Apabila Dekoder Njoi Rosak
Entah macamana pada satu petang diawal bulan Januari 2019 abam kie diuji lagi. Semasa abam kie nak tengok TV kat dapur tu tetiba je skrin TV ni menjadi gelap gelita. Tengok di LED decoder Njoi tu menyala aje. Bila abam kie cucuk USB drive kat TV untuk tengok movie OK je. Ni sah2 dekoder Njoi ni yg buat hal.
Esoknya abam kie pergi ke sebuah kedai elektronik di Tanah Merah ni untuk membaiki dekoder berkenaan. Tuan kedai tu kata dia akan cuba baiki. Seminggu kemudian abam kie pergi ke kedai tu untuk mengetahui status pembaikian dekoder tu. Dia kata dekoder tu beyond repair or total lost! Jadi kalau nak terus guna Njoi di rumah kena beli yg baharu la. Huhuhuhu... Dia kata memang puak2 Astrok ni bijak. Mereka akan pastikan dekoder yg dah rosak tu tak leh dibaiki lagi. Jahatnya kamu!
Abam Kie inginkan kepastian dengan menghubungi Astro. memang sah la dekoder Njoi ni cuma ada tempoh jaminan selama 1 tahun je. Kalau rosak selepas setahun maka kena install baru la. Berbeza dgn pelanggan Astro berbayar, jika dekoder rosak, telefon je Astro dan technician bertauliah akan dtg tukar dekoder tu dgn yg baharu tanpa segala bayaran gitu!
Dekoder Njoi yang baharu ni lebih kecil saiznya
Esok paginya abam kie pergi ke sebuah kedai elektrik yg merupakan ejen Njoi di pekan ni. Nak pasang baru kena bayar RM405! Bayar je la. Kalau tak, maka tak boleh tgok TV la kat dapur tu. Di ruang tamu memang dah ada ASTRO. Malas berebut TV dengan anak2 bila mereka nak layan Korea. Abam Kie tgok berita je. Huhuhu...
Petang hari itu gak pemasang Njoi call nak dtg pasang Njoi! Cepatnya! Bagus tu kalau semua penyedia perkhidmatan cekap mcm ni. Pasangnya kejap je. Terus dapat tonton Njoi kembali biar pun siarannya terhad. Begitulah kisah abam kie ditimpa musabah bertimpa2.
26 Comments
marketing strategy abam kie, mmg dh mcm tu sama la ngn hset ke latop ke, limit berapa tahun jer then kena baiki tambah ram atau tukar baru...
ReplyDeletekita guna mytv jer a.kie..:)
ReplyDeleteMacam ayah kinah pulak dekoder njoi dia kena sambar dengan kilat. Nak tak nak memang kena install baru jawabnya. Sabar Abam Kie ada hikmah nya semua tu
ReplyDeleteSis klu kene sambar kilat power hidup tak? Maksud saya yg lampu dekat adaptor tu
DeleteMarketing yang sangat effective.. Saya plak memang takde pakai astro dah, sebab saya pakai hppytv, tuepun jarang tengok tv jugak..
ReplyDeleteIni juga yang babah mama PC lalui di kampung.Cukup setahun terus out.Call,cakap suruh daftar baru..install semula.Modal semula.Tak apalah terima kasih.Dia punya slogan daftar sekali pakai selamanya..ingatkan rosak diganti..rupanya tak.Sama ada penerangan masa daftar tidak telus atau kami pelanggan dan pengguna yang khilaf.
ReplyDeleteooo..patut la njoi ni bayar sekali aje untuk pasang tu kan..rupanya waranti dia setahun aje..dekoder pulak tak tahan lama...
ReplyDeleteThank you for sharing your experience abam kie. Baru la sarie tau begini kisahnya tentang njoi ni.
ReplyDeletealahai bertabah ye abam..
ReplyDeletebertabahlah abam kie. dunia semuanya hehe
ReplyDeletebiasalah tu depa pun buat bisneskan
ReplyDeletehihi
nk buleh rezeki lain tu. insyaAllah.
ReplyDeleteSabar je la Abam Kie. Myra dah dekat 2 tahun without Astro and that's for the sole reason of having to pay for Unifi service that's also comes with hypp TV- limited channel but I've signed up for Netflix so that's below RM200 with TV, Internet and entertainment. Jimat juga berbanding dulu kena bayar Astro, Streamyx and video subscriptions bagai.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
nisa pakai mytv.. okay la..best tak njoi?
ReplyDeleteGuna mytv lagi murah.
ReplyDeletebanyak juga channelnya
halamak.. mahalnye.. baru nak berniat pasang enjoy.. x jadi la ni. haha
ReplyDeletekesian juga...
ReplyDeleteterpaksa memgeluar duit lagi..
apa-apapun bersabarlah Abam hahahaha
bertabah. terpaksa keluar duit sikit kan.
ReplyDelete| pendidikan4all |
Mcm mana pulak kalau rekoder dy keluar garis
ReplyDelete_ _|_ _ mcm ni je lama pulak tu. Dah tuka plag semua dah tp masih sama jugak
My tv mcm mana bayarannya. Saya dpt free DLM golongan kelayakan
ReplyDeleteAbam kie hantar repair decoder njoi kedai elektronik mana di tanah merah.. sy nk try jugak la repair..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDecoder Enjoi kami tahan 6 tahun, tahun lepas kena sambar petir juga! lepas tu kena tukar part yang kena sambar petir tu byr dalam RM 70 jer, Alhamdulillah boleh guna balik
ReplyDeleteboleh saya tahu dimana baiki?
Deletekami dah lama bercerai dgn astro...dah masuk 2 tahun lebih..hehe
ReplyDeletearitu plan nk guna njoi la..lepas tu tertangguh..tgk pulak cerita abam kie..cancel la plan nk tukar tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.