Panduan Elak Pasangan Berlaku Curang
Assalamualaikum. Sejak akhir2 ini ada banyak kes pasangan berlaku curang. Tak kisahlah sama ada di pihak suami atau isteri. Semuanya sama aje. Jika dikalangan artis yang hebat berlaku curang setakat ini ialah 3A iaitu Aliff Aziz, Ammar Alfian dan Abu Sufyan. Memang berdosa berlaku curang kepada pasangan tu. Jika anda pernah berbuat demikian, silakan kembali ke pangkal jalan. Selamatkan perkahwinan anda. Jangan biarkan rumahtangga anda berantakan. Lantas yang menjadi mangsa ialah anak-anak.
Baiklah, pada kesempatan ini, Abam Kie ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan pasangan kalian berlaku curang. Sila cegah sebelum ia menjadi barah. Good luck!
Selalu berpenampilan menarik.
Setelah menjalani alam rumah tangga bertahun tahun, penampilan diri sering diabaikan bahkan keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus.
Namun bila berada di luar seperti di tempat kerja, penampilan selalunya berbeza dan jika ada yang memuji, ia salah satu punca memungkinkan berlakunya kecurangan.
Kehidupan seks yang sihat.
Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting dalam memastikan perkahwinan tetap utuh. Banyak kes perceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.
Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting dalam memastikan perkahwinan tetap utuh. Banyak kes perceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.
Persamaan.
Cari pasangan dengan lelaki atau pasangan yang dirasakan sama (sekufu), berpendidikan setara dan memiliki pendapatan hampir sama. Persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan risiko berlakunya kecurangan.

Waspada.
Jika anda mengesan pasangan berlaku curang, jangan ragu-ragu menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan berasa senang dan jauh daripada jangkauan anda.
Jika anda mengesan pasangan berlaku curang, jangan ragu-ragu menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan berasa senang dan jauh daripada jangkauan anda.
Mencari kaunselor.
Jangan ragu untuk mendapat khidmat kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan menghadapi masalah.
Jangan ragu untuk mendapat khidmat kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan menghadapi masalah.
Menghargai pasangan.
Hargai pasangan kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan.
Komunikasi berkesan.
Salah faham yang berlaku antara pasangan mungkin berpunca daripada kurang berbual dan berbincang atau tidak sefahaman. Justeru, peranan komunikasi dengan pasangan amat penting misalnya berterus-terang jika tidak berpuas hati.
Terima seadanya.
Ada kalanya pasangan kurang menerima hakikat kekurangan pasangannya menyebabkan isu remeh-temeh diperbesarkan dan menjadi bahan pergaduhan yang mendorong ke arah keruntuhan rumah tangga.
Ada kalanya pasangan kurang menerima hakikat kekurangan pasangannya menyebabkan isu remeh-temeh diperbesarkan dan menjadi bahan pergaduhan yang mendorong ke arah keruntuhan rumah tangga.
Jika pasangan kurang daripada sudut fizikal, mungkin dia ada kelebihan daripada aspek lain. Pertimbangkan dengan wajar.
Menjadi suri rumah terbaik.
Isteri harus melihat daripada sudut agama bahawa mulianya mendidik anak-anak dan rumah tangga menjadi syurga terindah. Memuliakan suami di tempat sewajarnya akan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah.
Berlaku adil.
Suami juga harus setia dan berperanan sama untuk menjadikan isteri dan anak-anak sebagai keutamaan.
Suami juga harus setia dan berperanan sama untuk menjadikan isteri dan anak-anak sebagai keutamaan.
Ini kerana sebagai ketua keuarga, bimbingan, tunjuk ajar dan sama-sama membentuk keluarga cemerlang dan diredai menjadi tanggungjawab bersama.
14 Comments
Suami Isteri sentiasa jaga solat sebaik-baiknya..jangan berhenti belajar dan berusaha perbaiki diri masing-masing.Minta Allah sentiasa berkati rumahtangga yang dibina.Masing-masing jaga diri inshaAllah semuanya berlangsung dengan baik.Aamiin.
ReplyDeleteKalau nak curang, penampilan A++ pun tetap nampak tak elok. Hehehe!
ReplyDeleteOk...nasib baik nama suami saya Sulaiman Samah...SS....hahaha
ReplyDeletekalau teguh pegangan agamanya insya allah masalah kecurangan ini boleh dielak
ReplyDeleteBenar. Jangan pandang rendah semua ini walaupun mungkin ada yang memandang remeh, terutamanya ehem ehem..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteJaga mata, jaga hati dan tetapkan iman
ReplyDeletePerkongsian yg baik abam kie.
ReplyDeleteterima kasih Abam Kie. Sama-sama muhasabah diri.
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. berbincanglah kalau berlaku apa2
ReplyDeletekalau semua isteri kena jadi suri rumah, susah jugak la industri yang perlukan wanita nak bangun especially medik.
ReplyDeleteNice sharing Abam Kie. Suami isteri sama-sama memperbaiki diri
ReplyDeletegood tips abam.. tq
ReplyDeletesuami isteri kena bincang.
ReplyDeletejgn diam jer.
apa yg tak puas hati, ckp terus terang.
baru la hati senang.
takde la jadik curang.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.