Perkara asas sebelum menunaikan umrah
1. Banyakkan solat sunat semasa di Malaysia lagi, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, solat hajat bagi memudahkan perjalanan kita mengerjakan umrah. Rugi sangat kalau dah berada di tanah haram tapi liat nak solat sunat, pahala banyak ye.
2. Belajarlah solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat. Ini pengalaman sendiri, pernah satu ketika solat jenazah di Masjid Nabawi, takbir kedua ada Jemaah yang rukuk. Tak susah pun untuk solat jenazah sebenarnya, yang penting kena rajin belajar.
3. Selalunya solat subuh pd pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah. Seringkali pemerhatian aku, jemaah akan rukuk ketika Imam sujud sejadah. Hafal juga bacaan ketika sujud sejadah.
4. Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
5. Iqamat di antara 10-20 minit selepas azan solat Fardhu. Korang masih ada masa nak memecut ke masjid kalau hotel korang dekat dengan masjid. Siaran ulangan, 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi, 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
6. Korang kena maklum, di Madinah adalah tempat untuk membeli belah kurma dan coklat. Tak perlu tunggu ziarah ke pasar kurma, beli saja di kedai kurma di sekitar masjid Nabawi. Harganya kadang-kadang jauh lebih murah dari ladang kurma. Kalau nak beli di gerai tepi jalan di Masjid Quba atau Masjid di Uhud, sila periksa kualiti kurma, sebab korang nak bawa balik jauh, pastikan kurmanya segar. Kadang2 ada yang segar bugar, kadang ada yg kecut berut.
7. Abaya dan jubah lelaki, belilah di Madinah, lebih murah. Sekiranya mutawwif ada menyinggah di Jeddah, boleh beli juga di Jeddah. Ada abaya yang mahal, biasanya standing dengan kualitinya contoh abaya Dubai dan lain2.
8. Air zam-zam, dispenser air di pintu masuk masjidilharam Mekah adalah air zam-zam. Tetapi dispenser air di luar masjid Madinah, dibawah payung besar itu bukan air zam-zam. Kadang-kadang aku tengok ramai Jemaah berangkut air dari dispenser ‘Air Minuman’ di luar masjid Nabawi.
9. Ketika di masjid Nabawi , carilah peluang untuk mencari ilmu atau mempelajari kebaikan. Ada satu hadis menceritakan kedudukan orang yg mempelajari ilmu atau mengajarkan ilmu di masjid Nabawi adalah seperti berjuang di jalan Allah SWT.
10. Di Madinah, cari juga jalan untuk ke Masjid Quba dan bersolat sunat 2 rakaat disana, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Hadis ni ada dipapar dipintu masjid Quba.
11. Kalau rasa nak bersedekah duit riyal (SR), silakan tetapi ada kemungkinan korang akan di kerumuni oleh mereka-mereka yg memerlukan. Untuk alternatif, bersedekah makanan kepada mereka yang memerlukan hanya bagi duit kat kedai, kedai akan uruskan pemberian makanan tersebut. Kalau korang nak bg sendiri pun boleh, ramai sgt org yang beratur nak tunggu makan sedekah terutama kat Mekah. Pek makanan nya bermula SR2, SR3, SR5, SR10.
12. Umrah bulan November hingga Mac boleh consider musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan. Bawa lebih pun bagus boleh share dgn Jemaah-jemaah lain.
13. Pakej umrah murah yang berharga sekitar RM5000, kena redha la kalau hotel jauh dari Masjid. Pakej umrah lebih kurang RM6000 dah memadai untuk korang rasa selesa, tak jauh dan takdelah dekat dgn masjid. Pakej umrah bawah RM4000, hati-hati boleh jadi. SCAM.
Semoga tips di atas bermanfaat kpd kita semua. Abam Kie belum menunaikan umrah. Jadi segala tips di atas dikongsi hasil pengalaman isteri. In Shaa Allah, bila cukup simpanan Abam Kie akan pergi la ke Makkah dan Madinah. Aamiin...
