Pencuri Gagal Mencari Jalan Keluar
SIMPATI dan GERAM bila mendapat perkhabaran dari seorang sahabat yang saya anggap sebagai adik angkat bila rumahnya dimasuki pencuri.
Lalu teringat pesan dari almarhum tuan guru saya.
Dan, setiap kali pencuri masuk, mereka tidak boleh keluar dari rumah.
Bahkan, mereka menjadi hampir gila.
Ada yang sewaktu ditemui dalam rumah, mereka sedang 'berenang.'
Memang menggelikan hati, tetapi itulah yang berlaku,
Di dalam rumah almarhum memang banyak barang kemas. Bayangkan emas zaman dulu.
Tetapi malang bagi pencuri. Sewaktu ditangkap, mereka mengaku langsung tidak nampak sebarang barang kemas di dalam rumah.
Apa kaedahnya?
Apa caranya?
Apa doanya?
Apa amalannya?
Mudah saja.
Setiap kali hendak berpergian atau hendak balik kampung atau hendak ke mana saja.
Tuan rumah atau sesiapa saja boleh melakukannya.
1. Solat sunat 2 rakaat.
Tak kisah solat apa. Usai berdoa. Pejam mata dan baca ayatul Kursi sebanyak 7 kali.
2. Usai baca ayat Kursi. Dalam keadaan mata terpejam. Bayangkan setiap penjuru rumah kita dan niat untuk 'pagar' rumah.
3. Setelah kita 'pagar' rumah kita. Sekali lagi niat - "YA ALLAH YA tuhanku yang Maha Menjaga hamba MU yang lemah. Peliharalah rumah ini dari sebarang musibah.
Itu saja kaedahnya.
Berbalik kepada kisah pencuri masuk rumah almarhum tuan guru saya.
Waktu itu saya masih kecil. Ramai orang berkerumun di hadapan rumahnya.
Saya melihat bagaimana pencuri itu seperti orang tidak siuman. Seperti orang mabuk.
Beberapa hari berlalu. Akhirnya pencuri itu mendedahkan suatu kisah.
Sebaik dia berjaya menceroboh rumah almarhum. Tiba-tiba kilat, petir sabung-menyabung. Dentuman guruh menggegarkan rumah.
Rumah bergegar.
Sehingga dia tertiarap tidak bermaya. Dia rasa kepalanya terlalu sakit. Telinganya hampir pekak.
Tetapi.
Almarhum Tuan Guru terlalu tinggi kesabaran dan akhlaknya yang begitu terpuji.
Dia memaafkan pencuri itu.
Kepada sesiapa yang mahu meninggalkan rumah tanpa penjaga, boleh amalkan cara ini, In Sha Allah.
Tambahan: setiap kali hendak melangkah keluar dari rumah. Bacalah - Bismillah hitawakkal tu'alALLAH..
KITA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH.
Sekadar berkongsi ilmu yang sangat cetek.
6 Comments
Selalu dengar berita mcm ni dan mmg betul pun...kuasa doa dan tawakal, mmg siap la pencuri tu kena..mg baik2 saja semua rumah yg ditinggalkan wktu blk raya
ReplyDeleteAmat berguna terutama bg kita yg nak meninggalkan rumah balik kampung di musim raya ni.
ReplyDeleteTerjadi thn lepas kat tpt saya, pcuri berenang atas atap rumah, tak dpt lari.
ReplyDeleteThanks for sharing the tips untuk meninggalkan rumah supaya terjaga Abam Kie
ReplyDeleteBoleh amalkan ni setiap kali nak keluar rumah terutamanya bila tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama.
ReplyDeleteOo.. tak pernah dengar pula kisah versi yang ni. Gud info juga. Boleh amalkan. Thanks Abam Kie
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.