Apa itu harta batil?
Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar
Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...
Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.
Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...
Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunakan utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Di sini si kakak dah pun mengambil hak org lain....
Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....
Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Duit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian...pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik si mati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.
Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.
Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.
Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari pelanggan2.
Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....
Waris memakan harta batil....bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.
Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...
* HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL * ...
* HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL * ...
* Renung2...dan fikir2kan lah… *
* Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL??? *
* Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya… *
* bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...mungkin berat rezeki....mungkin mendapat sakit....mungkin berat jodoh...semua tu rahsia Allah *....
Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.
kredit:
Zie
Perancang Harta Pusaka
16 Comments
Ya Allah takut sangat dengan benda ini...memang ramai orang sekarang mengaku hak orang lain atau guna tipu helah nak dapatkan harta.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang sangat berguna
ReplyDeletebaru tahu pasal maksud harta batil.... zaman sekarang ni orang tak kisah dari mana duit tu, hak kepala siapa... mudah tamak dengan harta dunia
ReplyDeleteWaris mesti berhati-hati tidak semudah mengaku aku isterinya..aku anaknya..aku adik beradiknya.Sebelum lakukan itu semua..sebelum bertegang urat mengaku itu ini..sila tolek kanan kiri..selidik dulu.jangan sampai yang berhak terabai.
ReplyDeletejgn kerana kita ambil harta batil, mayat kita kelak susah nk diuruskan...
ReplyDeletepasal mangkuk tu baru saya tau harta batil jugak ya
ReplyDeletegood sharing cikgu..terlampau ramai yang ambil mudah bab ni..
ReplyDeleteperkara ni perlu diingatkan sentiasa.
ReplyDeletepenting!
tak boleh amik mudah.
perkongsian yang bagus cikgu
ReplyDeleteSambil baca, sambil tu juga memikirkan ada atau tidak salah satu cerita yang dikongsi terkena pada diri sendiri atau ahli keluarga.. Alhamdulillah tiada dan minta dijauhkan dari memakan harta atau mengambil hak orang lain..
ReplyDeleteMudah-mudahan menjadi pedoman pada yang berbuat demikian.. ramai..
ReplyDeleteya allah.. takutnya..
ReplyDeleteabam.. hadiah dah dapat. tq ye nanti mama buat entry post di blog
ReplyDeleteAllahu takutnya kadang jahil sendiri tak tahu apa itu harta batil. #peringatanuntukdirisendiri
ReplyDeleteMereka yang banyak harta itupun wajib uruskan harta dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih atas perkongsian Abam Kie.
kadang menda macam ni nampak mudah ja orang buat kan sedangkan ianya adalah salah :(
ReplyDeleteTakut kalau termakan. Selalu Adat Perpatih bagi pada pihak perempuan.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.