Ada benarnya perkara ini....
Tulang belakang dunia Pendidikan ini adalah GURU. 

Jika Kementerian Kesihatan dilihat dari dahulu lagi vokal mempertahankan para Doktor dan Pegawai Kesihatannya,

Kementerian Dalam Negeri jelas menonjol mempertahankan Polisnya, 

Kementerian Pertahanan nyata tegas mengetengahkan isu Askarnya,

Mengapa Kementerian kita ini sering sahaja dilihat mengorbankan gurunya demi memberi respon kepada tuntutan orang luar dan ibu bapa?

* * *

Bukan tak boleh.
Tetapi cukuplah yang ada. 
Dari dahulu lagi.
Bila tambah, yang lama tak dimansuh pula.

Agenda Kementerian Belia Sukan nak Hari Sukan Negara, KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Pengangkutan nak kempen keselamatan,  KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Alam Sekitar nak kempen recycle, KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Kesihatan nak kempen kesihatan, KPM kerjasama, guru laksana.

Pendek kata, cuba cek. Agenda kementerian mana lagi yang tak dipunggah atas bahu guru?

Ukur jalan, sukat bangunan, kerja JKR pun bubuh kat guru.

Itu belum disenaraikan lagi puluhan agensi-agensi swasta, badan berkanun, NGO, yang buat program atas nama kerjasama, guru laksana.

Tu, yang hat ibu bapa tuntut guru sepatutnya buat itu, sepatutnya buat ini pula macam mana?

Betul, guru murabbi ummah.

Tapi silibus hat duk ada ni berlonggok dah ni.
Dalam silibus, dari dahulu lagi memang sudah ada semua nilai yang dimahukan.
Tugas guru asalnya terapkan NILAI sahaja.

Tetapi dah bertambah jadi tukang sanggup laksana program orang, demi capai KPI kawan di Kementerian lain pula.

Hantarlah kakitangan.
Jalankan. 
Kami bantu. 
Bukan berkira.

Janganlah hantar modul saja,
kami buat semua.
Lemak namanya.

Bukan tak sabar. 
Bahkan sabar sahajalah yang tinggal sebagai bekal untuk rasional dan dewasa. 

Tetapi sampai bila?

"Kalau tak suka, berhenti!"

Ok, terima kasihlah atas jawapan mudahnya.