Ibubapa dan guru perlu berbincang
SEKARANG, ibu bapa sering menggunakan media sosial untuk menyerlahkan kejadian anak-anak mereka yang kononnya dipukul di muka atau kepala gara-gara dihukum oleh guru mereka. Sudah pasti dakwaan ibubapa ini amat mengelirukan. Mereka tidak senang dengan cara anak-anak mereka dihukum. Ada juga yang mengambil tindakan undang-undang terhadap guru atas nama keadilan.
Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk apabila ia melibatkan dua kaum yang berlainan. Guru akan dituduh menjadi berat sebelah terhadap pelajar-pelajar dari kaum tertentu.
Abam Kie seorang guru TESL yang berpengalaman selama 21 tahun dalam dunia pendidikan secara peribadi tidak menyokong perbuatan menimbulkan kecederaan kepada pelajar tetapi langkah oleh ibu bapa sedemikian telah meletakkan guru dalam keadaan yang tidak baik. Ia juga menghalang guru daripada mendisiplin pelajar kerana mereka tidak mahu mengalami masalah perlu berdepan dengan dengan ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka.
Adalah lebih baik bagi ibu bapa untuk membincangkan isu ini secara profesional dengan pengetua atau guru besar untuk mendapatkan gambaran yang jelas tanpa perlu mengambil tindakan terhadap guru.
Semoga kerjasama erat diantara guru dan ibubapa dapat mengekang masalah disiplin dikalangan remaja sekolah yang makin berleluasa sekarang. Terima kasih.
14 Comments
bagi Gee lebih baik parents berbincang selidik tentang hal anak kat sekolah dengan guru & guru besar. Kena trust guru baru anak - anak boleh berjaya. Jangan terlalu menangkan anak-anak.
ReplyDeletesetuju ! jangan suka suka nak menunding jari antara 1 sama lain
ReplyDeleteBetul...ibu bapa dan guru menjadi kawan..sama-sama mendidik dan memantau anak-anak..insyaAllah bila ada komunikasi 2 hala banyak urusan atau permasalahan mudah diselesaikan..
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie..zaman sekarang perlu banyak selidik setiap isu terutama isu anak-anak sekolah
ReplyDeleteSaya bersetuju apa yang Abam Kie perkatakan, kita sebagai ibu bapa perlu selidik dan bincang dengan guru terlebih dulu sebelum membuat apa-apa tindakan..
ReplyDeleteSebaiknya buat perjumpaan berbincang masalah anak-anak..tak boleh terus tunding guru. Masa bersama anak lebih banyak kepada ibubapa..bersama guru hanya beberapa masa ja..apapun berhubung dgn baik para guru adalah jalan terbaik
ReplyDeleteIbu bapa dan guru memainkan peranan yg penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa juga seharusnya tidak terlalu cepat menghukum guru-guru yg mengajar dan mendidik mereka dan guru-guru juga perlu mengambil langkah lebih bijak dlam menangani masalah disiplin pelajar. Pendidikan anak-anak bermula di rumah, jadi sebagai ibu bapa,mereka seharusnya lebih bijak..
ReplyDeletebukan mudah menjadi guru...
ReplyDeletesekarang semua nak viralkan, dulu zaman sha sekolah kalau balik bgtau cikgu buat- nenek siap cakap lagi ha esok aku pi suruh dia tambah lagi haha
ReplyDeleteTak mudah nak menjadi ibu bapa dan guru nak pula di zaman sekarang nih. Perbincangan dan permuafakatan antara kedua pihak sangat penting supaya anak dapat didisiplinkan sekiranya ada kesalahan dan guru dapat memberikan pengajaran dengan sewajarnya
ReplyDeleteSalam kenal cik dari blogger Atjeh.
ReplyDeleteJangan lupa kunjung balik kat blog saya AchiKuchi
Setuju !! Jangan main ambil je apa yang diperkatakan. Selidik dan bertanya dulu barulah betul.
ReplyDeleteaida sokong abam kie.
ReplyDeletejgn melatah di media sosial.
rujuk cikgu.
tanya. dialog. selesaikan.
media sosial ni kekadang hanya undang masalah lebih besar.
fitnah.
memalukan.
timbul kan kekacauan.
putus sillaturrahim.
Loni, bukan anok keno tapa ko cikgu jah dio buh dalam FB. Kain tak lipat pun dio buh dalam FB, tok laki dio tolong basuh pinggey pun dia buh dalam FB. Pah, kalu anok keno tapa ko cikgu dio tksei upload? Memey keno upload laa. Cumo daripado situ la napok ore bayo bayo mek ni tkleh nk bezo dh benda baik bendo buruk hop nk buh dalam FB. Segalo mokniko nyo buh. Bagi dia, buh dalam FB akan selesai masalah dio. Kain tak jemur akan terjemur dengan sdiri kalu buh dalam FB. Supo ni la, buh dalam FB bekali anok dio jadi kebal la cikgu tkleh setuh. Nasihat mek, gapo gapo bicey empat mato. Bukan jadi keyboard warrior. sekian..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.