Dulu sebelum zaman smartphone, bila nak raya berebut beli ni kat kedai mamak jual paper. Cari bumper puasa dan bumper raya dia. Fuh rindu siot! Jika anda menjadi remaja pada tahun 80an, 90an dan awal alaf ini pasti kenangan membeli edisi bumper raya adalah saat2 yang dinantikan. Masa tu industri percetakan majalah berada pada zaman kemuncaknya. Kalau nak tahu perkembangan artis2 kenalah rajin beli dan baca suratkhabar dan majalah. Tak macam skrg, segala berita tentang artis akan cepat dan mudah diketahui menerusi internet! Pada zaman tersebut syarikat2 penerbitan berlumba2 mencetak edisi raya yang penuh dengan berita artis menyambut puasa dan raya. Antara majalah yg popular masa itu ialah Media Hiburan terbitan Karangkraf. Rasanya majalah ini dah x wujud sekarang.


Selain daripada MH, majalah URTV ialah majalah hiburan yang paling lama berada di pasaran. Rasanya majalah ini mula diterbitkan pada akhir 60an atau awal 70an. Tak pastilah pulak abam kie. huhuhu. Masa tahun 80 - 90an tu artis2 x ramai jadi boleh kenal dan ingatlah yang mana satu. Kadang2 tu kawan2 datang raya bukannya nak makan kuih raya sangat tapi nak pinjam baca majalah URTV ni! Rasanya skrg majalah ini diterbitkan secara dalam talian aje, kan?


Bila Abam Kie dah mula mengajar sekitar September 1997, majalah Ujang mula nak naik. Jadi bila dekat raya majalah ini la yang abam kie selalu beli. Nak beli URTV malu la plak dengan anak2 murid kan? Kadang2 tu edisi bumper ini datang dengan VCD lakonan kartunis Ujang. Siap ada poster lagi. Kebetulan masa tu kartunis Manggis merupakan staff MOY jadi jika abam kie terlepas edisi raya ni dia akan bagi kuota staff kat abam kie bila dia balik beraya di Tanah Merah, Kelantan ni.

Maklumat terkini menyatakan majalah Ujang dan Apo? edisi bumper nostalgia hari raya kini berada di pasaran bagi mengubati kerinduan peminat.Jadi cepat2 lah gi beli, OK?


Dulu masa remaja siap kumpul duit nak beli edisi bumper Mangga ni. Majalah Mangga ni memang happening sebab memaparkan artis2 lelaki yang baru nak up di kolam renang. Fuhh...akak2 dan adik2 apa lagi...terus teruja nak beli dan tengok artis kegemaran mereka spt kumpulan Forteen, Awal Ashaari, Fizzoe Omar, Azlee Khairi dan sebagainya. Tak mampu abam kie nak beraksi di kolam renang dek2 non semua. Cukuplah abam kie gi swimming di kolam renang Universiti Malaya pada zaman belajar dulu. Hehehe...


Majalah terakhir yang abam kie nak review ialah Gila-Gila. Majalah ini masih lagi ada di pasaran cuma diterbitkan 2 bulan sekali. Kalau dulu dua kali sebulan. Majalah ini telah menyambut ulangtahun ke 41 pada April 2019. Lama tu kan? Abam Kie pun baru je masuk 46 pada 19 Mei lalu. Kalau zaman sekolah menengah tahun 80an dulu memang tertunggu2 la edisi bumper GG ni keluar. Hampir setiap hari pi kedai buku di Machang, Kelantan. Siap tempah dengan pakcik tu takut kehabisan. Hehehe.... Majalah GG kini sudah diterbitkan dlm bentuk digital. Kawan2 boleh muatturun di Play Store.

Kini seiring dengan perkembangan teknologi, media cetak secara perlahan2 mengundurkan diri bagi memberi ruang kpd media elektronik dan sosial utk menyalurkan maklumat, berita dan hiburan kpd orang ramai. Zaman mungkin sudah berubah tetapi nostalgia membaca majalah pada zaman dahulu tetap menjadi memori indah yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.