Membeli-belah sebagai ganjaran kepada diri sendiri
Assalamualaikum. Beberapa minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri barulah abam kie sempat pergi shopping. Maklumlah kan...keutamaan pakaian baharu untuk Aidil Fitri diutamakan kepada anak2. Bapa mereka ni baju2 masih baharu sebab nak membeli baju atau seluar baharu tu tak semestinya bila menjelang hari raya. Kalau nak beli baju tu bila2 pun boleh asalkan ada keperluan.
Memang abam kie masih ada byk stok pakaian di dalam almari tu. Ada yg berusia berbelas tahun masih dipakai. Nak dibuang sayang, nak dermakan kpd org nanti dikatakan mereka tempat kita membuang pakaian pulak. Tak sampai hati rasanya.
Jadi baru2 ni abam kie ada pergi membeli-belah di sebuah pasaraya di Tanah Merah ni. Memang hajatnya nak beli kemeja kerja sebab yg sedia ada ni dah buruk dan turun warna pula. Kemeja lengan pendek ni dipakai untuk majlis kenduri kahwin dan bersiar-siar di shopping mall. Baru nampak bergaya sikit! Macam daddies gitu yg perut boroi bersiar2 dgn keluarga pd hujung minggu. Hehehe.
Fuh! Sekali beli siap 5 helai! Ambik kau! Abam Kie ni jrg shopping. Sekali shopping terus sapu byk2 terus. Sebenarnya abam kie x mampu nak beli jenama yg branded. Cukup je la yg biasa2 janji cantik dan selesa dipakai. Macam kemeja lengan panjang tu harga dalam RM80++ sehelai. Kemeja lengan pendek tu cuma RM30+++. Salesgirl tu kata harga dah jatuh sebab sebelum Raya kemeja tu dekat RM120. Tapi abam kie rasa memang harganya pun RM80++ tu. Saja dia mark up price lps tu letak harga offer kononnya! Macam la abam kie tak tahu taktik pasaraya nak meniaga ni.
Sesungguhnya kita perlu sesekali merasa teringin untuk berbelanja mewah sikit untuk memberikan ganjaran kpd diri sendiri slps berpenat-lelah mencari rezeki. Betul kan cakap Abam Kie ni?
17 Comments
shopping utk diri sendiri ni kira mcm reward kpd diri sendiri.... penat lelah keja. kan?
ReplyDeleteok la tu... bukan selalu
reward for ur self
ReplyDeleteBtul tu Abam Kie.. Samalah macam saya ni. Kalau beli baju atau seluar, mesti beli 2 atau 3 helai sbb shopping hanya 1 tahun sekali... hahaha :)
ReplyDeletewahhh, betul tu abam kie..
ReplyDeleteJarang beli kecuali ada keperluan..tapi bila beli lebih dripada sehelai..betul sangat..
ReplyDeleteBETRL TU HAK DIRI PERLU DITUNAIKAN
ReplyDeleteTanah Merah kampungku..hihi..kan abam kie, reward..tp tulah bila memang xde duit nak reward pun xdapat..sedih!!..
ReplyDeletekadang-kadang yaya pun terlup untuk shopping untuk diri sendiri as a reward..heheheh
ReplyDeleteMasalahnya hampir hari hari nak reward kat diri sendiri...acaner?
ReplyDeletebetul abam kie kalau jarang membeli ni, sekali membeli mesti lebih dari 1..
ReplyDeletesy sebulan sekali bagi reward dengan diri sendiri.. bagus macam ni
ReplyDeletebetul,asal tak boros,kira ok dah cikgu =)
ReplyDeletesaya setuju.
ReplyDeleteserupa la dgn mr.asben saya.
meskipun saya paksa, dia nak juga dahulukan anak-anak dan isteri.
but, sekali saya ajak dia shopping brg dia, hmmm beratus habis.
tapi tu la sekali setahun, abamKie.
dia selesa camtu, ikut kan je. kalau dipaksa nanti, hati tak ikhlas kan.
so, once a year shopping brg dia, saya relakan jer meskipun mahal.
taktik pasaraya tu - ha ha ha ha kan :)
kita da tau. diorang mark up harga time sales. then harga yg dah diskaun tu sebenarnya harga tulen.
saya pernah terkena.
sebelum sales aim dah nak something. 50% ni, ok la. dlm bajet.
tetiba time sales the next day, harga sales adalah harga yg saya tgk.
dia up kan 50%, abamKie!!! membebel la saya dgn salesperson tu.
tinggal lagi saya tak snap gambar jer the day before! lepas tu, saya da tak layan dah member's day ke, sales day ke, hape ke.
time nak beli, saya terus jer beli.
Barang yang saya selalu beli untuk reward diri sendiri adalah buku. Sudahnya bukunya berkoyan-koyan tapi tak tersempat-sempat nak baca hehehehehehe. Reward untuk diri sendiri memang perlu sangat.
ReplyDeletebanyak shopping hihihi
ReplyDeleteyeaah....sesekali reward diri sendiri.....
ReplyDeletebanyak nya sekali shopping baju..:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.