Jom Goreng Telur Dengan Kulat Sisir
Pagi semalam semasa masuk ke Pasar Tanah Merah, Kelantan tertengok longgokan kulat sisir ni. Zaman kini kulat sisir pun diimport dari Thailand. X tahu bila la Kelate ni boleh membekalkan produk pertanian sendiri kpd penduduknya. Rasanya kalau Thailand berhenti mengeksport hasil2 pertanian ke Kelate mahu x leh makan kami semua.
Cerita pasal kulat sisir ni.... Ia mengingatkan kenangan saya semasa zaman kanak2 dulu apabila selalu tolong arwah ma kutip kulat sisir yang banyak tumbuh kat batang pokok getah yang tumbang, terutamanya selepas musim hujan. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan'. Bila bawak pulang arwah ma saya akan goreng dengan telur jer. Makan dengan nasi panas! Alangkah nikmatnya....
Tapi sekarang ni nak jumpa kulat sisir kat kampung saya ni susah sikitlah... Teringat saya semasa bertugas di SMK Ayer Lanas, Jeli dulu. Ada pelajar yang menjual kulat sisir ni pada guru2 sebab kawasan tersebut dipenuhi dengan kebun getah. Jadi memang senang la nak jumpa kulat sisir ni.
Berbalik pada cerita kulat sisir goreng bersama telur ni. Versi keluarga Abam Kie ni kami buat macam omelette atau telur dadar seperti gambar kat atas tu. Tapi kat atas tu nampak mcm murtabak pun ada. Hehehehe... Tapi hari ini Abam Kie nak berkongsi resepi kulat sisir goreng telur ala scrambled egg gitu! Kedua2nya sedap belaka. Jangan risau. Jom ikuti tutorial masakan Abam Kie hari ini?

Bahan-Bahan:
1 tin susu kulat sisir
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris
4- 5 biji cili padi - dipotong kecil
5 biji telur ayam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Serbuk perasa
Cara-Cara Membuatnya:
Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh 2/3 kali. Perah dan toskan.
Bahan2 yang perlu disediakan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kulat dan goreng sehingga air kering.
Masukkan cili padi dan bawang besar,garam,gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
Kacau rata biarkan semuanya mesra dan tungga sehingga telur masak.Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedap dimakan time panas2...ratah gitu jer pun sedap.
Sumber: http://mamamiasanasini.blogspot.com/
15 Comments
tengok gambar dah tau sedap, terbau-bau kulat sisir tuh... sedapnya bau dia kalau kita tumis atau goreng...
ReplyDeletedulu-dulu masa saya kecil selalu ikut arwah nenek kutip kulat sisir kat batang getah, paling best selepas hujan awal pagi kami dah bawak bakul ke belakang rumah... masa tu tak rasa penat pun duk berejam mencari kulat sisir nih...
zaman sekarang ada dah orang jual kt pasar tani kulat sisir yang moden, yang di tanam kulat sisirnya pun cantik dan putih je... tapi rasanya tak sama macam yang kita kutip kat batang getah tu
perghhhhhhhhhhhh sedap tu
ReplyDeleteSusahnya nak cari kulat sisir tu sekarang. Sedapnya terbayang sampai ke sini. ^^ mampu telan air liur je. haha
ReplyDeleteFirst time dengar..
ReplyDeletepaling last pg Kelantan 2008 kali. mcm nda sempat pulak makan ni. ikan singgang ada. hehe
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
ya Allah. dugaaaaaaaan. kulat sisir ni kami suka buat masak lemak dan goreng kunyit. perghhhh rindu nya kat kulat sisir. haha
ReplyDeletedah lama x makan kulat sisir..dulu2 masak goreng kunyit..
ReplyDeleteKat tempat Mrs. A panggil cendawan kukur suka kalau dibut gulai masak lemak kuning.
ReplyDeleteResepi cikgu ni Mrs. A tak pernah rasa nampak sedap sangat tu. Lama giler dah tak makan cendawan kukur ni aka kulat sisir.
sedap ni lama x makan.. sini x jumpa org jual kulat sisir.. sebelum selalu ada stock ambik dekat rumah ma
ReplyDeleteperghhh.. sedap ni :)
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeleteWak panggil cendawan kukur
ReplyDeletememang sedap goreng dengan telur.
wah menarik laa mama x penah buat
ReplyDeleteni febret mak saya ni...kadang2 dia kutip belakang rumah je...kalo takde, beli kat pasar tamu bintulu...masuk dalam masak lemak pucuk ubi...sedappp
ReplyDeletetak pernah rasa.
ReplyDeleteteringin nak rasa, abamkie.
nampak sgt sedap!
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.