13 Petua Kesihatan Yang Patut Diamalkan
Asssalmualaikum. Pada kali ini Abam Kie ingin berkongsi 13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN 🏋. Sila baca dengan teliti dan amalkan ye?
1. Tidur tepat pada masa iaitu antara 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.
2. Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi. Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. Cuba makan beras basmathi. Tiada tepung dan gandum. Banyakkan sayur dan buah-buahan.
3. Check dengan doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum lama-kelamaan ia menjadi parah.
4. Ambil supplement iaitu pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar, bukannya mendengar cakap jurujual.
5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali. Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu kenalah berpuasa.
6. Minum banyak air terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulama. Ambil peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu dan sebagainya. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
9. Baca Al-Quran. Gandakan sujud. Banyakkan solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Banyakkan membaca buku-buku.
10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" iaitu pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
11. Bersyukur, redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.
13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.
Sekian. Terima kasih. Semoga kawan-kawan mampu mengamalkan tips di atas.
13 Comments
Baik.InshaAllah.Betul..Maafkan semua orang supaya tenang hati dan fikiran..itu kunci yang membuatkan setiap langkah menjaga kesihatan fizikal menjadi.
ReplyDeletegood sharing...thank you!
ReplyDeletewaalaikumussalam. terima kasih sharing. ada jugak petua ni yg kami dah ikut. hehe
ReplyDeleteinshaallah
ReplyDeletesyukran..mmg baik utk kesihatan..
ReplyDeleteno 13 tu opah sy amalkan. sy dah perhatikan sejak kecil lg. skrg dia dah 83 tahun. tak bongkok, masih boleh berjalan, bdn maintain tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus dan baru bln lps, buat pertama kalinya dia msk hospital... tp bkn sbb skt serius...
ReplyDeleteterima kasih untuk semua tips berguna tu cikgu
ReplyDeletetq utk tips ni.. boleh kita follow sama2
ReplyDeleteThank for sharing tips yg berguna ni abam kie. Part nak tidur awal tu lah rasa susah sikit. Sebab rabia jarang dah tidur awal. Nak siapkan assigment
ReplyDeleteIn syaa Allah
ReplyDeleteboleh amalkan
good sharing abe kie! sis gee ada tag abe kie join contest kat entry ni : http://www.sisgee.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Abam Kie, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
1, 6, 7 dan 13.
ReplyDeletesebolehnya aida amalkan tiap hari.
anak2 pun aida dah mula ajar.
yg lain tu semua, in shaa Allah :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.