*Lain Ulu Lain Parang.*
*Lain Dahulu Lain Sekarang.*

*-50 tahun lalu.*
*-50 tahun kini.*

*-50 tahun yang lalu, anak menantu takut dgn mertua.*
*Kini mertua takut sama anak menantu.*

*-50 tahun yang lalu, anak2 lemah lembut pada ibu bapa.*
*Kini ibu bapa harus lemah lembut dgn anak2 sbb takut anak lari dari rumah.*

*-50 tahun yang lalu, semua orang harus mempunyai anak ramai.*
*Kini ramai yang takut ramai anak.*

*-50 tahun yang lalu, anak yang berbakti pada orang tua.*
*Kini orang tua yang berbakti pada anak*.

*-50 tahun yang lalu, lelaki mengejar wanita.*
*Kini wanita yang mengejar lelaki.*

*-50 tahun yang lalu, urusan menikah senang tapi cerai susah.*
*Kini urusan menikah susah dan cerai sangat mudah.*

*-50 tahun yang lalu, kita kenal dengan semua jiran/tetangga.*
*Kini ada yang tidak kenal dengan jiran/tetangga.*

*-50 tahun yang lalu, harus makan banyak lemak kerana kuat bekerja.
Kini takut makan makanan yang berlemak takut kolestrol.*

*-50 tahun yang lalu, rakyat takut dengan kerajaan.*
*Kini kerajaan yang takut dengan rakyat.*

*-50 tahun yang lalu, malam hari semua jendela/tingkap dan pintu rumah cuma di tutup tidak dikunci seblm tidur.*
*Kini siang hari pun jendela/tingkap dan pintu harus ditutup dan dikunci dgn mangga besar.*

*-50 tahun yang lalu, tidak mudah mendapatkan apa yang disukai.*
*Kini asal suka mudah sekali mendapatkannya*.

*-50 tahun yang lalu, orang desa merantau  ke kota.*
*Kini orang kota lari ke desa.*

*-50 tahun yang lalu, hanya anak muda yang menggunakan baju berbunga bunga.*
*Kini orang tua menggunakan baju berbunga bunga.*

*-50 tahun yang lalu, semua orang ingin gemuk supaya terlihat senang hati...
Kini semua orang diet takut gemuk.*

*-50 tahun yang lalu, orang kaya berpura pura miskin.*
*Kini orang miskin berpura pura kaya.*

*-50 tahun yang lalu, meminjam wang ke bank sangat susah..
Kini semua bank menawarkan pinjaman dengan mudah.*

*-50 tahun yang lalu, satu orang berkerja menyara  hidup seluruh ahli keluarga.
Kini semua kerja untuk menyara seorang anak.*

*-50 tahun yang lalu,  orang tua suka mengaji dan baca quran...
kini orang orang tua suka baca wassap dan main talipon.*

*- Macam Orang Tua yang sedang baca entri niii..🤣🤣🤣*


*Wallahu a'lam.*