Jangan ponteng solat Jumaat!
Kalau kat Kelantan, setiap hari Jumaat adalah menjadi satu aib besar kaum lelaki berada di kedai, di pasaraya, malah di jalanan. Geng kaki malas solat pun, setiap Jumaat muka mereka akan terpacak di masjid. Memang kalau berada kat rumah waktu solat Jumaat, boleh kena parang dengan mak. Geng hisap dadah ke, orang paling samseng ke, kaki minum ketum kaki disko ke, walau tak nak pergi masjid, mereka akan menyorok kat dalam rumah diam-diam tak tunjuk muka.
Sampai tahap itu mereka menjaga maruah diri. Kerana tidak solat Jumaat itu merupakan aib yang sangat besar bagi laki-laki. Mereka seboleh mungkin tak nak muncul di khalayak ramai waktu solat Jumaat.
Namun di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh ini, tidak pergi solat Jumaat itu bagai tiada apa-apa. Langsung tiada rasa bersalah. Langsung tiada rasa berdosa pada Tuhan. Langsung tiada rasa malu pada manusia. Bebas ke sana ke mari. Boleh bershopping dengan tenang dalam supermarket, boleh berjalan berpimpin tangan dengan awek, boleh makan tanpa rasa malu di kedai makan atau KFC.
Bahkan segelintir pekerja kedai runcit, pam minyak, restoran makanan segera, supermarket, kedai makan, merupakan kaum lelaki yang tidak hadir solat Jumaat atas alasan kerja. Pernah kawan aku cerita, dia ada bertanya kepada seorang pekerja lelaki kedai runcit 24 yang tersohor seluruh dunia. Masa tu dia baru pulang dari solat Jumaat dan terus singgah kat kedai itu untuk membeli barang.
"Eh, awak tak pergi solat Jumaat ke?"
"Saya tak boleh pergi. Kerja lah."
Aik? Mahal mana sangat gaji kat kedai tu sampai sanggup melawab perintah Tuhan?
Berapa gajimu hingga sanggup derhaka pada perintah Tuhan?
Gaji 20 juta sehari pun masih tak berbaloi nak langgar perintah agama. Kerana syurga itu tidak boleh dibeli dengan banyak mana pun harta kamu.
Kerajaan khususnya menteri agama patut memandang serius hal ini. Wujudkan peraturan di mana pemilik syarikat, kedai, dan sebagainya memberi kelonggaran penuh pada pekerja lelaki Muslim untuk pergi menunaikan solat Jumaat.
Haramkan mana-mana pekerja lelaki bekerja masa solat Jumaat. Sejam setengah je pun, dari jam 1:00 - 2:30 sahaja. Jika ada yang langgar peraturan, tangkap sahaja pekerja dan dakwa pula majikan itu. Denda biar berat biar orang lain tak berani lagi buat.
Islam adalah agama rasmi negara kita. Namun jika hanya rasmi pada nama, tapi undang-undang tidak diperkasakan tiada guna juga.
Ke guane kate demo boh?
Sumber: #TazzkirohhJemaat, #PUFadli, #MFS
13 Comments
padahal sekali seminggu jer g masjid..tu pun mals..huhu
ReplyDeleteMoga diambil serius akan hal ini..
ReplyDeleteSebagai yang dah sedia tahu hukumnya tu..tunaikan solat wajib ni. Sebagai mualaf walau dah lama memeluk Islam terasa sunggu sejuk hati melihat ramainya datang solat jumaat jemaah..kita mampu doakan saja bagi yang belum terbuka hjati kenali hikmah solat jumaat
ReplyDeleteCadangan bagi memastikan semua pekerja lelaki diwajibkan untuk solat Jumaat tuh memang menarik. Cuma adakah pihak berwajib bersedia nak menguatkuasakannya
ReplyDeletenaseb baik kt kolej ni dbenarkan solat jumaat...alhamdulillah....staff xperlu keluar atau bersesak kt luar...
ReplyDeleteHarap2 time solat jumaat biarlah yg islam lelaki pergilah solat.. Tinggal sekejap kerja.. Sbb solat tu lebih penting kan
ReplyDeleteBetul tu!! harap2 mereka mereka terbabit baca posting abe kie nih!
ReplyDeleteBetul tu... Kalau semua Negeri buat jumaat kedai kena tutup semua, pastu kerahkan semua lelaki pergi jumaat kan bagus.
ReplyDeletesakit mata tengok lelaki mkn lunch dgn wife/girlfriend/ofismate, time solat Jumaat kt KL ni..yg pompuan tu pun sama, bagi lah tazkirah, kasi sedar diri sikit..
ReplyDeleteada tu selamba je lepak kt mamak pd hal masjid 100m je... pekak agaknya xdgr azan atau hati dah buta kot
ReplyDeleteKepada kaum lelaki jangan ponteng solat jumaat ye.
ReplyDeleteBetul tu abang Kie, kat kelantan kedai makan pon byk tutup waktu solat jumaat..hehehe
ReplyDeleteHarap rakyat negeri lain mencontohi Kelantan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.