Ubahlah sikap dan kelakuan sebelum berkahwin
Lelaki Yang Pasang Niat Nak Kahwin Tu, Ubah Dulu 5 Tabiat Ni. Nombor 1 dan 5 Paling Penting!
Suami adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Dalam perkahwinan, baik suami mahupun isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga
Meskipun begitu, umum sudah tahu bahawa suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34 bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”.
Sehubungan dengan itu, agama Islam sendiri mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”
Oleh yang demikian, seorang lelaki perlulah mempersiapkan dirinya dan mengubah beberapa tabiat yang mungkin dia sudah terbiasa ketika masih bujang sebelum mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang suami.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin berkenaan tabiat-tabiat yang perlu diubah, di bawah:
1. Mendirikan solat
Kalau sekarang ini tidak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat pada awal waktu.
Tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tidak solat langsung di dalam rumah tangga yang akan didirikan, maka rumah tangga itu tidak akan dapat bertahan lama. Sebab imamnya sahaja boleh meninggalkan Allah SWT, apatah lagi manusia.
2. Mempunyai kerja yang stabil
Bila nak berkahwin, pastikan anda sudah mempunyai kerja yang stabil yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu.
Ini kerana hendak 'bela' anak orang, hendak jaga anak orang, kerja tidak boleh ikut suka hati, tidak boleh kerja sekejap kemudian berhenti lalu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang mengikut citarasa anda sendiri.
Tidak boleh macam itu sebab kita ada anak isteri untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
3. Ubah perangai bujang
Perangai bujang ini banyak kalau nak disenaraikan. Merempit, melepak, keluar dan balik rumah ikut suka hati dan sebagainya.
Maka kita perlu ubah smua ini. Perlu ubah gaya hidup kita itu dengan membawa motor secara berhati-hati, mengurangkan keluar melepak dan keluar rumah pada masa-masa yang sesuai serta balik rumah sebelum tengah malam.
Didik diri untuk selesa dengan amalan macam itu supaya bila kita sudah berkahwin kelak, kita tak cenderung untuk membuat perangai-perangai masa kita bujang dulu.
4. Belajar mengemas rumah
Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja.
Kta sebagai lelaki juga perlu tahu untuk membuat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, mengemas rumah, menyidai serta melipat baju dan sebagainya supaya bila kita sudah berkahwin nanti, kita masih boleh meneruskan apa yang kita sudah biasa buat
Bila sudah selalu buat itu, percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak lebih 'macho' jika tahu membuat kerja-kerja rumah.
5. Berhenti menjadi buaya darat dan jaga batas pergaulan
Sekarang iaitu sebelum berkawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita 'keep in touch', berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas dasar "kawan".
Tapi bila sudah berkahwin, kita sudah tidak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita sudah mempunyai isteri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi.
Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda sudah perlu menjarakkan diri atau mengurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang wanita.
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang mana menghalalkan hubungan di antara seorang lelaki dan seorang wanita
Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang wanita yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada pasang niat untuk mendirikan rumah tangga.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat lebih-lebih buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga
17 Comments
betul tu. kita nak pasangan baik serba serbi tapi kalau kita sendiri tak nak jadi baik (berubah), mana nak dpt kan? bagi saya mentaliti bercinta semata yg dibawa ke alam perkahwinan harus dihentikan...
ReplyDeletesemua ni penting sebelum bernikah. kalau tak, kesian isteri kat rumah tu. hehehe
ReplyDeleteNo satu yang paling afdal diubah mana yang tak menjaga solat tulah.
ReplyDeleteKalau no satu tu betul-betul dijaga InSyaAllah yang lain-lain tu akan seiring berubah.
Sama-sama berubah dan perbaiki diri apatah lagi suami terutamanya yang akan mengemudi arah rumahtangganya.
ReplyDeleteSaya sokong ke lima lima yang diatas tu. Pendapat yang beri manfaat. Semangat kemerdekaan terserlah pada tanjaknya. Tahniah..
ReplyDeleteSemua ini betul abe kie.. Tapi mcm zaza ni nak kahwin tapi belum ada calon haha
ReplyDeleteHidup sebenar bermula setelah berkahwin
ReplyDeletebetul tu kena ubah mana yang patut. masa bujang ni lain masa kawin lain kan..komitmen lagi banyak
ReplyDeleteSetuju 100%..apply to both lelaki & perempuan..
ReplyDeleteMudah2an kelak menjadi suami yang bertanggungjawab
ReplyDeletesetuju....terutama bab jaga sembahyang
ReplyDeletegood sharing a.kie.:)
ReplyDeletesgt bagus nasihat abam utk semua bakal2 dan suami2 semua
ReplyDeleteNo 4 tu abam memang payah lah nak jumpa laki yang kemas rumah, even bilik tidur pun bersepah terok..
ReplyDeleteNasihat yg baik.. Terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteNasihat yang baik abam kie :)
ReplyDeleteLagu mana kalu isteri plok pesen tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.