Etok salai makanan istimewa di Kelantan
Etak atau etok segar sukar ditemui untuk dibeli. Kebanyakan etok dijual yang sudah disalai atau etak sudah diproses siap untuk dimakan. Namun, anda boleh membeli etak segar di Pasar Kota Jembal (berdasarkan pemerhatian beberapa minggu). Etak segar boleh dibuat macam-macam resipi. Etak boleh dimasak atau digoreng sama seperti lala, tijah dan tibing. Antara resipi biasa masak etak ialah tumis kicap, gulai masak lemak dan masak serai.
Etok sejenis hidupan air tawar dari keluarga kerang yang begitu sinonim dengan kehidupan harian masyarakat di Kelantan. Dikenali sebagai corbicula fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di sepanjang sungai di negeri Kelantan. Sebab itu, ia terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Kelantan memakannya.
Jadi, etok menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk di sekitar tebing sungai. Kerja mencari etak atai 'ngokok etok' popular terutama di kalangan penduduk berhampiran Sungai Kelantan.
Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Kini etak sukar untuk ditemui di dasar sungai di Kelantan disebabkan pencemaran air sungai dan habitat etak yang diganggu oleh proses pembangunan.
Etok masih mendapat sambutan dari penggemarnya biarpun harganya kini agak mahal disebabkan faktor sukar untuk mendapat sumber bekalan.
Kebiasaannya sumber etok mentah boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai Kelantan tetapi kini pengusaha etok sukar mendapat bekalan kerana hidupan air itu semakin pupus di sungai tersebut.
Kini terdengar banyak rintihan di kalangan peniaga etok. Para 'pencari' etok mendakwa etok semakin sukar didapati di sungai Kelantan.
Mereka mendakwa kepupusan etok berlaku berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di Ulu Kelantan dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu.
Kebanyakan mereka kini mendapat etok sungai utama di luar Kelantan seperti dari sungai di Perak dan Terengganu bagi menampung permintaan. Sekarang ini ada etok dijual di Kelantan dibawa dari Selatan Thai.
Jadi jika kawan-kawan melancong ke Kelantan, jangan lupa membeli etok salai yang dijual di dalam kelongsong kertas. Biasanya gerai-gerai yang menjual etak di berada di tepi-tepi jalan yang merentasi sawah padi. Kalau di Pasir Mas, lokasi utama gerai etak ialah di Kg Kasar kira-kira 2 km dari bandar Pasir Mas. Cuma abam kie sudah x makan etak kerana berpantang gara-gara terkena penyakit batu karang dahulu.
Jadi jika kawan-kawan melancong ke Kelantan, jangan lupa membeli etok salai yang dijual di dalam kelongsong kertas. Biasanya gerai-gerai yang menjual etak di berada di tepi-tepi jalan yang merentasi sawah padi. Kalau di Pasir Mas, lokasi utama gerai etak ialah di Kg Kasar kira-kira 2 km dari bandar Pasir Mas. Cuma abam kie sudah x makan etak kerana berpantang gara-gara terkena penyakit batu karang dahulu.
23 Comments
belum pernah makan..lebih kurang mcm mentarang jg kot tapi etak lbh kecil saiznya..
ReplyDeletesedapnya lama x makan
ReplyDeletedah lama tak makan etok, dulu siap pergi kutip sendiri tapi sekarang etok di sungai tempat saya (sungai Besut) kebanyakkannya kecil-kecil....
ReplyDeleteallahu, teringin nya nak pi ke kelate bila baca post abam mie ni ^_^
ReplyDeletexmkn sbb xpndai koyok kulit dia..haha
ReplyDeleteSedapnya etok! Dah lama tak makan :)
ReplyDeleteBelum pernah makan lagi.
ReplyDeleteRugi tak cuba.. Sedap..
Deleteteringin nak makan dan mencuba rasa.
ReplyDeletein shaa Allah boleh mencari di Kelantan suatu hari nanti
tengok etok tu teringat etok salai kelantan yg sedap tuh... pernah makan beberapa kali bila kirim kt kawan yg balik kg... mmg layan makan etok nih, lemak2 masin gitu
ReplyDeleteTak tahu dah pernah makan ke tidak hahahaa...
ReplyDeleteNampak macam kerang pun ada
rindunya makanan ni...lama sangat dah tak makan ni....
ReplyDeleteSaya nanak kali kelik Kelate mesti gi cari etok ni di pasar Pasir Puteh. RM2 satu bungkus.
ReplyDeletesaya tak pasti pula pernah makan ke tak,rasanya macam tak pernah
ReplyDeletetak pernah cuba lagi ni abam kie..kalau ke sana, boleh la try
ReplyDeletefirst time dengar.....
ReplyDeletepsst... thanks sudi join segmen Mia.
blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html
tak pernah makan lagi etok ni
ReplyDeleteLama xmakan etok hihihi..
ReplyDeletemy feveret tiap kali balik kelate..mesti nyari etok salai :-)
ReplyDeletesalam kenal abam kie. kito ore kelate jugok..hehe
tak pernah rasa dan tak tau plak nama dia etok
ReplyDeletekenapa la abam kie tak buat entri ni sebelum saya ke kelantan dulu, kalo tak, boleh beli sebungkus bawak balik...hahahha
ReplyDeleteTeringin nak balik Kelantan tapi rentas sempadan belum boleh lagi
ReplyDeleteetak ni ada d sungai kelantan je ke?
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.