Assalamualaikum. Hari ini abam kie nak berkongsi satu artikel yang menarik tentang Takaful Pendidikan Untuk Anak. Sila baca dan hayatinya. Terima kasih.

Case Study - Kisah Terjerat Education Plan Insurans

Perkongsian Kisah Miss N, seorang surirumah berkenaan Education Plan Insurans untuk anak lelakinya:

✅ Education Plan + Investment diambil oleh Atuk ketika anak lelakinya berusia 4 bulan

✅ Bayaran bulanan RM300 sebulan, menggunakan kad kredit Atuk, bayar lump sum terus setahun

✅ Coverage yang dapat -

(i) Critical Illness RM24,000
(ii) Tiada coverage kematian/cacat kekal or medical
(iii) Projected Cash Value/total value selepas 30 tahun, best case scenario adalah RM157,000
(iv) Coverage 30 tahun, agent cakap boleh keluarkan cash value selepas umur anak 21 Tahun

Ini adalah review saya :

✅ Short answer, terjerat di Eduplan

✅ Figures nampak gah. Saya stimulatekan figures yang sama, RM300 sebulan dengan return 7% setahun, total cash value selepas 30 tahun adalah RM353,000 (Principal + Compounding dividend) labur di ASB

✅ RM157,000 vs RM353,000 mana yang untungnya?

✅ Insurans instead of Takaful. Agent inform dilaburkan di tempat yang patut syariah. Dah nama pun Insurans, fund coming le, patuh syariah lagi ke? 

✅ Terlalu percayakan agent. Terjerat. Dah la tu gunakan kredit kad bayar setahun terus tapi tak faham apa yang diambil

✅ Jangan tengok figures alone walaupun angkanya ratus-ratus ribu mahupun jutaan. Cuba calculatekan balik, apple to apple comparison

✅ Insurans/Takaful bukan untuk Pelaburan tapi adalah untuk Perlindungan (Protection). Mostly, return insurans susah nak kalahkan return dividen ASB ataupun tabung haji

✅ Besar figures RM300 tu untuk coverage seorang anak. Anak ada coverage, tapi Mak Ayah sendiri belum ada protection/takaful Holding Power. Kalau jadi apa-apa kat mak ayah or Atuk, terjaminkah kewangan anak-anak

✅ Conclusion, better safe than sorry. Jangan ambil takaful or pelaburan sekadar mengkhinzir buta dan akhirnya terjerat di kemudian hari

✅ Jadikan kisah ini sebagai pedoman supaya kita Ibu Bapa tidak terjerat sekali. Takaful dan Insurans bukanla instrument untuk Pelaburan. Kalau untuk edu plan anak-anak, malas sangat pun, just park dekat ASB ataupun tabung haji. Anak saya RM100 sebulan pun dah ada RM21k kini, di usia 9 tahun

✅ Janganlah segan spend dalam Pelaburan Ilmu. Dek kerana nak berjimat berpuluh atau beratus, terjerat berpuluh atau ratusan ribu

Credit to: N0R IMAN NAZUKI, Your Financial Consultant. Visit his blog at  http://www.eyriqazz.com/ for more financial tips.