Assalamualaikum. Kali ini Abam Kie ingin meluahkan rasa geram yang teramat kepada perkhidmatan courier 'SkyNet'. Pada hari Jumaat, 2 Ogos 2019 abam kie ada membeli tilam kat Lazada pada harga RM323. Postage pun free. Terus abam kie bayar guna kad kredit. Sebenarnya tilam ini untuk digunakan oleh anak2 abam kie. 



Abam Kie nak beli tilam ni sebab ciri2nya yang menarik spt di dalam gambar di atas. Harganya pun murah dan kos penghantaran pulak percuma! Niat di hati nak tengok anak2 tidur di atas tilam itu sebelum Hari Raya Aidil Adha tapi malangnya niat itu tidak kesampaian kerana pihak Skynet Machang, Kelantan memeram tilam tu di dalam stor mereka. Arrgghhh!


Jika tengok kat screenshot di atas tu tilam tu sebenarnya dah sampai di Machang pada 11.18 pagi Selasa, 6 Ogos 2019! Jadi memang cukup masa untuk lori Skynet tu hantar ke rumah Abam Kie di Tanah Merah. Tapi mereka buat x peduli aje sedangkan HQ di KL telah hantar ke Machang dengan kadar yg segera. 

Oleh kerana Abam Kie sibuk dengan persiapan Hari Raya Aidil Adha dan hal2 di sek maka abam kie cuma sempat telefon cawangan Skynet Machang tu pada hari Rabu, 14 Ogos 2019. Kerani perempuan tu kata biasanya cawangan mereka hantar barang2 besar dan berat secara pukal pada hari Sabtu je! Wei! Pada hari Sabtu sebelum Raya memang abam kie ada di rumah sambil tunggu tilam tu. X pi mana2 pun. Tapi lori kau x reti2 nak datang. Geramnya aku! Pas tu abam kie ugut dia kalau esoknya iaitu Khamis tilam tu x sampai gak, abam kie nak report kat HQ mrka! Terus dia janji akan antar esoknya. Hah! Baru kau tahu.


Keesokan harinya sdg Abam Kie sedang menjamu selera di majlis kenduri perkahwinan anak sepupu yg terletak dalam 1.8km dari rumah, tetiba abam kie terima panggilan drp driver Skynet. Dia minta lokasi rumah abam kie. Ni mesti kes x reti guna Maps atau Waze kan? Cepat2 Abam Kie habiskan nasi di dalam pinggan. Nak minum air pun x sempat. Lalu abam kie bagitahu dia agar tunggu di satu lokasi dan dari situ abam kie suruh dia ikut sampai la tiba d rumah abam kie.

Alhamdulillah, akhirnya tilam yg dipesan itu selamat sampai. Terus suruh anak2 pasang cadar dan cuba tidur atas tu. Hmmm...tilam tu x la keras sgt dan x plak lembut sgt. Kira mcm yang sedang2 aje. Kira mcm value for money la.. Dah siap semuanya, abe kie terus kembali ke tempat kenduri untuk menghabiskan makanan dan minuman serta bergambar dengan pengantin.

Demikianlah pengalaman pahit Abam Kie menunggu tilam sampai ke rumah. Semoga mendapat manfaat dan pengajaran drp entri ini. Sekian. Terima kasih.