36 Comments
Nice sharing Abam Kie. Semoga kita sama-sama ada rezeki untuk menunaikan umrah satu hari nanti
ReplyDeleteTerima kasih sharing abam kie 😁
ReplyDeleteDoakan agar saya boleh bawak keluarga mengerjakan haji dan umrah juga 😊
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletethanks for tips ni abam kie.. terbaik sgt ni sbb br je diskus dgn husband psl umrah ni
ReplyDeleteNice sharing. Boleh infrom husband..husband ummi pn nk pergi umrah bulan 3 ni..semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteIni boleh mejadi garis panduan Cikgu bagi yang beru pertama kali nak pergi umrah.Terima kasih perkongsian ya Cikgu AK.
ReplyDeleteterima kasih perkongsian
ReplyDeleteyg sgt bermanfaat
Terima kasih atas perkongsian maklumat ini, sangat bermanfaat dan berguna.. ;)
ReplyDeletetq for sharing, abamkie.
ReplyDeleteilmu yg berguna.
aida plak, asben yg dah gi umrah. aida lom. masa tu anak2 kecik2 lagi.
tips yg amar bermakna. tq abam
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian cikgu
ReplyDeleteThank you sudi kongsi ilmu ni...
ReplyDeleteAsalamualaikum.. alhamdulillah, baru balik dari Umrah..semoga dapt menunaikan Umrah ya cikgu..pergilah bersama isteri..InshaAllah Allah mudahkan..
ReplyDeleteApa yg diinforkan ini, saya dah tahu dan memang banyak manfaat memahami sedalam-dalamnya situasi mengerjakan Umrah. Doa lah pada Allah pasti Allah kabulkan..
ReplyDeleteNice sharing. bermanfaat buat semua.
ReplyDeleteInfo yg bagus abg kie. Jarang jumpa tips ni. Moga kita diberi peluang utk ke tanah suci.
ReplyDeleteComment by Jawatan Kosong
terima kasih atas perkongsian abam kie. solat jenazah tu penting. di sana memang lepas solat fardhu dieorang buat solat jenazah kan. lebih besar pahala sebenarnya.
ReplyDeleteTerima ksih atar perkongsian yang bermanfaat ni.
ReplyDeleteTerima kasih shared perkongsian yg manfaat ini . Doakan semoga Rabia sekeluarga dapat pergi umrah jugak bersama keluarga Rabia . Aamiin
ReplyDeletecantiknya mem abam
ReplyDeletecantiklah pasangan ni hehe
ReplyDeleteaaminn. Semoga semua urusan dipermudahkan. Tp dkt sana kena pikir banyak benda. Kena prepare awal kalau tak ha kelam kabut dkt sana
ReplyDeletemcm saya dulu silap beli simkad dkt sana, dah lah mahal internet dapat 10GB wei. Nak buat apa internet sampai 10GB? Mmg tak habis ah yelah kita dkt sana just nak fokus buat ibadah je takda masa lah nak layan movie bagai huhu
Deletemmg kena prepare. Tp nak senang guna ejen. Dia boleh tunjuk jalan & apa yg patut kita buat bila dah sampai dkt sana. Kira kita ni ada tourist guide laaa
Deletebetul tu. Kalau pasal simkad korang boleh tanya ejen korang. Selalu nya dia akan recommend guna celcom xpax umrah plan. Sbb ada promotion buy 1 free 1. Just bayar rm68 boleh dpt dua simkad
Deleteuish nice juga ni. plan baru ke ni?
Deletetp penting gak ada internet ni senanya boleh kita tahu berita or perkembangan semasa. and also nak call anak anak senang
ReplyDeleteyelah kita tak pakai internet byk sgt pun. janji boleh video call family dah cukup. So buat apa spend banyak utk simkad yg mahal?
Deletepakai la celcom xpax umrah tu dapat 3gb line 4g okay. nak video call memang takde problem
Deletebaik simpan duit untuk sedekah kan. celcom ni dapat 3gb dah cukup dah untuk 2 minggu
Deletemmg pun. sbb tak lama kita dkt sana so beli yg murah je
ReplyDeleteif beli simcard sana mahal... dekat seratus lebih harga
Deletesaya pun pakai celcom xpax umrah ni. memang tak menyesal dapat 3 gb
ReplyDeletesampai sana benda first mesti nak contact family dekat malaysia kan. elok beli simcard terus dekat malaysia. boleh terus guna
ReplyDeletedigi pun ada pelan umrah tapi tak pernah guna... sesiapa boleh review??
ReplyDeletedekat sana pun tak banyak kedai telco, if ada pun memang beratur panjang. bazir masa and tenaga je better beli terus simcard dekat malaysia
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.