Assalamualaikum. Sempena sambutan hari lahir anak bongsu yg ketiga pada 1 Dis 2018, Abam Kie mengidam nak makan ayam tandoori la pulak! Abam Kie mula minat makan ayam tandoori ni apabila makan di sebuah gerai di Food Court Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu pada 1998 lalu. Jika pergi ke KK pada hujung minggu pasti Abam Kie cuba cari resepi ini kat sana. Ayam tandoori ni sedap dimakan dgn roti tempayan, sambal, lemon dan sedikit kuah. Pada kali ini, Abam Kie ingin berkongsi resipi untuk menyediakan ayan tandoori mudah dan sedap. Sila baca betul-betul resepi di bawah, ya? Bahan perapan ini turut sesuai untuk kegunaan memerap ikan atau daging atau makanan laut yang lain. 

Bahan Utama:

2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil

Bahan Perapan

    13 ulas bawang putih
    3 biji bawang besar
    2 inci halia
    2 sudu teh garam
    1 sudu serbuk kunyit
    1 sudu serbuk cili
    1 sudu serbuk jintan manis
    1 sudu serbuk jintan putih
    1 sudu serbuk ketumbar
    1 sudu serbuk lada sulah
    1 sudu serbuk kulit kayu manis
    2 ikat daun pudina
    2 sudu marjerin
    3 biji buah pelaga
    1 cawan susu cair
    2 biji buah lemon
    2 ikat daun ketumbar
    2 sudu sos tiram
    sedikit pewarna merah

Cara-caranya:  

1. Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

2. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.

3. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

4. Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

5. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk ke dalam ayam yang diperap tadi. Perap ayam ini selama 5 jam.

6. Akhir sekali bakar pada 170C selama 1 jam.


Sekarang, ianya sudah siap untuk dihidangkan kepada seisi keluarga, sanak saudara atau tetamu yang datang. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain juga. Selamat mencuba dan terima kasih. Selamat mencuba.