Biar dia bahagia dengan caranya
Assalamualaikum. Abam Kie ingin berkongsi artikel yang menarik sebagai satu cara untuk kita muhasabah diri kita sendiri. Hayatilah...Terima kasih..
Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.
♥️Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia...
Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..
♥️Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..
Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang.
Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.
9 Comments
Betul.Menikmati cara masing-nasing.Setuju,apa pun keadaan yang dipilih jangan berhenti mensyukuri nikmat.
ReplyDeleteSalam Jumaat Cikgu.
mama setuju.. walau apapun jadilah org yg bersyukur kan
ReplyDeleteNice sharing Abam Kie. Yang penting kita bersyukur. Bahagia kita tak sama dengan bahagia orang. Masing-masing ada bahagia tersendiri
ReplyDeleteBetul tu, dan yang penting sekali jangan sekali-kali menyusahkan orang lain dan merasa bahagia dengan mengambil kesempatan atas penat lelah serta kebaikan insan lain 😊
ReplyDeleteBila ada keikhlasan akan terbit rasa bahagia..bahagia bagi tiap individu itu ada bezanya..
ReplyDeletebetul jugok. ni gak, awo ko tak sependapat, habisnyo oyat caro kawan tu saloh. tapi kalu saloh melalui sisi islam, ianya tetap saloh. tkleh nk kato betul. kehkeh
ReplyDeleteBersyukur kunci kebahagiaan :)
ReplyDeletetersentuh dgn kata-kata. insya Allah. myra akan berusaha utk kurangkan keduniaan ni semua. T__T
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
kan...
ReplyDeletelain org, lain citarasa, lain bahagia, lain dugaan nyer.
enjoy life krn ia bersifat sementara.
bersyukur. kalau 'berlebih', kongsi. kalau 'kurang', usaha...
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.