Hilang Sudah Kesoronokan Menjadi Guru
DULU SERONOK JADI CIKGU, SEKARANG? TAK SABAR NAK PENCEN CEPAT…
Ramai guru sudah tidak seronok mengajar dan antara sebab musababnya ialah:
1.Kedatangan saja kena key in online dan tanda register.Key in data hampir 400 ibubapa dan murid dalam sarana untuk hari orientasi tingkatan 1.
2.Beli sendiri dakwat pen marker. Dibekalkan 3 batang (1 hitam, 1 biru dan 1 merah) dan 1 botol kecil ink untuk refill. Memang perlu beli sendiri untuk mengajar.
3.Syok sendiri. Buat latihan dalam VLe frog. Dah dua kali cuti sekolah kena jawab sendiri guna ID pelajar. Sendiri soal, sendiri yang jawab.
4.Tak boleh fokus sediakan BBM pelbagai sebab mengajar kelas pelbagai tahap. Masa , tenaga dan fikiran banyak dikerah untuk kerja-kerja lain. Tidak sama seperti semasa praktikal dan mula-mula posting 2008-2010. Macam-macam boleh buat.Sejak idea PBS, online-online, jadi confuse dengan tugasan sebenar. Dulu masih boleh mengajar time relief sebab kasihan pada pelajar. Sekarang? Tak tak larat, penat urus macam-macam perkara.
5.Baru syok nak mengajar, teringat kena bagi kehadiran budak pada guru kelas. Kena key in kedatangan kelas sendiri online. Lambat atau sibuk, jadual pack atau habis data, nanti nama naik.
6.Kemudahan sangat terhad. Internet sendiri, print sendiri.
Sebenarnya menjadi seorang cikgu adalah penat dan tidak mudah. Kalau sehari masuk 4 kelas, kena urus 120 pelajar sehari yang pelbagai ragamnya. Ada yang menjerit, ada yang bergaduh, berdiri atas tembok koridor, bertumbuk, sakit dan macam-macam lagi. Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Naik turun tangga jelajah satu sekolah. Masuk kelas, budak-budak tak dengar arahan. Dah perlu kerah tenaga lebih untuk kawal pelajar. Cakap pelahan-lahan, budak tak kisah. Kadang-kadang, kerana kes salah laku pelajar, kalau cikgu tersilap percaturan, terpaksa menghadap polis. Silap-silap naik mahkamah. Dah ada kes di sekolah, iktibar.
Macam-macamlah penyebab hilangkan rasa seronok cikgu nak mengajar. Tak terdaya nak taip kesemuanya. Itu pun ada yang cemburu bila cikgu pun turut sama cuti sekolah, tak kerja tetapi gaji masih berjalan. Kami bawa balik kerja ke rumah, orang tak nampak. Waktu cuti sekolah, kami kena buat vle frog. Jawab sendiri guna ID pelajar. Pelajar seronok bercuti. Orang tak nampak kami kena datang ke sekolah, bersihkan bengkel dan kelas sebelum mula persekolahan. Orang tak nampak kami perlu datang bertugas mengikut jadual semasa cuti.
Seronok menjadi cikgu apabila dapat mengajar subjek dengan memberi sehabis baik tanpa sebarang tekanan dari hal-hal yang lain. Seronok nak melentur dan mendisiplinkan pelajar kalau kami tidak perlu serap tekanan dan kesibukan siapkan kerja-kerja lain. Seronok nak membentuk akhlak pelajar kalau kami mendapat kerjasama daripada ibubapa. Sebenarnya seronok menjadi cikgu kalau sistem pendidikan berwarna ceria.
Masalahnya warnanya kusam dengan pelbagai e- dan sebagainya. Cikgu-cikgu lama yang sudah nak pencen selalu sebut, 「Tak sabar nak pencen. Dulu seronok jadi cikgu. Sekarang? Aduhai… Siapa yang bekerjaya sebagai guru akan faham masalah dan luahan hati seorang guru.

14 Comments
PC bukan guru namun kawan-kawan dan ada juga keluarga guru...sering juga mereka mengeluh Cikgu AK..mereka kata dulu zaman kita-kita..guru cuma berhadapan dengan anak murid..seronok sangat guru dulu..tak apalah tak canggih teknologi pun..tapi sekarang guru bukan sahaja dilambakkan dengan kerja..malahan harus berhadapan dengan murid yang macam guru bawaannya..ibu bapa dan undang-undang..Ada juga kawan PC yang nak berhenti tapi bila memikirkan harus membayar pinjaman PTPTN dan ansuran pinjaman peribadi..maka cuba terus bertahan..
ReplyDeletebukan cikgu je abam kie.. bnyk lagi sektor yg dah x seronok bekerja.. mungkin faktor bebanan kerja dan undang2 yg tidak memihak kepada mereka..
ReplyDeleteGURU MUSIM CUTI PUN TERPAKSA KE SEKOLAH...MENIMBUN KERJA SEKOLAH DIBAWA PULANG...HINGGA LARUT MLM MSH SELESAIKN KERJA N BANGUNNYA TERLALU AWAL PAGI KESEKOLAH MENDIDIK ANAK BANGSA..MOGA ALLAH MEMBALAS BUDI JASA MRK SEBESAR BESAR GANJARAN-NYA
ReplyDeletecita2 sy dr kecil smpi habis u adalah nk jd cikgu. tp rezeki sy bkn dlm bidang perguruan. bila lbh 10 thn bekerja, sy fhm kenapa rezeki sy x ke situ. rupanya ada sbb tertentu yg membuatkan rezeki sy x match dgn bidang perguruan. lbh2 lg dgn sistem skrg yg mcm2. ms jd guru sementara pun sy dah rs penat. apatah lg kalau sy trs jd guru. mgkn sy pun rs xsabar nk pencen hahahaha
ReplyDeletetu la kesian tengok cikgu-cikgu sekolah sarah yang dulu seronok mengajar sekarang macam-macam kerja nak kena dibuatnya :(
ReplyDeleteMemang sangat kesian dengan beban yang terpaksa ditanggung guru sekarang..
ReplyDeleteHopefully ada sinar penambahbaikan bagi sistem pendidikan sekarang supaya guru dapat melaksanakan tugas hakiki, tidak dibebankan dengan kerja-kerja administration, etc. Guru happy mengajar in sya Allah positif la persekitaran pembelajaran untuk anak-anak kita jua, generasi masa hadapan
ReplyDeletebyk sgt e nye kan abam
ReplyDeletebyk tanggung jawab seorg guru
ReplyDeletesabar&redho
jasamu dikenang
Nampak ramai juga cikgu-cikgu yang selalu mengeluh sekarang atas bebanan kerja masing-masing. Kadang-kadang rasa kasihan bila baca keluhan mereka semua ni.
ReplyDeleteSepatutnya tugas guru hanya mengajar
ReplyDeleteTugas2 perkeranian kena orang pejabat buat.
Guru adalah hero di education
ReplyDeletehuhuhu...walau dah semakin canggih teknologi, jadi semakin merumitkan pulak ye...
ReplyDeletebanyak sangat e- nya kan.. oppss point no.3 tu ..nanti balik rumah nak suruh anak buat lah!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.