Jalan-Jalan ke Dengkil, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Bahagian 1)
Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 blogger sekalian? Diharapkan semuanya baik2 aje. Pada kali ini, Abam Kie ingin berkongsi kisah percutian Abam Kie sekeluarga ke tiga destinasi iaitu Dengkil, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.
Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan tepat jam 4.35 pagi Selasa, 5 Februari 2019. Kenapa bertolak sebelum Subuh? Sebabnya nak mengelakkan jam dan sampai sebelum Zuhur di Dengkil. Itu yang isteri bagitahu. Jadi biarpun x cukup tidur malam tu kerana blackout maka terpaksa memandu dalam keadaan mengantuk tahap gaban. Diburukkan lagi dengan cuaca berkabus sepanjang jalan dari Kuala Krai ke Gua Musang. Pasang lampu tinggi pun jarak penglihatan masih terhad.
Kami berhenti rehat untuk solat Subuh di stesen minyak Shell sebelum bandar Gua Musang. Selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan sebelum berhenti sarapan di RTP Chenok. Harga makanan n minuman untuk 5 orang cuma RM25. Nasi kerabunya pun sedap. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Kat sini isteri pula yang memandu sebab Abam Kie dah x boleh fokus lagi. Huhuhu... Kat Lipis tu kami singgah di Masjid Batu 6 Penjom untuk menjawab panggilan alam.
Perjalanan diteruskan melalui bandar Raub, Bentong dan Lebuharaya Karak - KL. Jalan menghala ke KL lancar aje berbanding laluan ke Bentong. Iyolah kan, cuti2 org nak balik kg, tapi kami plak nak gi ke kotaraya. Bila masuk Jalan Genting Klang suasana menjadi sedikit sesak. Waktu pun dekat jam 11 pagi. Kami hampir sesat kerana jalan yg biasa dilalui oleh isteri sudah tiada. Keadaan ini berlaku di Sungai Besi. Huh, di KL ni setiap 5 thn jalan bertukar. Jangan tanya pasal jalan di KL ni kat Abam Kie biarpun abam kie test lesen dulu di Jalan Genting Klang pd tahun 1995 tapi baru kali ini betul2 berani memandu di tengah kotaraya KL ni. hehehehe...
Setelah hampir sesat kami akhirnya sampai di rumah isteri kat Taman Mutiara, Dengkil pada jam 12.45 p.m. Sampai je terus campak segala barang dan makan apa yang ada. Rumah ni hampir 5 tahun kosong selepas isteri pindah ke Kelantan. hampir semua barang dah dibawa balik ke Kelantan. Jadi bila isteri kena pindah balik ke Putrajaya maka kena beli barang2 keperluan asas sekali lagi seperti peti sejuk, mesin basuh, TV, tilam, katil dsb.
Selepas mandi dan solat jamak zuhur dan asar, kami makan tengahari secara ala kadar. Lepas tu abam kie terus tidur. Sedar2 dah hampir jam 7 mlm. Tapi masih terasa mengantuknya. Dugaan betul!
Setelah hampir sesat kami akhirnya sampai di rumah isteri kat Taman Mutiara, Dengkil pada jam 12.45 p.m. Sampai je terus campak segala barang dan makan apa yang ada. Rumah ni hampir 5 tahun kosong selepas isteri pindah ke Kelantan. hampir semua barang dah dibawa balik ke Kelantan. Jadi bila isteri kena pindah balik ke Putrajaya maka kena beli barang2 keperluan asas sekali lagi seperti peti sejuk, mesin basuh, TV, tilam, katil dsb.
Selepas mandi dan solat jamak zuhur dan asar, kami makan tengahari secara ala kadar. Lepas tu abam kie terus tidur. Sedar2 dah hampir jam 7 mlm. Tapi masih terasa mengantuknya. Dugaan betul!
Keesokan harinya iaitu Rabu, 6 Feb, kami menaiki kereta ke Stesen LRT Sungai Besi. Hari kedua CNY, jalan x sibuk mana. Dari situ kami ambik LRT dan turun di Stesen Bandaraya. Turun je LRT terus menapak ke Sogo di seberang jalan.
Sebelum masuk Sogo tu sempat tangkap gambar sebagai kenangan. Masa mula2 dibuka dulu Abam Kie dah pi ke sana. SOGO KL ni dirasmikan pada 18 Januari 1994. Masa tu abam kie masih menuntut di tahun 1 kat UM. Jika nak pi SOGO ambik je BMW pink! Tapi masa tu x banyak sangat kedai dan barang. Skrg ni macam2 ada.
