Sedekah kecil tapi pahala besar
Semasa saya singgah di sebuah masjid untuk bersolat Zohor, sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya seorang tua berserban turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang Cebok Air atau Gayung. 'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..' tekaan hati saya.
Ketika saya berwuduk di kolah masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cebok air yang dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan cebok yang telah tersedia. Cebok yg dibawanya diletak di tebing kolah dan dia naik ke masjid, lalu kami solat bersama.
Ketika menuruni tangga masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya akan ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata…..
'Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yang ada kolah, sebagai satu wakaf yang kecil, yang saya mampu. Semoga ianya memanfaatkan..'
'Subhanallah..!' Saya pula yang terasa malu..!!! Tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung..
'Di mana masjid saya singgah, yang ada kolah, saya tinggalkan sebuah cebok. Bekal untuk mati. Tak mampu nak sedekah yang lain.'
Nak ajak rakan2 blogger mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.
~ Sebuah Cebok yang ditinggalkan di Kolah Masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk..! Bayangkan ganjarannya.! Berapa ringgit sangat sebuah Cebok Air?
~ Bukan nanti ada Duit Beribu baru boleh berbuat baik. Yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah SWT dorongkan.
Bagi orang tua ini sebuah Cebok Air untuk Masjid takkan sama dengan Ribuan Ringgit yang disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia. Tetapi pada sisi Allah SWT ianya mungkin lebih besar dari itu.
Justeru:
Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata Manusia.
~ Masjid dan Surau memerlukan berbagai peralatan kecil yang diguna selalu dan mudah rosak. Saya nak ajak anda semua, Jom kita tiru orang tua ini dengan meninggalkan sebuah Cebok Air di Kolah Masjid yang kita singgah sebagai wakaf.
~ Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 Cebok.. Jangan cakap saja, tapi tak buat.
Maka biarlah bermula dengan sebuah Cebok Air di mana saja Masjid yang disinggahi..
Atau,
~Sebiji Sponge yang dipasang di kepala paip untuk mengelakkan percikan air..
Atau,
~ Sepasang Selipar untuk ditinggalkan di tandas Masjid..
Atau,
~ Sepotong Getah Paip untuk tandas Masjid yang tiada Getah Paip untuk kemudahan bersuci..
Atau,
~ Sebatang _enyapu, sebuah Penyodok Sampah, atau Sebotol Minyak Wangi_ditinggalkan di tempat minyak wangi, atau apa lagi yang boleh difikirkan.
Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah, mungkin kerana terpaksa.
Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit. Apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita, atau, merasa dah cukup layak ke syurga, atau, malas nak fikir?
Jom..!! Kita mulakan beberapa Alatan Kecil dibawa bersama dalam Kereta untuk ditinggal sebagai Wakaf kepada Masjid, Surau atau Musolla, walapun mungkin hanya beberapa Pin Mata Lalat atau Paku Payung untuk melekat dokumen di Papan Kenyataan.
Betul-Betul Menyentuh Hati.
23 Comments
sangat setuju
ReplyDeletemungkin kecil di mata manusia tp besar di mata Allah
ReplyDeleteAllah telah menghantar seorang Hamba Allah, untuk kita berfikir sejenak pelbagai jenis manfaat dari 'sedekah' yang beliau bagikan. Oleh itu, jangan kedekut untuk bersedekah.
ReplyDeleteMenginspirasi.Sungguh rasa hingga ke dasar hati PC.InshaAllah sangat boleh dan wajar dicontohi.
ReplyDeletesedekah bukan sekadar duit sahaja kan. tak terfikir plak pasal sedekah cebok tuh
ReplyDeletemudahnya dia buat pahala. Nak mula berwakaf juga la
ReplyDeleteterkesan nya abam, mungkin nampak kecil tapi sangat bermanfaat pada yang lain
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeleteBukan nilai jadi ukuran tetapi keikhlasan
ReplyDeleteinilah dikatakan sedekah kecil tapi pahala sentiasa berjalan masuk. terbaiklah abam kie. suka dengan perkongsian ini.
ReplyDeleteblog zukidin.com telah dimasukkan didalam bloglist
https://www.aimanabdullah.com/2019/11/senarai-bloglist-aimanabdullahcom.html
Pahala dia mesti berlipat kali ganda, terima kasih Abam Kie sebab sudi berkongsi sebagai peringatan untuk kami semua.
ReplyDeleteMijablur - Malaysian Lifestyle Blogger
i love this
ReplyDeleteAllahuakbar..nilai kecil tapi pahalanya berganda2..
ReplyDeleteterima kasih atas idea2 tu abam...
ReplyDeletesaya sebut gayung
ReplyDeletesimple story but deep n perfect for self reflection
ReplyDeleteAllahu. pengajaran yg amat bermakna ni. tak sangka kan banyak cabang sedekah boleh kita buat
ReplyDeletesangat berinspirasi..kecil tapi besar ganjarannya!
ReplyDeletewalaupun kecil tapi besar sangat bantuan tu kan
ReplyDeleteMesti kita yg membaca ni pun tak terfikir yg lelaki tu akan sedekahkan cebok air tu tapi kata-kata lelaki tu sangat menyentuh hati nieyl. Sebab kita selalu beranggapan bersedekah itu, dari segi duit, makanan , barangan keperluan tapi sebenarnya di keliling kita byk lagi yg boleh disedekahkan walaupun kecil :) . Semoga kita semua boleh mencontohi hamba Allah ini.. :)
ReplyDeletebersedekah walaupun sedikit kerana nilai sedekah hanya Allah sahaja tentukan...
ReplyDeletetq so much abamkie utk entri ni.
ReplyDeleteyes. simple tapi pahalanya besar.
aduhai. tak terfikir...
Sedekah dlm pelbagai bentuk, bkn wang ringgi t sahaja.. Huhu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.