Sejak kecil lagi Abam Kie suka minum susu terutama sekali susu segar, UHT dan tepung. Memang ada banyak jenama susu di pasaran tetapi Abam Kie tetap memilih Fernleaf sebagai jenama utama susu untuk diminum setiap hari. Kenapa Abam Kie memilih Fernleaf?

Pertama sekali di Fernleaf, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang Fernleaf menjaga lembu tenusu mereka dengan penuh dedikasi. 

Di New Zealand, para penternak Fernleaf mengusahakan ladang mereka secara semulajadi, iaitu memberikan kebebasan kepada lembu tenusu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur. Lembu tenusu di sini tidak dikurung di dalam kandang dan diberikan makan rumput oleh pekerja.


Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. la juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D. 

Tahukah kawan-kawan bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput? New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. la adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana rumput penternak ladang Fernleaf adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. 

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu ladang Fernlleaf secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu ladang Fernleaf menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang. 


Lembu tenusu di ladang Fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi! Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. 

Pakar tenusu Fernleaf dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu dan penternak berdedikasi Fernleaf amat bangga dalam kerja mereka, memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. 


Susu UHT Fernleaf 100% Mmmmm memang sesuai diminum oleh semua peringkat umur bagi memastikan badan dan tulang kita akan menjadi sihat dan kuat! Macam Abam Kie sendiri minum segelas susu suam Fernleaf sebelum tidur! Abam Kie percayakan susu Fernleaf kerana ia dibuat dengan 100% susu dari New Zealand!

Buat makluman semua, susu UHT Fernleaf ini didatangkan dalam 3 variasi iaitu penuh krim, rendah lemak dan coklat serta dalam dua pek bersaiz 1 liter dan 200ml.

Tunggu apa lagi? Marilah minum susu UHT keluaran Fernleaf! #FernleafUHT dan #100Mmmmm