Berkongsi akaun Netflix Untuk Penjimatan Yang Lebih Hebat
Assalamualaikum. Abam Kie mula-mula mendaftar Netflix ni pada bulan Jun lepas. Bila kita daftar, Netflix bagi kita menonton semua filem dan drama dalam tu secara percuma selama 30 hari. Jika kita x nak sambung, maka kita kena batalkan free preview tu sebelum tarikh yg ditetapkan. Jika tidak, kita akan dicaj. Pada masa tu Abam Kie pilih free preview je. X sambung langganan pun sebab tak ada masa nak melangut depan TV.
Apabila Abam Kie beli TV baharu baru2 ni, terdetik di hati ini untuk melanggan Netflix ni. Harga langganan bagi Netflix adalah bermula dari RM33 sebulan sehingga RM51 sebulan. Pelan apakah paling berbaloi sebenarnya dan lebih menjimatkan duit kita?
Apabila Abam Kie beli TV baharu baru2 ni, terdetik di hati ini untuk melanggan Netflix ni. Harga langganan bagi Netflix adalah bermula dari RM33 sebulan sehingga RM51 sebulan. Pelan apakah paling berbaloi sebenarnya dan lebih menjimatkan duit kita?
Jom kita selidiki senarai plan langganan Netflix sebelum membuat pilihan plan yang sesuai.
Plan 1 Screen : RM33 sebulan – hanya boleh tonton shows dalam SD Resolution (480p). Stream di 1 screen sahaja dan download video ke 1 peranti sahaja.
Plan 2 Screens : RM42 sebulan – boleh tonton shows dalam HD (720p – 1080p). Stream di 2 screen pada masa sama dan download video ke 2 peranti.
Plan 4 Screens : RM51 sebulan – boleh tonton shows dalam HD – Ultra HD (720p, 1080p, 4K). Stream di 4 screen pada masa sama dan download video ke 4 peranti.
Secara
kasar kalau lihat disini, plan paling merugikan sebenarnya ialah plan 1
screen pada harga RM33 sebulan. Ini kerana anda bayar RM33 seorang tapi
hanya boleh akses Netflix di 1 peranti sahaja dan stream pula terhad
kepada video SD. Dah masuk 2020 ini streaming quality perlu dalam HD
sekurang-kurangnya baru lah puas hati. Kalau nak tengok 480p lebih baik
tengok TV3 rugi bayar ke Netflix.
Manakala plan paling untung
ialah plan 4 screen RM51 sebulan. Mungkin kita boleh kongsikan satu
akaun dengan ahli keluarga atau rakan serumah. Kalau kita kongsi 4 orang
maka kos langganan hanya RM12.75 sebulan. Kita boleh bergilir bayaran
setiap bulan atau kumpul RM12.75 x 4 setiap bulan, terpulang. Dalam 1
akaun Netflix boleh buat beberapa profile jadi 4 orang boleh menonton
Netflix serentak dalam 4 screen yang berbeza.
Contohnya; Didi
stream Netflix di iPhone, Nana stream Netflix di iPad, Jojo stream
Netflix di Macbook dan Pak Atan stream Netflix di OLED Smart TV.
Jadi baru2 ni Abam Kie mengiklan di group Whatsapp dan FB. Alhamdulillah. Ada tiga org kwn nak join n kongsi bayar guna akaun Netflix Abam Kie. Jadi mereka akan bayar RM13 setiap bulan kepada abam kie sebelum tarikh pembaharuan. Jimat kan?
Sejak ada Netflix ni abam kie semakin kurang tengok ASTRO. Cuma tonton Berita dan Sukan saja. Anak2 lah yg suka tengok Netflix sampaikan Abam Kie plak x sempat nak tengok. Ishhh! Geramnya.
Jadi kepada kawan2 yg nak melanggan Netflix tu pastikan skrin TV tu cukup besar. Barulah puas hati bila menonton! Dan satu lagi pastikan line internet tu laju. Mcm abam kie yg guna unifilite 10 Mbps ni pun dah cukup laju pun. Jadi selamat menonton kepada semua rakan blogger!
17 Comments
waalaikumusalam. saya guna free sebulan ja pastu dah tak sambung, hehe ^_^
ReplyDeleteEn suami ada juga bersuara tapi oleh keran tv baru rosak maka tangguh dulu.
ReplyDeletedana ada download kat hp je tapi tak kesempatan nak layan lagi...
ReplyDeletehehe x guna lagi
ReplyDeleteOk.. kita geng bang.. share dengan adik beradik..
ReplyDeletesarah layan anime je sekarangg so tak perlu nak subscribe neftlix lagi hahah
ReplyDeleteInfo yang menarik. T. Kasih.Tapi maq jenis jarang nak tonton tv.Kalau switch on tv, tv yg tonton maqzzz.. Hehehe
ReplyDeletesaya jarang tengok movie tapi sekali sekala nak layan movie di netflix guna akaun ayah saya punya..hehe
ReplyDeletedah lama nak cuba netflix ni
ReplyDeleteBuat masa ni blm cuba netflix...dpt tgk utube dlu pn jd lah, jimat...
ReplyDeleteKinah dengan adik2 share plan 4 tu. Berbaloi la abam kie.
ReplyDeleteSaya pun guna yang free sebulan lepas tu tak sambung. Tak tahu pulak boleh share akaun netflix dengan yang lain.
ReplyDeleteMemang untung RM51 boleh guna di 4 peranti. Berbaloi.
ReplyDeletesaya memula dulu pon guna yang free sebulan tu, lepas tu sampai ke sudah tak terminate. sambung jer bayar. tp amik pekej yg murah jer, RM33/month
ReplyDeleteAdik bongsu kongsi bagi tengok percuma.
ReplyDeleteMoga Allah murah rezeki adik saya. Kadang-kadang dia tanya mengapa tidak tonton Netflix? Terharu rasa hendak menangis.
Nangis aje ,jangan tahan-tahan😁
Deletemasih berkira2 nak bernexflix ke tak ni..memandangkan dah ada smart tv tu, tapi tak tau berbaloi tak sebab masih ada astro
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.