Ramai yang tahu telur antara makanan diet, namun tidak tahu cara untuk mempraktikkannya sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

Jika anda mengikut peraturannya, anda mampu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

Pakar diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk dimakan ketika sarapan kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Malah diet telur rebus ini juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan lebih cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan meningkat secara mendadak.

Ini cadangan menu diet telur rebus sepanjang tempoh dua minggu:

Isnin

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam
Malam: Sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
Tengahari: Salad ayam
Malam: Buah-buahan

Namun sebelum anda ingin mengamalkan diet telur rebus ini ada beberapa perkara penting dan pantang-larang yang anda harus titikberatkan:

1. Pastikan anda minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
2. Wajib lakukan senaman setengah jam setiap pagi.
3. Tidak mengambil makanan segera.
4. Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan dan minuman.
5. Jika takut kolesterol tinggi, buang telur kuning dan makan hanya telur putih.

SELAMAT MENCUBA!