7 sikap buruk tetamu majlis kahwin
PERKAHWINAN merupakan satu detik bersejarah buat pasangan mempelai yang sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga.
Biasanya selepas akad nikah, majlis resepsi diadakan untuk meraikan tetamu sebagai memenuhi tuntutan agama agar sesebuah perkahwinan itu dihebahkan.
Ia bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya fitnah dan hendaklah diadakan secara bersederhana tanpa pembaziran.
Namun, tak sedapnya ialah sikap buruk tetamu yang hadir dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Di bawah ini disenaraikan antara sikap yang mungkin anda sedari. Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini?
1. Salam keruk (kaut) sampul kosong
Datang ke majlis kahwin dan melantak berpinggan-pinggan akhirnya hulur sampul kosong. Perkara ini sering berlaku melainkan bagi perkahwinan VIP atau orang kenamaan yang tidak memerlukan ‘salam keruk’ iaitu menghulurkan sampul berisi wang.
Bagi bakal raja sehari, anda jangan terkejut semasa sesi membuka hadiah dan ’angpau’, jika anda menerima banyak sampul kosong.
Tetamu majlis kahwin haruslah faham akan adab yang perlu diberi perhatian jika memenuhi undangan perkahwinan.
2. Anak-beranak penuh meja
Untuk majlis yang tidak memerlukan tetamu membuat tempahan atau RSVP, sesetengah keluarga akan membawa anak beranak, datuk-nenek mereka ke majlis berkenaan. Bayangkan untuk satu meja yang muat 10 orang, ia penuh dengan ahli keluarga itu sahaja. Lebih buruk perangai, mereka terus duduk di kerusi dan meja yang sama tanpa mahu memberi ruang kepada orang lain yang sedang berdiri mencari tempat duduk untuk menikmati makanan.
3. Mengata pengantin
Sikap ini dah macam kebiasaaan. Ketika pengantin di atas pelamin, tetamu mula menjadi juri awam. Biasanya pasangan pengantin akan menjadi buah mulut jika personaliti atau fizikal kurang menarik. Selalunya yang menjadi mangsa ialah pengantin perempuan.
Bukan sahaja fizikal malah hiasan pelamin, pakaian dan juga solekan juga turut dikomen.
4. Merungut tentang makanan
Makanan yang dihidangkan kepada tetamu antara perkara penting. Bilangan lauk-pauk juga diambil kira oleh tetamu. Lebih menyedihkan kalau makanan majlis kenduri kurang enak dan tidak banyak pilihan, maka akan riuh sekampunglah orang bercakap. Ditakdirkan ada tetamu yang mengalami sakit perut selepas majlis itu, hmmmm… setahunlah orang akan bercakap buruk tentang pengantin.
5. Bawa balik makanan
Kalau zaman dulu-dulu, tetamu majlis kahwin akan bawa mangkuk tingkat. Dalam mangkuk itu mereka akan memasukkan barang-barang keperluan seperti gula, beras dan sebagainya untuk tuan rumah. Sebagai ganti, pihak tuan rumah akan menyediakan lauk kenduri kahwin dalam mangkuk tingkat itu. Amalan pertukaran barang sedemikian sudah tidak lagi diamalkan tetapi yang sering dilakukan apabila tetamu meminta dibungkuskan lauk-pauk dan nasi kenduri kahwin untuk dibawa pulang.
6. Nak rasa lauk makan beradab
Selalunya lauk-pauk di meja pengantin untuk makan beradab agak istimewa. Kebiasaan ada ayam golek, udang panjat, ikan siakap tiga rasa, pemanis mulut dan beberapa makanan lain. Ia tidak sama dengan hidangan untuk tetamu lain. Pengantin dan ahli keluarga yang duduk di meja makan beradab biasanya tidak makan banyak. Jadi, ada tetamu yang tak tahu malu mahu meminta makanan itu untuk menikmatinya.
7. Minta lebih goodies atau buah tangan
Selain bunga telur, pihak keluarga pengantin akan meyediakan buah tangan buat tetamu sebagai kenang-kenangan kerana menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan. Ada juga tetamu meminta lebih daripada satu barangan yang diberikan. Kalau yang hadir itu membawa lima orang anak, bayangkan dah berapa banyak buah tangan tuan rumah terpaksa berikan untuk sebuah keluarga itu?
Apa-apa pun, sebagai tetamu yang menghadiri sesebuah majlis kahwin, sikap hormat kepada tuan rumah adalah perkara yang paling mustahak kerana bukan mudah menguruskan majlis perkahwinan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Jadi, jika anda melihat apa juga kelemahan ketika menghadiri majlis perkahwinan, tidak perlu memberikan banyak komen sebaliknya jadikan majis itu sebagai tempat mengeratkan silaturahim.
Sumber: NIEZAM ABDULLAH
19 Comments
sy pulak pantang kalau tgk kat majlis kawen:
ReplyDelete1. mkn x habis
2. minta extra mknn mcm esok malaysia nak darurat tp lps tu ayam itik yg mkn
3. bersembang kat meja mkn dr mula majlis smpi habis majlis
4. pengantin asik bergambar n smpi ke sudah x dpt nk jumpa / bersalaman
grrrrr
mcm nk stuju jugak la yg ni. hahahahahhahaha. adakah lebih elok datang makan lepas tu bersalaman dengan tuan rumah, ambik gmbr dengan pengantin dan blah. total masa mungkin 30 minit, cukup la kot.
