Bagaimana telefon bimbit mengubah cara hidup kita?
Tidak tua
Tidak muda
Tidak laki-laki
Tidak perempuan
Kalau sudah letak HP
ditinggal sekejap dilihat lagi,
ditutup sekejap dibuka lagi.....
Semua sangat sayang dan cinta pada yang bernama HP,
Pergi kemana-mana, HP dalam poket..
Berkumpul dengan kawan dan teman, beg sandang mesti terisi dengan HP..
Sehari HP boleh keluar dan masuk dari beg sandang atau saku seluar lebih dari lima puluh kali...
Habis mandi tengok HP
Habis menyapu tengok HP
Habis masak tengok HP
Habis mencuci baju tengok HP
Habis makan tengok HP
Habis saja tetamu pergi tengok HP
Habis bangun tidur tengok HP
Tengah malam terjaga tengok HP.
Pendek kata setiap masa mesti HP...
Kerana setianya dengan HP data tinggal sedikit cepat-cepat pergi Topup..
HP Lowbat satu bar kalut cari pengecas bateri,
Internet lemah ‘siput’ terus marah dan dimaki,
Apa lagi kalau ngam low bateri letrik pula terputus, TNB yang dipersalahkan...
Suami/isteri panggil buat² tak dengar,
Tapi kalau HP yang bunyi, cepat-cepat lari mencari di mana HP..
Selesai jer kerja atau hal apa saja, yang di cari mesti HP...
Kalau perempuan, namanya Nokia Binti Samsung
Kalau lelaki, namanya Sony Bin Lenovo.
Semoga saya tidak terjangkit ‘virus’ seperti itu.
Yang terasa dirinya seperti itu, jangan senyum senyum sendiri...
Nanti suami/isteri kita tidak paham dengan sikap kita..
DOA UNTUK KITA YANG CINTA HP;
YA ALLAH,
ampuni dosa² ku yang ada HP ini YA ALLAH..
Kerana aku :
1. Lebih banyak mengisi kredit HP daripada menyumbang di Masjid/Surau dan bersedekah ...
2. Lebih banyak baca SMS/Whatsapp/FB daripada membaca Al-Quran ...
3. Lebih kerap update status daripada update keimanan diri kepada-Mu Ya Allah...
4. Lebih suka bukak BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD BERDOA...
5. Kerap TELEFON tapi jarang menziarahi sanak KELUARGA..
6. Isi reload RM30 tidak puas, tapi nak derma RM1 ke tabung masjid terasa banyak sangat..
7. Kalau dengar HP bunyi terus cepat-cepat angkat, tapi bila terdengar azan di masjid/surau buat tak tahu saja...
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa ku yang ada HP ni...
Dan semoga HP yang aku ada ini memberi manfaat buat kepentingan BERIBADAH kepadaMu Ya Allah...
Dan semoga sahabat² dan kaum kerabat ku yang seperti aku juga diampunkan dosa-dosa kami.. Ya Allah...
Aamiin..
Bukan menyindir, tapi mengingatkan diriku sendiri...
Terimakasih dan mohon maaf jika ada yang tersinggung..
kerana aku juga sama tersinggung,
hanya untuk renungan lembut tapi nyata...
Renung-renungkan lah dan...
🕌 *#Semogabermanfaat*🕌
C and P.... HP TAKPO ASAL JANGE PH 😅🤣
25 Comments
besar kesannya
ReplyDeleteYer...besar kesannya... anak anak semua speech delay
ReplyDeletejadi loading...
Deleteterasa betul tepat di hati, terima kasih atas nasihat ini abam... ya kadang kita terkhilaf, terlupa sampai kita lalai dan alpa
ReplyDeletesekarang ni memang dah kurangkan masa dengan hp. Lebihkan dengan baca buku, main dengan kucing or exercise.
ReplyDeleteHP ADA PRON KONTRANYA GUNAKAN DGN BIJAK
ReplyDeletememang banyak efek hp ni.. mcm gee sendiri ni lagilah dgn buat biz on9 asyik hp je kan.. tq atas ingatan abam kie
ReplyDeletebetul lah abam kie mmg tepat sekali semua nya T__T
ReplyDeleteklu nak ikut, selain macbook, iphone la yg paling byk myra invest in.. dah 10 tahun pakai apple je mcm nak tukar samsung la pulak. hmm apapun thank you for your reminder abam kie. you've truly made me feel humbled by your kind words. Just the right amount to kick-off this week!
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
Bila mengadap telefon mudah leka..
ReplyDeleteHp oh hp.hihihi
ReplyDeletesekarang punya zaman =)
ReplyDeleteTerjentik dihati maq. Alhamdulillah, terima kasih utk perkongsian kali ini.
ReplyDeleteHP kalau tidak digunakan dgn baik, ianya mmg banyak melalaikan kita..termasuklah nieyl sendiri..
ReplyDeleteIngatan untuk Kak Feni juga ni Abam Kie. Leka sangat dengan hp.
ReplyDeleteassalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...
ReplyDeletekehidupan hari ni
ReplyDeleteAllahu, sungguh benar bagai dikata T_T
ReplyDeletehaha biar hp jangan PH..hahaha
ReplyDeleteSungguh mendalam maksud doa itu...hehehhehe.....
ReplyDeletesalam rabu abg kie
Sungguh benar bagai dikata tapi masih jugak kita buat huhuhuu...
ReplyDeleteSemoga di tahun 2020 akan dikurangkan lagi fakta-fakta tersebut aka kita tak buat dah walaupun tak semua at least adalah sedikit.
Cantik header baharu cikgu.
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin.. hu hu mama rasa bersalah juga ni
ReplyDeletekannn....pelik sangat zaman sekarang, handphone da menguasai manusia...hahahah
ReplyDeletesaya ada masanya rasa rimas nak tengok handphone...malas nak bukak check notification...ada masanya asyik belek handphone jeee
hu hu hu :(
ReplyDeletesedar diri.
weekend aida memang hindari diri dari phone.
dok lepak dgn anak2, phone letak nun jauh kat meja makan.
then bersihkan laman dgn anak2 kat luar, phone tak bwk.
da siap, nak amik gambar, baru la amik phone.
cuba. demi keluarga kan :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.