Assalamualaikum. Pada zaman ini semakin mudah untuk menelefon orang. Setelah apps seperti Whatsapp, Wechat, Viber dan sebagainya membolehkan kita menelefon rakan2 menerusi data atau wifi, maka pengguna HP kini cenderung menggunakan kemudahan tersebut. Tapi abam kie merasakan tidak perlulah call kwn guna whatsapp untuk perkara2 urgent atau kecemasan.

Sebaik2nya jika berlaku perkara 'urgent' atau 'emergency' sebaik2nya guna pakai line terus la. X perlu guna wifi atau bagai! Nampak benar x de kredit! Apa guna iphone model terkini jika x de kredit dalam tu kan? HP mahal2 boleh beli tp kredit x de!

Ni abam kie nak berkongsi bilamana situasi sedemikian berlaku. Pada suatu hari ada seorang peguam nak beli HP dengan abam kie. Abam Kie memang la selalu iklankan barang2 terpakai kat mudah.my. Dia berjanji nak datang tengok HP tu di rumah abam kie selepas habis kerja dalam jam 5 ptg. Jadi lepas solat Zuhur tu abam kie siap hantar lokasi rumah (Google Maps) kat dia. Dek kerana lama menunggu abam kie pun tertidur la. Tapi HP tetap ON dan diletakkan di sebelah aje. Cuma wifi dimatikan la. Abam Kie x suka ON data 24/7 sebab nak jimatkan bateri. 

Apabila abam kie tersedar pada jam 5.40 pm tengok ada missed call kat Whatsapp. Rupa2nya lawyer tu call. OMG! Nape la mamat ni x call terus je. Ni dah tahu urgent masih nak guna whatsapp. Lalu abam kie call dia. dan bagitahu abam kie tertidur. Tanya kenapa dia call. Dia jawab dia call sbb x dapat cari rumah abam kie. Abis, kalau call wassap x leh, nape x call terus je? Sebab gagal call abam kie dia terus balik ke rumah..... Arrghh!

Tapi mujurlah dia bersetuju nak beli HP tu utk anaknya. Oleh sebab abam kie memang nak let go benda tu cepat2, abam kie suruh dia ambik HP tu dgn kawan lama abe kie yg kerja kat sykt courier keesokan harinya. Duitnya dia akan bank in. Alhamdulillah. Esoknya dia bank in duit dan kwn abam kie pun menyerahkan HP tu kat dia. 

Jadi peringatan kpd kwn2..pastikan kredit HP anda selalu ada sebab kita tak tahu bila kita ada kecemasan dan memerlukan bantuan org lain. Sekian. Terima kasih.