DeleteSebagai tetamu, kenalah tahu adabnya kan. Kalau nak sempurna semuanya, suruh tetamu tu pulak yang buat majlis sendiri. Baru tahu macam mana rasanya heeee
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
pengalaman yg no 1 tu.. diorang bagi pil perancang.. adehhhh.. sabar je la..
ReplyDeleteMasa kahwin dlu, ada je terima sampul kosong..masa tu hanya ckp..xpelaa...mungkin dia segan kalau x salam sbb dah makan... lagipun, kita jamu org dtg majlis kita bukan nak minta duit pun... adat je tu kan...Anak beranak 1 meja tu dah pasti..hehehe
ReplyDeleteMakanan dekat point nombor 4 tuh menggoda sangat.
ReplyDeleteYang sampul keruk takde duitnya di dalam angpau tuh kadang-kadang sumpah orang tak sengaja. Macam pak mertua Sarie tuh ha. Pernah dia pergi kenduri kawin, sampul yang ada duit dalam poket kiri, sampul apa tak tau dalam poket kanan baju Melayu tuh. Alih-alih masa salam dengan tuan rumah, dibaginya sampul dalam poket kanan. Dah esok lusanya baru la dia perasan pasal sampul yang ada duit dalam poketnya tuh hehehehehehehe
alamak kena elakkan perangai mcm ni
ReplyDeletealamak...nombor 3 kadang2 terbuat jugak..aduhai...buruk perangai ku..hahahah
ReplyDeletebetul kene elakkan sikap2 tersebut. kita sebagai tetamu kene hormat tuan rumah
ReplyDelete| pendidikan4all |
SA sangat pantang dan berlaku dalam setiap majlis perkahwinan sedara mara SA
ReplyDelete1.mengata tu dah pasti lepas masuk tengok bilik pengantin, mengata pelamin, mengata goodies
2.bungkus lauk untuk semua anak2 yang dia ada kat area lain yang mana tak dapat makan
3.Selesai majlis tak tolong kemas..haa..bab ni sedara mara la ni..
4.membazir..dapat bunga telur..telur tu tak dimakan sebaliknya dijadikan bahan mainan anak2 kecil..telur bukan murah oiiii
Tuan rumah jemput tak letak syarat salam keruk pun..datang...makan meraikan mempelai...kalau awak beri..sampul kosong atau isi yang tidak sewajarnya..tiket bas..resit belanja..kertas nombor ekor..secara tak langsung dapat dosa kena maki je..buat orang terkilan itu pun tidak baik.Jadi lebih baik dan selamat tak bagi terus..hanya datang makan.
ReplyDeleteDah makan tapi tak reti nak bangun dari tempat duduk. Kesian pada mereka yang datang kemudian takde tempat duduk untuk makan.
ReplyDeleteAda juga yang dah makan tapi biarkan bersepah di atas meja. Ya.. memang akan ada yang kemas tapi biarlah letak setempat, takdelah tetamu yang lain duduk di meja itu yang kena kemaskan.
Bagi saya pulak, yang no. 1 tue cuma adat saja, kalau mereka bagi sampul kosong, anggap seperti angin lalu saja, sebab niat kita adalah untuk menghebahkan hal perkahwinan.. Yang lain-lain saya cukup pantang kalau :
ReplyDelete1) Ambik makanan banyak-banyak pastu tak habis
2) Dah abis makan dah tapi masih lagi duduk kat kerusi, siap letak barangan lagi atas alasan nak duduk lagi, padahal nak ajak anak beranak sembang.. Sembang pulak macam duduk kat rumah..
3) Potong Q, sebab anak beranak dah berada di depan, padahal jarak antara si polan dgn anak beranak cuma selang dua orang asing jea.
4) Nak tambah air minuman pakai gelas baru, padahal boleh jea pakai gelas yang dah diminum, mulut sendiri jugak, bukan dikongsi dengan orang lain.. Alasan, akan ada orang yang basuh gelas tue..
5) Dah abis makan tapi tak reti nak nak kemas, biar jea bersepah atas meja.. sampaikan orang yang baru nak duduk makan terpaksa alihkan ke tengah meja dan susunkan..
Kalau wedding family, lauk makanan pengantin tu memang kami yang punya. hahaha!
ReplyDeletesetuju jg dgn semua kat atas tu. in our village, some families have some sort of 'record book' to yes, put down the amount of RM received from wedding guests when they're hosting so next time when it's their turn to being invited to other's wedding, they know at least how much they want to give; usually not less than what they've received. Of course, for close friends and family members I'd prefer to give them gifts.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
dah lumrah manusia mmg tak rasa puas hati.. liez dah bykkali experience bilabuat kenduri orang mengata majlis tak meriah... lagisatu pantang,majlis masih lama lagi tapi ada yang mintak nak tapau... haiiii geram jee
ReplyDeleteLumrah manusia abam kie.. nice sharing.. :)
ReplyDeleteNo 1 tu pengalaman Mak Mrs. A sendiri tu.
ReplyDeleteYang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
mengata tu paling tak tahan.. Serba tak kena orang yang nak buat kenduri jadinya.. Perangai manusiakan..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.