Lapan Cara Mengempiskan Perut Yang Berkesan
Gelaran PHD (Perut Hala Depan) atau perut buncit tidak berlaku pada mereka yang gemuk sahaja. Ia juga menimpa pada mereka yang kurus tapi perut tetap buncit.
Masalah perut buncit TIDAK lah pada penyakit keturunan atau menyalahi takdir Tuhan. Buncit adalah berkaitan dengan penjagaan makanan dan disiplin ketika menjamah makanan.
Berikut adalah tip yang ingin saya kongsikan:
1. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya.
Oat lebih BAIK jika dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat.
Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka oat dimakan tawar. Gabungkan rasa kurma dan madu. Ia membantu dan sedap!
2. Perut boroi atau buncit berkaitan dengan masalah sistem penghadaman yang tidak stabil. Gaya makan minum yang tidak akan memudahkan perut untuk lebih buncit. Elakkan, makan kemudian selang selikan dengan air.
Saya telah mengamalkan amalan ini dan selepas 2 minggu saya dapati perubahan banyak berlaku pada perut. Perut yang buncit dulu 2 KM jauh pun orang dah nampak, sekarang sudah tiada istilah buncit.
Ikut sunnah nabi. Makan terlebih dahulu kemudian baru minum. Jangan makan diselang selikan dengan minum. Ini akan buat perut dan akan meragam dan jadi keliru.
Cuba amalkan selepas makan, 15-30 minit baru minum air. Dalam masa 2 minggu anda akan dapati perut anda semakin mengecil dengan gaya pemakanan ini.
3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar seperti brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
4. Makanlah perlahan-lahan. Jangan terlalu gelojoh untuk habiskan makanan dengan cepat.
Ketika menjamah makanan saya tidak menggalakkan anda untuk kunyah terlalu laju. Ini kerana makanan yang tidak dicerna dengan lumat dan kecil oleh mulut tidak dapat dicerna dengan baik dan seterusnya akan berlaku masalah kembung perut.
5. Makan selalu. Untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) SEHARI berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari.
Lagi banyak anda makan lagi baik untuk metabolisme badan. Namun anda diingatkan makanlah dalam kuantiti yang kecil. Bukan makan banyak kali tetapi jumlah banyak. Haaa, itu masalah!
6. Makanan seperti kekacang, minyak zaitun, anggur dan telur putih antara makanan yang membantu mengempiskan perut.
7. Kurangkan GARAM dalam makanan. Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dan sel badan.
Akibatnya, perut akan menjadi kembung dan mula membuncit.
8. Elakkan makan kemudian berangan terus nak baring, nak tidur atau meniarap. Ini antara habit yang perlu anda tinggalkan. Sangat tidak baik untuk proses penghadamam berlaku.
Tunggu selepas 2 jam. Kalau nak tidur, tidurlah. Baringlah kalau nak baring.
Ini antara tip yang saya buat dan ternyata sangalah mujarab. Jika sebelum ini ukur lilit perut saya 48 inci dan sekarang berjaya mencapai 36 inci. Mengapa tidak anda?
17 Comments
no.8 tu kan, kadang² secara tidak sengaja terjadi hehehehe :P
ReplyDeleteBetul2.. Ade tips tu yang Leya amalkan ada juga yang kadang-kadang terpelas pandang. Hakikatnya ada buncit sikit dari Incik Suami.. Hahaha... Tengah nak kempiskan dan turunkan berat badan ke 52kg..
ReplyDeleteBoleh lah suruh en suami amalkan ni. Tq for sharing abe kie.
ReplyDeletesesungguhnya tak penah tau pun pasal gelaran PHD (Perut Hala Depan), huhu
ReplyDeletewahhh bestnyaa perut makin kempisss. nak jugaa! hahha. masalahnya saya selalu langgar point 5. saya makan dalam jumlah yang banyak walaupun 3 kali sehari je makan. lepas ni kena insof lah nampaknya haha
ReplyDeletethank you bagi tips...acronym PHD tu macam nice hahahah
ReplyDeletesaya lah tu antara yang mengalami masalah perut buncit...memang payah nak kempiskan..kena disiplin yang tinggi untuk buat semua tips di atas
ReplyDeletebanyak perbezaan ukur lilitnya tu....thanks for the share....
ReplyDeletesekarang ni rabia makan oat je setiap pagi..
ReplyDeleteMakan selang air tu yang paling kerap buat 😅. Aduh, nak kena disiplin lagi ni.
ReplyDeletesaya pon dah PHD. tgh usaha ni tp selalu gagal... hahaha
ReplyDeleteTerbaek. Harap dpt mengurangkan phd ejulz 😂
ReplyDeletetulah susah betul nak kempiskan perut ni..harap tahun depan dapat kempiskan
ReplyDeleteYang no 8 tu yang susah nak buat..
ReplyDeleteMasalah lama dan masih lagi menjadi masalah peribadi..
ReplyDeletehaha PHD...
ReplyDeleteNak perut kempis memabg kena kental. Nombor 8 tuh memnag akan rasa payah sikit
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.