Assalamualaikum kepada semua kawan blogger yang masih sudi membaca entri2 yang suam2 kuku di blog Abam Kie ini. Pada kali ini Abam Kie ingin berkongsi pengalaman kehilangan duit sebanyak RM2100 daripada akaun kad debit Public Bank. Semoga kisah sebenar Abam Kie ini bakal memberikan pengajaran kepada rakan2 agar lebih berhati2 agar tidak menjadi mangsa kes penipuan perbankan internet yang serba licik sekarang. 

Pada 6 April 2019 lebih kurang jam 10.30 malam Abam Kie sedang berehat2 di atas katil di Wad 29, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu sambil membelek2 SMS yang belum dibaca. Memang sekarang ni org jarang hantar SMS berbanding 10 thn lalu jadi Abam Kie tak la selalu check SMS kecuali jika menunggu TAC. Terkejut beruk Abam Kie apabila terbaca satu SMS daripada Public Bank Card yang memaklumkan bahawa kad debit Abam Kie telah digunakan oleh individu yang tak diketahui untuk membayar premium insuran Prudential sebanyak RM2100. Lalu Abam Kie menelefon Public Bank Card dan pihak bank menutup kad tersebut dan menyarankan Abam Kie membuat laporan polis.

Memang tension la masa tu sebab pada petang Ahad tu Abam Kie bakal menjalani pembedahan membuang batu karang. Dah la kita 'nervous' nak masuk dewan bedah, ni ditambah lagi satu masalah duit disamun! Kalau RM100 tu tak apalah jugak! Ni sampai 2K! Siapa tak bengang?

Abam Kie cuba telefon Prudential Insurance tetapi pejabat mereka hanya dibuka pada hari Isnin. Kena tunggu lagi la nampaknya!



Abam Kie begitu terperanjat bagaimanakah kad debit Abam Kie itu digunakan oleh individu yang tisak bertanggungjawab sedangkan ia berada di dalam simpanan Abam Kie dan Abam Kie tidak pernah mendedahkan nombor kad apatah lagi nombor pin kepada sesiapa. Kalau tengok dalam screenshot di atas tu siap ada no kad debit PB dan no polisi perampok terbabit. Siap dibuat dengan teliti. Rasanya ini kerja orang dalam. Mungkin ada staff PB yang menggunakan kad debit Abam Kie untuk membayar polisi insurannya? Siapa tahu? Pas tu Abam Kie tak menerima apa2 no TAC sebelum transaksi berlaku. Tiba2 terus dapat SMS memaklumkan sejumlah wang telah ditolak!

Abam Kie juga kesal kerana pihak Prudential begitu mudah mempercayai individu tersebut. Sepatutnya Prudential memeriksa akan identiti scammer itu dan menghubungi Abam Kie sebelum melakukan transaksi itu. Lagipun Abam Kie tidak pernah ada apa2 polisi dengan Prudential.


Sekembalinya Abam Kie ke rumah selepas 4 malam di wad, terus Abam Kie pergi buat laporan polis di Balai Polis Tanah Merah. Walaupun masih menahan sakit, ku gagahi juga diri ini ke sana. Mujurlah balai polis tu dekat rumah je. Polis yang ambil report tu pun mesra alam. Laporan polis ni perlu untuk menyokong tuntutan balik wang tersebut. Jika x ada memang mereka tak layan kita. 

Selepas tu Abam Kie emel segala screenshot dan laporan polis kepada Public Bank dan Prudential Insurance. Sepanjang tempoh menunggu refund tu memang sering kali Abam Kie telefon mereka untuk follow up tentang kes ini. Lazimnya kes2 camni kena tunggu 14 hari bekerja. Staff Prudential itu akhirnya mengaku yang pihaknya telah terkhilaf dalam mencuri duit Abam Kie. Kebenaran terbukti jua akhirnya. Kalau x mengaku nanti Abam Kie lapor kat Bank Negara. Tahu takut! 

Yang Abam Kie pelik la si scammer ni tahu plak Abam Kie taruh duit banyak ke dalam akaun Public Bank tu. Sebelum tu memang baki duit dalam akaun cuma RM20 tapi Abam Kie baru je simpan duit pulangan setelah menutup polisi Zurich Takaful iaitu sebanyak RM4000 pada akhir Februari. Tahu plak dia Abam Kie baru masukkan duit dalam tu! Jahat betul scammer tu!  


Setelah sebulan menunggu, pada 1 Ramadhan lepas, staff Prudential tu maklumkan kpd Abam Kie bahawa refund telah pun dibayar. Terus Abam Kie check. Memang ada pun cuma blom clear lagi. Dua hari kemudian baru duit tu boleh digunakan. Terus Abam Kie transfer duit tu ke akaun bank lain. Tak sanggup pisang berbuah dua kali. Keesokan harinya Abam Kie pergi ke cawangan Public Bank Tanah Merah untuk menutup akaun simpanan. Memang sebelum ini Abam Kie selesa berurusan dengan mereka kerana PB ni cepat dan cekap. Tak perlu menunggu lama spt BSN atau Maybank. Namun selepas tragedi April tersebut Abam Kie sudah berpatah arang, berkerat rotan dengan Public Bank. 

Demikianlah pengalaman Abam Kie kehilangan duit angkara Public Bank dan Prudential Insurance. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua. Thanks for reading my story...