Apa makna rezeki?
Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.
Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.
Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.
Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.
Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.
Jadi...
"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."
Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima. Percaya dan terima. Wallahu'alam
Kredit kepada Ustaz Iqbal Zain
11 Comments
Allahu.Sangat terkesan dihati.Betullah.Setiap apa yang Allah beri itu rezeki.Nikmati.Syukuri.Namun usaha jangan berhenti.
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih abam kie for sharing.. Rezeki kita pelbagai kan Allah swt beri.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kadang kita tak sangka pun tu rezeki kita tapi akhirnya kita dapat jugak :(
ReplyDeleteinsya allah abam.. tq for sharing
ReplyDeleteAsalam Cikgu terima kasih kongsi yang sangat bermanfaat untuk semua yang datang membaca
ReplyDeleterezeki masing-masing berbeza
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteAllahuakhbar... luas rezeki kadg kala ada tersilap makna, tahu apa yg nak saja.... harus slu jaga hati... sgt setuju...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang menyentuh rasa ni. Rezeki sememangnya datang di dalam bentuk yang berbeza-beza pada setiap orang. Harus sentiasa muhasabah diri untuk sentiasa bersyukur.
ReplyDeletebetul sangat. rezeki tak semestinya datang dari bentuk wang/duit. dapat happy family, sihat, dapat update blog dengan jayanya pun antara bentuk/ cabang rezeki kan. rezeki itu luas. Alhamdulillah always :)
ReplyDeletesetuju.
ReplyDeleterezeki ni byk bentuk.
aida sendiri masih mengajar diri utk bersyukur sentiasa.
ye la. kekadang ada juga mengeluh dlm hati :)
ajar diri. ajar anak2 terutamanya...
Allah Maha Adil, kan :) tu kita kena yakin. bernafas ni pun satu rezeki.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.