Kenapa anda perlu menggunakan Google Keep?
Hidup di era informasi tanpa sempadan sudah tentu merupakan satu keuntungan. Segalanya serba ada di genggaman. Tak perlu lagi bawa berbagai barang. Kalau dulu ketika mahu mencatat, kita perlu membawa kertas atau buku nota, namun kini sudah banyak aplikasi untuk menggantikannya.
Ungkapan 'There’s an app for that' kini ternyata ada benarnya. Setiap keperluan yang dulu dilakukan secara manual, kini sudah boleh digantikan oleh aplikasi. Untuk mencatat atau menyimpan maklumat, ada banyak aplikasi yang digunakan. Salah satunya yang percuma, tersedia di pelbagai platform dan disertai spesifikasi lengkap adalah Google Keep. Apa itu Google Keep dan kenapa kita harus menggunakannya akan Abam Kie terangkan di sini.
Apa itu Google Keep?
Keep adalah salah satu perkhidmatan percuma dari Google yang boleh kita gunakan untuk menyimpan pelbagai maklumat, catatan sehingga peringatan (reminder). Meskipun menurut pendapat Abam Kie, antaramukanya tidak boleh dikatakan hebat, secara amnya, Keep masih menjadi apps untuk menyimpan catatan yang paling boleh diharap atau 'reliable'. Tentu sekali kerana ia dimiliki oleh Google.
Keep tersedia di pelbagai platform sistem operasi. Tentu saja hal ini adalah keuntungan menggunakan Keep kerana informasi yang kita perlukan boleh diakses di mana saja dan bila-bila saja. Kalau pun tidak menginstal aplikasinya, kita boleh mengakses Google Keep dari browser di laptop atau handphone! Mudah kan?
Berikut Abam Kie senaraikan lima sebab kenapa kita semua perlu menggunakan Google Keep.
1. Tersedia di pelbagai plaform dan memiliki ekstensi browser untuk menyimpan maklumat yang cepat ketika melayari internet.
Salah satu ciri penting yang Abam Kie rasa patut ada di aplikasi penyimpan catatan adalah kemudahan dan kepantasannya untuk diakses. Oleh kerana aplikasi Google Keep tersedia di pelbagai platorm, kita boleh menambah atau mencari catatan maklumat dengan cepat.
Google juga menyediakan ekstensi browser yang boleh kita pasang pada Google Chrome untuk membuat 'clipping' sebuah laman web dengan cepat dan menyimpannya di Google Keep.
2. Boleh dipakai untuk menyimpan senarai semak pelbagai keperluan beserta peringatan (reminder)
Keep bukan hanya digunakan untuk menyimpan catatan biasa. Malahan kita boleh membuat checklist perbelanjaan harian, shopping list ataupun keperluan lainnya.
Ingin menambahkan notifikasi? Keep pun memiliki kemudahan tersebut. Kita cuma perlu setkan tarikh dan jam berapa Keep mengirimkan notifikasi tersebut.
3. Menyusun catatan dengan label dan warna
Specs organisasi catatan di Google Keep memang hebat! Kita boleh mengelaskan catatan berdasarkan label ataupun warna. Misalnya catatan dengan latar belakang merah untuk catatan sekolah atau kuliah, catatan dengan latar belakang kuning untuk kegiatan di rumah, dan sebagainya.
Meletakkan label pada catatan juga akan memudahkan kita apabila mencari catatan sejenis.
4. Gunakan specs OCR untuk mengubah foto menjadi sebuah catatan
Kalau kita malas klik sebuah informasi yang perlu disimpan, kita boleh mengambil fotonya lalu menggunakan specs OCR yang ada di Google Keep.
Teks yang tadinya ada di foto akan diubah menjadi teks catatan di Google Keep. Berdasarkan pengalaman Abam Kie, specs OCR yang dimiliki oleh Google Keep cukup tepat. Tentunya perkara ini juga bergantung kepada seberapa jelas teks yang ada di foto.
5. Tambahkan Voice Memo dan ubahnya menjadi catatan
Bukan hanya foto yang boleh diekstrak teksnya, voice memo yang ada kita simpan pun boleh diubah menjadi teks. Dengan demikian maklumat yang kita simpan dapat mudah dicari di Google Keep
Kesimpulan
Google Keep adalah pilihan yang tepat kalau kita mencari applikasi untuk menyimpan catatan yang tersedia di pelbagai platform. Penyeragaman dalam masa sebenar, spesifikasi nota organisasi yang mampan dan memiliki ciri OCR adalah beberapa keunggulan dari Google Keep. Ya, meskipun secara peribadi, UI yang dimiliki apps ini kurang menarik, namun Google Keep adalah pilihan utama saya kerana ianya percuma dan mudah digunakan. Bagaimana dengan kawan2?

Diadaptasi dari https://adityadaniel.com/google-keep/
26 Comments
terbaik sharing
ReplyDeleteWah.. menarik aplikasi ini.. Boleh sha cuba nanti.. TQ sharing abam kie..
ReplyDeleteThank for sharing menarik entry ini
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeletebelum pernah cuba lagi tapi bagus apps ni
Okay. Masuk skolah nanti muja guna. 😀
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeletemeskipun x mahir sgt, kena read more on this, but aida rasa ia berguna.
now zaman it.
data unlimited. anywhere everywhere. google pun reliable, kan.
bagus bagus bagus.
LZ nak cuba apps ni sebagai back up diary..
ReplyDeleteNampak menarik especially part specs OCR..
menarik jugak bila ada apps macamni. Boleh access dekat mana2 siap ada alarm lagi untuk remind
ReplyDeleteTERBAIK TU UNTUK SIMPAN PELBAGAI CATATAN
ReplyDeleteWahhh.. Kita pun tak pnh tahu kewujudan google keep ni, nak explore la
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. first time tahu pasal google keep ni ;)
ReplyDeletenice... suka sangat perkongsian yg macam ni. sangat2 membantu. terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeletea useful apps for a working mom like me. very helpful and it keeps whatever in my minds arranged.
ReplyDeleteray tau google drive je abam kie. ni first time tau pasal google keep. good sharing abam kie. thank youuu
ReplyDeletehmm..menarik...
ReplyDeletetq sharing abam kie
TQ sharing Abam Kie ! mudah guna jenis gini hehe
ReplyDeleteTQ sharing. shu belum cuba lagi keep ni
ReplyDeletetq abam.. first time mama dgr ttg google keep ni
ReplyDeleteselalu juga guna google keep ni, senang nak akses dan simpan benda-benda penting
ReplyDeleteNice sharing... anyway, kalau OCR to text dan Voice memo to text tu, boleh apply untuk multiple language ke?
ReplyDeleteKunjung balas and Done follow #1310 juga blog nie...
ReplyDeleteselalu guna google photo & drive tapi xpernah pula explore pula pasal google keep ni. nice sharing :)
ReplyDeleteperkongsian yang betul betul bermanfaat
ReplyDeletesama macam keep note ni
ReplyDeleteGood info abam kie. Sarie baru tau pasal google keep ni
ReplyDeletethank you Abam..nanti sy cuba hat ni pulok. Sekarang ni segala benda simpan kat OneNote je.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.