Setibanya di SOGO kami tengok bahagian best buy di tingkat. Nama je best buy tapi kebanyakan barang masih mahal. Sempat juga la beli beberapa helai baju T untuk anak. Selepas tu kami naik ke food court. Siap posing depna air terjun buatan lagi. Rasanya 25 tahun dulu benda ni dah ada kan?
Turun dari SOGO, kami ke kedai di seberang Jalan TAR tu. Harga barang2 di sini mcm mampu milik je. Anak2 plak nak beli tudung. Terpaksalah belanja serba-sikit.
Sekembalinya dari Sogo, kami pergi ke rumah kakak Abam Kie di Kampung Sungai Merab Dalam untuk lunch. Fuh! Berselera betul kami makan bila perut tgh lapar dan keletihan. Cuaca panas menyebabkan kami lebih bersemangat untuk makan!
Pada jam 4 pm kami balik ke Dengkil sebab mak saudara kpd anak2 saya ni nak ambil anak2 saya menonton wayang di Shah Alam. Dia menetap di Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang. Maka malam tu mereka akan tidur dengan sepupu mereka di sana.
Pada waktu malam tu isteri membawa saya dan anak2 ke Putrajaya pula. Ini lawatan ketiga saya ke sana. Mula2 tu kami singgah di Jambatan Putra untuk mengambil foto. Malam tu sedikit je org ada di jambatan tu.
Kemudian kami pergi ke Dataran Putrajaya. Niat di hati nak sewa basikal tapi perkhidmatan tersebut dah tiada. Kalau nak sewa skuter dan motosikal tu ada la. Last2 cuma beli pistol buih je kpd anak bongsu.
Selesai bersiar2 di situ kami pergi makan di sebuah restoran mamak. Sebab lapar sgt abam kie n anak order roti nan dan ayam tandoori. Harga standard la tp masih mampu beli.Dalam jam 11 malam kami pulang ke rumah untuk tidur. Sekianlah cerita hari pertama dan kedua lawatan Abam Kie ke KL dan Putrajaya. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.
20 Comments
salam Abam Kie...cuti panjang orang semua balik kg, SA pun tak kemana- mana..habiskan masa kat rumah dengan memasak dan petang pergi joging...itu jer la kerja SA..tahun ni x leh nak berjalan sebab anak focus PT3. Lepas2 tu nanti la..
ReplyDeletebmw pink! legend tu. sekarang tak ada dah. 1994 yaya masih di sekolah rendah.
ReplyDeletewow sesekali jalan2 syok
ReplyDeleteOoo kiranya Abam Kie dah ada rumah kat dengkil la nie.. dah dekat dengan rumah saya tue.. hihi
ReplyDeleteNak ke KL waktu cuti panjang memang ok Cikgu..sebab agak lengang.Ramai yang balik kampung.Kalau tidak..berlaga punggung sana sini.Lama tak ke sogo.
ReplyDeleteNnti abg pindah putrajaya ker. Jom lah ngeteh
ReplyDeletewahhhh syok abam kie bercuti ke KL.. Cik Ash CNY tak kemana suami kerja huhuhu
ReplyDeletebest terr. cuma tk temu kito maso duk kl.
ReplyDeletewahh bestnya bercuti.happy holiday
ReplyDeletewow baru tau SOGO buka masa Januari 1994..time tu saya masih kecil lagi...tadika pun x masuk lagi. good info abam kie..
ReplyDeleteawat x singgah umah sy? ;-)
ReplyDeleteCuti CNY baru-baru ni sarie pun bawa anak-anak ke Putrajaya walaupun tak berjalan sangat pun. Nanti Abam Kie pindah sekali ke Putrajaya ke
ReplyDeleteseronok anak2 dibawak berjalan ni...jumpa pulak sanak saudara yang lain...teringat kakak ipar kat kampung, suka bawak anak2 sedara dia jalan2 kalau semua balik kampung ramai2...
ReplyDeleteSeronok jalan2 time cuti sekolah kan Abam Kie. Tahun 1994 tu sy baru lahir. Hahaha. Pegi Putrajaya malam2 memang meriah.
ReplyDeletesakan jalan-jalan abe
ReplyDeleteDah lama tak pergi Putrajaya. Rindu la pula nak jejalan kat situ
ReplyDeleteAlhamdulillah #familybonding nikmat yang sangat indah.
ReplyDeleteAlamak gambar last tu buat saya rindu dekat Putrajaya tau..saya sempat solat jumaat kat sana hari tu..inshaallah rasa nak ke sana lagi jalan2 ..mana tau jumpa Abam ky
ReplyDeletesabung ayam pisau
ReplyDeletesogo.
ReplyDeleterindu...
da 1-2 thn tak ke sana :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.