blogspot.com/
2. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
3. http://www.mamapipie.com/
4. http://perducinta.blogspot.com/
5. http://www.ciktie.com/
6. http://ajussix.blogspot.com/
7. http://at-tarmizi.blogspot.com/

Kepada kawan2 yang bertuah, sila PM nama penuh, alamat surat menyurat dan telco yang digunakan sebelum 5 Jun 2018. Jangan lambat ye? Sebab Abam Kie nak pos kad raya dan buku tu pada Sabtu minggu depan. Kalau lambat bimbang x sampai pula. Tahniah sekali lagi.