Assalamualaikum anak-anak,

Pertamanya, entri ini ditulis bukan untuk mengagungkan Sekolah Berasrama Penuh, bukan pula untuk menghina sekolah harian biasa, sekolah teknik atau sekolah-sekolah lain. Entri ini ditulis untuk panduan atau mungkin serba sedikit pengenalan kepada kehidupan SBP bagi anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PT3. Abam Kie sendiri adalah merupakan bekas penuntut SBP iaitu Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan atau lebih dikenali sebagai  SMACH dari tahun 1986 hingga 1990. 

APA ITU SEKOLAH BERASRAMA PENUH?

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah yang 100% dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Berbeza dengan MRSM yang merupakan sekolah dibawah kelolaan MARA yang bukan 100% kerajaan namun ianya dibawah kawalan KPM juga .

BAGAIMANA MEMOHON?

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menghebahkan kepada umum tentang permohonan ke SBP bagi calon PT3 dan UPSR. Contohnya permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP), boleh dilayari menerusi laman web KPM di https://sst4.moe.gov.my. 

KELAYAKAN?

Baiklah, memandangkan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Budak-Budak Pandai, maka keputusan UPSR dan PT3 anda haruslah cemerlang. Dalam pengetahuan abam kie, calon2 perlu memperolehi straight A (5A UPSR dan 8A PT3). Kalau selain dari tu, ha... tu guna orang dalam lah kot nak masuk! Tapi kalau MRSM, B boleh mohon lagi asalkan B bukan subjek Sains dan Matematik. OK cukup, atas tu cuma intro (panjang betul ye). Sekarang masuk kepada main point kita iaitu:

KELEBIHAN BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

1) BERDIKARI

Berdiri di atas kaki sendiri. Ianya menjadi kelebihan kerana mengajar anak-anak agar jangan malas. Kena basuh baju sendiri, lipat sendiri, kapur kasut sendiri, iron baju sendiri. Semuanya SENDIRI. hahaha. Ada berani? Sahutlah cabaran, anak manja!

2) MAKAN ORANG SEDIAKAN 

Ha ini part best bagi abam kie (teringat kenangan dulu-dulu). Semua SBP mempunyai Dewan Makan sendiri. Waktu makan tu, tinggal ambil, pastu suap dalam mulut je. Bersyukurlah anak-anak, dah la anda pelajar terpilih, makan pun orang sediakan, apa lagi? Bersyukurlah .

3) SEMANGAT ASSABIAH YANG TINGGI ( kadang-kadang melampau!)

Ini dapat dilihat paling ketara waktu hari sukan . Rumah Y boikot Rumah X. hahaha. Semangat ni, ada baik buruknya. Tentang hubungan senior junior, buli itu tak dapat nak elak. Eh! Asalkan anda tak ganggu orang, kenapa anda perlu takut? Ada senior buli? Guru disiplin ada. Setiap sekolah ada undang-undang. Tapi janganlah melampau sampai kalau setakat senior pandang macam nak makan je hang pi jumpa cikgu disiplin. Manja sangat tu! Lagi satu, semua SBP mengamalkan sistem merit (tambah markah) dan demerit (tolak markah). Anda akan dapat markah merit kalau ada ahli rumah (bukan rumah sewa, rumah sukan) yang aktif dalam pelbagai aktiviti macam pidato, sukan, wakil sekolah ke Jepun, dsb. Tapi! demerit akan berlaku jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah mcm bawak handphone, buli, hisap rokok. Pada akhir tahun, rumah sukan yang mempunyai merit tertinggi akan diiktiraf sebagai juara. Kira hebat la ni ahli2 rumah sukan tu .

4) PELUANG MEMPELAJARI BAHASA KETIGA

Teruja tak? Tapi bagi peminat K-Pop, harap maaf, takde bahasa Korea. SBP hanya sediakan lima bahasa utama iaitu Arab, Jepun, Mandarin, Jerman dan Perancis. Setiap tahun juga, SBP akan hantar pelajar2nya ke negara2 tersebut (selalunya budak Jepun lah dapat) dalam program pertukaran pelajar. Anda ke sana, pelajar luar negara ke sini (Malaysia).

5) PELUANG AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM

Okey, tak dinafikan semua sekolah ada ko-kurikulum, tapi istimewanya SBP ni, masa berlatih lebih banyak memandangkan anda pelajar asrama. Contoh la ye macam sekolah Abam Kie dulu, kami merupakan Johan Pancaragam dan Orkestra Peringkat Kebangsaan berapa kali gak. Pernah gak wakil Malaysia ke peringkat dunia. Rahsianya? Sebab pagi, petang, siang, malam berlatih. Kadang2, pengetua bagi kelonggaran balik kelas awal untuk berlatih pancaragam, best kan? Kriket, hoki dan ragbi pun nama kami harum mekar di peringkat kebangsaan. Ada juga bidang ko-kurikulum lain seperti bolasepak, badan beruniform, debat, nasyid.....semua ada nama . ada juga yang wakil sekolah ke luar negara dlm pelbagai bidang contoh : rekacipta, robotik dan engineering.

6) PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARA 

Ada sesetengah sekolah SBP buat lawatan ke sekolah lain di luar negara dalam usaha nak dapatkan kebitaraan sekolah mereka. Macam pertukaran pelajar jugak lah, dan mereka bertukar-tukar pendapat dan pengalaman macam sistem perpustakaan, sistem pembelajaran, IT dan macam-macam lagi.

7) BERSAING DENGAN PELAJAR LAIN 

Dah nama SBP, pasti mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang seluruh negara. Persaingan pun sengit, semangat nak belajar pun positif sebab semua berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. Ada juga cikgu buat kelas tambahan PERCUMA je tanpa bayaran untuk pelajar. Kalau sekolah harian, tuisyen kan dah kena bayar, mahal pulak tu. SBP semua cukup! Anak-anak, tinggal belajar je.

Jadi sekarang macamana? Nak sambung belajar di SBP ke?