Assalamualaikum. Kali ini Abam Kie nak bercerita tentang ayah abam kie yang bernama Zainuddin bin Abdullah. Mengikut dalam MyKad ayah dilahirkan pada September 1941 iaitu beberapa bulan sebelum tentera Jepun mendarat di Kota Bharu. Ayah ni anak tunggal tau! Rasanya arwah datuk menunggu lebih 15 tahun barulah ayah dilahirkan. Kiranya ayah ni ditatang macam minyak yang penuh semasa dia kecil.

Ayah berkahwin dengan arwah ma semasa dia berusia 18 tahun. Ma pula 16 tahun masa tu. Biasalah orang zaman dulu nikah awal. Lepas kahwin tu ma duduk di rumah datuk dan di rumah pusaka datuk ni lah kami 6 beradik dilahirkan dan dibesarkan. 

Seingat abam kie la, pada masa muda ayah buat macam2 kerja kampung seperti menanam padi, bertukang rumah, menternak lembu, kambing, ayam dan itik, kerja di kilang padi dan menjadi buruh membina flat HDB di Singapura pada tahun 1977. Iyo lahkan, pada zaman tu susah nak cari kerja dan dapat duit jadi ayah buat pelbagai kerja untuk menyara kami sekeluarga.

Banyak kenangan la aku dapat bersama ayah sepanjang aku hidup 45 tahun ni. Semasa di darjah 6 aku dan dia mengalami kemalangan motosikal apabila tetiba ada seekor lembu melintas jalanraya. Masa tu ayah x sempat brek motor lalu kami terguling di atas jalan. Lengan aku patah manakala ayah tercabut sebatang gigi. Dekat 2 minggu gak aku x gi sekolah.

Semasa aku belajar di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan, ayah sering datang melawatku pada petang Jumaat. Dengan menaiki motor sejauh 14km dia menggagahi dirinya menjenguk aku di asrama. Maklumlah masa tu aku baru diawal remaja dan selalu ingin nak balik dok di rumah. Mujurlah aku sempat belajar sampai habis SPM di situ. Pada hari terakhir kertas SPM, ayah datang menjemput aku dengan motosikal Honda 50. Memang ayah tak tahu memandu kereta sampai sekarang.

Ayahku, wiraku! Memang tepat slogan ini. Aku ni memang bergantung kepada ayah terutama sekali dalam bab DIY atau teknikal. Kalau nak baiki barang ke, motor ke, paip bocor ke, ubahsuai rumah ke, ayah la yang aku panggil untuk minta tolong. Itu dulu, masa ayah masih gagah dan larat. Tapi sekarang aku kena upah tukang la.

Kini pada usia 77 tahun ayah hidup bersama dengan ibu tiri yang dikahwininya pada 2007. Arwah ma telah pergi pada tahun 2002. Semasa ma sakit dulu, ayah la yang bergilir2 menjaga ma dengan kak ngah. Aku pula jaga ma semasa cuti semester atau cuti sekolah. Sekarang ayah menikmati hari2 tuanya dengan anak2 dan cucu. Alhamdulillah, dia tak ada penyakit yang serius cuma sekali-sekala mengalami masalah kelenjar prostat.

Jadi aku patut menjaga selagi hayatnya masih ada. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk ayah melakukan ibadah sebagai bekalan di hari akhirat. I love my father! 

18 Comments

  1. kasih ayah sampai ke syurga.. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  2. semoga bapa abam kie diberi kesihatan yg baik...aamiin..

    ReplyDelete
  3. semoga ayah abam kie diberikan kesihatan yang baik. rindu arwah abah CR

    ReplyDelete
  4. moga ayah abam kie diberikan kesiahatan yang baik....i miss my dad...

    ReplyDelete
  5. MOGA AYAH CIKGU AK DIPELIHARA ALLAH KESHTAN N KESELAMATANNYA

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ayah abam masih sihat. sebaya dgn mertua mama.. berbaktilah selagi dia ada..

    ReplyDelete
  7. nampak tegap dan ensem lagi dia

    ReplyDelete
  8. Kasih sayang ayah tidak bertepi...kasih ayah membawa sampai ke syurga.

    ReplyDelete
  9. bapa saya dah tak ada..tak banyak kenangan sangat..tapi saya bersyukur sebab seumur hidup bapa saya tak pernah dia pukul saya...semoga arwah ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang beriman =)

    ReplyDelete
  10. Moga ayah Cikgu AK terus sihat .Aamin. Ayah ni tulang belakang keluarga. Besar pengorbanannya. Ibu dan ayah ada pengorbanannya masing-masing.

    ReplyDelete
  11. Semoga ayah abang kie sihat dan dirahmati selalu..

    ReplyDelete
  12. semoga ayah abam Kie terus sihat dan gembira menikmati kehidupan ini..

    ReplyDelete
  13. Asalam..semoga kalian berdua tetap sihat walafiat..happy fathers day

    ReplyDelete
  14. jauh tu 14km semata nak pergi lawat anak yang tersayang. handsome ye abah abam kie ni :P

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.