As salam. Abe Kie selalu mengiklankan barangan terpakai di mudah.my sejak 10 tahun lampau. Ada barangan yg terjual dan ada gak yang tak laku-laku. Begitulah adat meniaga, ada pasang surutnya. Pada minggu lepas tergerak hati ini untuk menjual motosikal Modenas Kriss yang abe kie beli pada Jun 2012. Semasa banjir besar 2014 motor ini ditenggelami air dan perlu dibersihkan luar dan dalamnya daripada lumpur. Tapi tak hilang sepenuhnya lumpur2 tu. Luaran nampak je OK tp dalamnya ada lagi sisa2 selut tu. Macam speedometer tak berfungsi jadi abe kie tak tahu kelajuan dan jarak yang dilalui motor tu. Mujurlah jarum penunjuk petrol berfungsi. Kalau tak abe kie kena buka tengok tangki minyak selalu untuk memeriksa paras petrol yg tinggal.

Sejak dua menjak ni bunyi enjin motor ni semakin kasar dan kuat. Kadang2 terasa tersengguk pula bila ditunggang. Kelajuan pun tak sederas dulu. Jadi abe kie meletakkan iklan motor ni di mudah.my. Sebaik saja iklan di diluluskan oleh mudah.my, bertalu2 panggilan masuk sampai abe kie tak terlayan. Mananya orang tak nak beli dek non oii! Abe Kie lelong RM1K je! Masa mula2 beli tu RM2500 aje. 

Akhirnya abe kie bersetuju menjual motor ini kepada pemanggil terpantas! Ala-ala Era.fm plak! Hehehe. Mamat ni namanya Saiful, pemandu di pejabat kerajaan negeri Kelantan. Dialah pemanggil terpantas. Duduk di Kota Bharu tapi sanggup bergegas ke Tanah Merah untuk membayar harga motor ni pada tengahari Sabtu lepas. Bersungguh betul dia nak beli motor abe kie ni. 

Sebaik dia tiba di umah abe kie, terus dia test motor tu jap. Lepas tu dia bayar dan tunggang motor tu balik ke KB. Dia siap bawa borang tukar hak milik dan isi pada masa tu juga! Esoknya abe kie pergi ke UTC Kota Bharu untuk memohon pertukaran hak milik tu. Mujurlah ada seorang kerani kaunter tu bekas rakan sekerja isteri abe kie, jadi dapatlah fast lane! Jangan marah! Kalau menunggu tu ada 60 orang di depan. Alamat berjanggutlah menunggu. Huhuhuhu...

Alhamdulillah. Selepas tiga hari urusan tukar hak milik selesai dan abe kie sudah pun membeli motor baharu iaitu Honda Alpha. Syukur kepada Allah diatas rezeki yang dikurniakan. Sekian. Terima kasih.