Menonton Siaran Televisyen Singapura Menerusi Applikasi Toggle
Assalamualaikum. Kadang2 rasa bosan gak tengok siaran TV Malaysia aje. Buka siaran percuma citer tak best. Bila buka Astro asyik2 ulang citer yg sama gak. Apa ke hal? Jadi abam kie cuba mencari jalan nak tengok TV Singapura. Mereka yg dok Johor sedap la sbb buleh terima siaran TV Spore. Kita yg di Kelantan ni terpaksa cari apps yang menayangkan TV Spore. Dulu2 ada apps untuk tengok TV Spore tapi ia akan detect jika kita ni bukan rakyat Spore atau lokasi HP kita tu di luar Spore. Terus ia block! Susah tul. Kat Malaysia ni apps Tonton dan RTM tu memang free utk sesiapa sahaja dan tak kira di mana. Mujurlah sejak bulan lepas ada apps Toggle milik MediaCorp Ptd Ltd.
Lalu Abam Kie download dan install je apps tu. Alhamdulillah, boleh tonton siaran TV Spore yg percuma. Cukuplah. Kalau nak tengok saluran premium memang kena bayar lain la.
Sekarang ni Abam Kie nak kongsi saluran TV Singapore yang boleh ditonton menerusi apps Toggle:
Channel 5
Channel ni abam kie paling suka. Ada drama, sports, reality show, news, game show, extra extra...channel nie suka tayang movie2 yang dah tayang kat cinema tuh. Tak macam astro first yang kene bayar tu. Tapi totally citer omputeh ye. Macam citer Titanic, dah banyak kali jugak la channel 5 ulang tayang. Channel ni banyak overseas punye program. Abam Kie dulu pernah layan American Idols kat channel nie la. Nak tunggu Malaysia ulang tayang memang lambat la kan. Korang tahu Phua Chu Kang? haa buleh ulang tengok kat sini, hehehe... Totally in English la siaran channel 5 nie.
Channel 8
Haa yang nie pulak. Totally singapore mandarin punye programme. Banyak drama dari Hong Kong, Macau, China, Taiwan, Malaysia pun ade gak. Kekadang tu Abam Kie layan gak, sebab citer2 Cina dari Hong Kong, Taiwan pun best ape.
Suria
Suria nie, the only one siaran Melayu kat singapore. Kau nak tengok adat budaya orang Melayu Singapore ha tengok la siaran nie. Dia cakap bahasa melayu pun ade baku sikit la, terutama sekali bila pembaca berita jam 8 malam tu membaca berita. Berita tu plak siap ada skrip atau subtiles kat bawah tu jadi OKU boleh tahu apa berita terkini. Kemudian ade je channel Suria siar drama dari Malaysia and Indonesia. Kebanyakan yang Abam Kie tengok semua citer Melayu from malaysia. Citer2 dari astro tu ade jugak dia tayang kat suria nie. tak payah pasang astro pun kau boleh tengok Dramalah sangat kat suria. Cuma yg x best channel suria ni mula pd jam 10 pagi pada hari Ahad manakala pd hari2 lain mula jam 3 ptg! Alah! Mcm siaran RTM tahun 70an je. Balik sekolah baru buleh tgok TV! Channel Suria ni tamat jam 12 tgh malam..
Channel U
Nie pun siaran Cina jugak. drama ade. News pun ade. Show2 dan dokumentari. Tapi kat sini Cina dia tak best. hahahaha. Dialek cina dalam citer nie tak macam cina Malaysia. Macam pekat sikit dialek dia. Tionghua ka kantonis ke Abam Kie tak sure. Ha! Ade jugak tau dia siar citer korea. Tapi tak adela tsunami k-pop macam kat Malaysia nie kan.
Channel Okto
Siaran tv bahasa inggeris. Beza sikit dengan channel 5 tadi. Yang nie macam skema sikit. Dokumentari, film, berita, olahraga, program kuiz. Macam national geographic la senang citer.
Disamping itu Okto banyak menyiarkan rancangan untuk kanak2 spt kartun, anime, Nickeledeon, Disney dll. Alaaa macam astro ceria la senang faham. Hi-5, pokemon, power rangers, teletubbies, Wushu warrior.....banyak lagi lah. yang penting citer bebudak.
CNA (Channel NewsAsia)
Yang nie siaran berita asia. Kau nak tahu ape jadi kat malaysia, filipina, hong kong, china, singapore, Japan dan lain2. Tsunami, gempa bumi, ape2 jela pasal negara asia kau boleh tengok kat news nie. Bagus tengok channel ni sbb beritanya sentiasa dikemaskini.
Vasantham Central
Deerrr tambhi! annneeek....Saluran tv India tamil. Citer2 tamil yang gaduh2, nyanyi2, sedih2, guling2 atas rumput, kelakar2 tu kau boleh layan kat sini. Abam Kie tak berapa layan la kan siaran nie. haha! Ade drama india, filem, berita. Kalau hari depavali meriah la tv nie. huhuuu
5 Comments
Ala baru nak download aplikasi ni huhuhuhuhu
ReplyDeletekat sini channel tv Singapura dan Indon memang dapat
ReplyDeleteDulu2 selalu tenguk.
Sejak ada Astro dah jarang2.
ms memula g JB dulu sy pelik kenapa channel tv ni nmpk lain rupanya.... boleh dpt channel singapore... tp ms tu penuh dgn drama cina je laaa
ReplyDeletekita duduk johor...guna mybox, tengok channel U la petang2..dari pukul 5 sampai 9 malam cite korea...hahahahha
ReplyDeleteDuduk jb memang boleh dapat channel singapore dan indo. Kiranya....aaron aziz tu dah tak asing la bg orang jb...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.